backup og meta

Aksi Di Ranjang Syok Dengan Gigitan Cinta? Ini Cara Buat Lovebite Bikin Si Dia Ghairah

Aksi Di Ranjang Syok Dengan Gigitan Cinta? Ini Cara Buat Lovebite Bikin Si Dia Ghairah

Ramai tidak akan mengaku jika ditanya. Namun sudah pasti ada individu yang mendambakan gigitan cinta atau hickey daripada pasangan mereka! Jadi, bagaimana cara buat lovebite dengan betul supaya ia tidak menyebabkan sakit malah mendatangkan ghairah?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Apa maksud dan peranan gigitan cinta?

Tatkala bersenggama di ranjang, ia bukan sahaja perlu melibatkan penetrasi alat sulit malah individu harus memanfaatkan rangsangan, urutan, sentuhan, ciuman serta gigitan cinta daripada pasangan.

Jika kalian masih belum tahu, hickey itu merupakan kesan pada kulit yang berbentuk seperti bulat dan berwarna seakan merah. Ia hasil daripada gigitan anda di bahagian tubuh badan pasangan.

Kebiasaannya, gigitan ini dilakukan di leher, dada atau lain-lain kawasan berbeza bergantung minat pasangan masing-masing dan ia turut dipraktikkan atas dasar suka sama suka.

cara buat lovebite
Membuat love bite pada pasangan.

Peranan penting yang dimainkan oleh lovebite adalah demi menambahkan ghairah sekali gus akan meningkatkan syahwat dalam usaha untuk menyemarakkan lagi api hubungan di ranjang.

Namun, wujud perbezaan yang ketara di antara perbuatan mengghairahkan dengan menyakitkan dalam aspek perlakuan seksual. Jadi, anda mesti kena tahu cara buat lovebite dengan betul!

Bagaimana cara buat love bite dengan betul?

Walaupun perkara ini agak lazim dan popular dalam aspek hubungan seksual, namun masih ramai pasangan suami isteri yang tidak tahu bagaimana cara buat lovebite dengan betul. Anda setuju tidak?

Tidak usah gusar lagi, berikut cara buat lovebite dengan betul yang anda dan pasangan boleh cuba:

  • Mulakan dengan aksi ringan-ringan – Jangan terus gigit, anda perlu memanaskan badan dahulu dengan aksi foreplay untuk menyediakan tubuh badan
  • Tentukan bahagian kulit yang paling tepat – Sebaiknya, pilih kawasan yang lazim seperti leher atau dada dan hindar kawasan alat sulit ekoran faktor kebersihan
  • Basahkan bahagian kulit dengan air liur – Sebelum mula gigit, gunakan bibir dan mulut untuk membasahkan kawasan tumpuan dengan mengeluarkan air liur
  • Cium, sedut, hisap dan gigit dengan perlahan – Kemudian, dengan perlahan cium, sedut dan hisap bahagian kulit itu agar gigitan itu hadir tanpa kejutan luar biasa
  • Berhenti jika pasangan tidak mahu – Jika pasangan mula mengerang dan mengadu kesakitan, usah ulang dan segera berhenti daripada berbuat demikian
hubungan intim
Hangatkan kembali hubungan intim yang bosan.

Sekiranya cara buat lovebite itu berjalan lancar, maka aktiviti seksual juga akan dapat berlangsung dengan lebih baik. Sejurus tamat projek di ranjang, anda perlu fikir pula tentang kesannya!

Bagaimana pula cara hilangkan love bite?

Walaupun sebagai pasangan suami isteri, mungkin tidak wajar untuk kalian membanggakan atau menayangkan kesan hickey ini pada khalayak ramai kerana hubungan itu sepatutnya sulit dan suci.

Andai kata anda sudah terbabas dan kesan sudah terlekat akibat cara buat lovebite di atas, beberapa langkah berikut mungkin boleh membantu:

#1. Menggunakan ubat topikal klinikal

Pertama, anda boleh menggunakan krim atau gel sapu seperti heparin, bromelain dan vitamin K di kulit yang terkesan selain paracetamol dan ibuprofen jika kulit terbabit mula rasa sakit.

Cara buang lovebite #2. Tuaman dingin

Kedua, tuaman dingin dengan mengaplikasikan air sejuk atau air batu. Ini akan sangat membantu tetapi ia mungkin memerlukan masa selama 1 ke 2 hari sebelum kesan hickey mampu hilang dengan total.

Cara buang lovebite #3. Tuaman hangat

Ketiga, tuaman hangat dengan mengaplikasikan air suam juga adalah antara alternatif yang bagus. Namun jangan menggunakan air pada suhu terlalu tinggi untuk elak kulit merengsa dan meradang.

#4. Menyapukan gel lidah buaya

cara buat lovebite
Hilangkan love bite dengan aloe vera.

Menurut kajian terbitan Iranian Journal of Medical Sciences, gel aloe vera mampu mempercepat proses penyembuhan luka akibat daripada banyak punca, termasuk juga hickey.

Tip

Cuma sapu gel lidah buaya pada kawasan terjejas dan lihat kesan itu pudar dengan cepat.

#5. Sorok lovebite itu dengan pakaian

Dalam masa anda sedang mencari dan membuat rawatan, boleh cuba sorok keburukan love bite ini dengan pakaian. Alasannya, ia untuk mengelak fitnah yang mengundang persepsi negatif masyarakat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What exactly is a hickey–and how do you get rid of one?, https://blackdoctor.org/how-to-get-rid-of-a-hickey/ , Accessed Jan 11 2023.
  2. An Ode to Hickeys, https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=18991487, Accessed Jan 11 2023.
  3. Getting rid of a hickey!, https://www.arcattoscana.org/life-style/beauty/getting-rid-of-a-hickey/articleshow/8712342.cms, Accessed Jan 11 2023.
  4. How to Get Rid of a Hickey, https://health.clevelandclinic.org/how-to-get-rid-of-a-hickey/, Accessed Jan 11 2023.
  5. What is a love bite? How to hide love bites, https://www.themix.org.uk/sex-and-relationships/having-sex/what-is-a-love-bite-how-to-hide-love-bites-3918.html, Accessed Jan 11 2023.

Versi Terbaru

07/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan