backup og meta

Buat Anda Yang Baru Kahwin, Ada 7 Posisi Paling Asas Boleh Cuba Atas Katil!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2024

    Buat Anda Yang Baru Kahwin, Ada 7 Posisi Paling Asas Boleh Cuba Atas Katil!

    Sekiranya anda dan pasangan itu baru sahaja berkahwin dan ingin cepat menimang cahaya mata, kami ada beberapa cara buat anak di katil yang kalian boleh cuba. Jom terus baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Perkahwinan bukan hanya perlu cinta…

    Perkahwinan merupakan suatu ikatan murni yang menyatukan dua insan di atas dasar cinta. Pun begitu, dengan rasa cinta sahaja tidak cukup bagi membuatkan rumah tangga kalian bahagia.

    Sebagai pasangan suami isteri, kalian perlu sedar bahawa buat anak atas katil adalah antara komponen yang penting. Tanpanya, nafsu syahwat tidak dapat dipuaskan serta dikendalikan dengan baik.

    Dalam pada itu, seks juga merupakan sebuah mekanisme dalam usaha manusia bagi menyambung zuriat keturunan masing-masing yang turut memicu hala tuju kehidupan setiap makhluk hidup.

    tips menjadi pasangan romantis
    Cara mendapatkan mood intim pasangan.

    Dalam erti kata lebih mudah, seks memang sangat penting buat anda yang sudah berkahwin untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga di samping memanjangkan keturunan.

    Jadi, kami akan berkongsi beberapa cara buat anak di katil khas bagi anda yang baru berkahwin!

    Cara buat anak di katil anda boleh cuba!

    Ketika malam pertama anda dan pasangan, sudah pasti hubungan seks atas katil itu menjadi aktiviti yang agak kekok bukan? Manakan tidak, kalian masih belum punya pengalaman.

    Tidak usah panjang lebar, di bawah adalah antara posisi atau cara buat anak atas katil yang mudah:

    #1. Posisi seks paling umum, missionary

    Pertama dan paling popular, pasangan yang baru berkahwin boleh mula berjinak dengan posisi ini yakni missionary ekoran ia adalah antara teknik termudah, tercepat serta mungkin terbaik.

    Kalian cuma perlu berbaring dengan isteri menelentang di bawah dan suami meniarap di atas. Apa yang akan terjadi selepas itu adalah penetrasi zakar ke dalam faraj secara perlahan dan tertib.

    cara menikmati seks
    Posisi seks missionary.

    Buat anak atas katil dengan #2. Doggy style

    Majoriti lelaki mungkin menyukai posisi ini kerana ia mampu memudahkan dan melancarkan lagi usaha mereka mendayung sekali gus mencapai klimaks selain memberi imej yang dominan.

    Caranya, isteri hanya perlu menonggeng lalu biar suami mendayung dengan melakukan penetrasi dari arah belakang!

    Buat anak atas katil dengan #3. Woman on top

    Jika pihak wanita pula mahu mengemudi bahtera asmara, anda boleh cuba posisi ini. Suami perlu berbaring di bawah sementara isteri duduk di atas bagi mengawal rentak dan ritma penetrasi.

    Menariknya, posisi ini turut membenarkan isteri sama ada menghadap atau membelakangi suami!

    #4. Buat anak atas katil dengan posisi mountain magic

    Masih angau dengan pasangan di usia awal perkahwinan? Maka, kalian boleh tatap wajah masing-masing dengan posisi ini! Caranya juga agak mudah dan mungkin posisi yang paling romantik.

    Anda dan pasangan perlu duduk bertentang mata dengan kaki yang sedikit dibengkokkan. Selepas itu, sesuaikan posisi anda berdua agar zakar dapat dimasukkan dan digerakkan di dalam faraj.

    cara buat anak di katil
    Cara menikmati seks.

    Cara buat anak di katil #5. Spooning

    Di waktu anda sedang penat atau malas tetapi pasangan masih mahu menjalankan projek asmara, posisi spooning begitu sesuai untuk dilakukan kerana ia hanya memerlukan usaha minimum.

    Kalian hanya perlu berbaring mengiring dengan suami mendakap isteri dari arah belakang. Selain dapat mendayung, suami bebas untuk meraba, meramas serta merangsang tubuh badan isteri.

    Cara buat anak di katil #6. Pretzel dip

    Merupakan posisi yang agak rumit dan variasi missionary, ia boleh dijayakan dengan cara si isteri berbaring mengiring ke satu sisi lalu encik suami mendayung pada kedudukan sedikit ‘senget’.

    Menariknya, cara buat anak di katil dengan posisi ini amat mudah digantikan dengan posisi lain seperti missionary semula andai kalian tidak mampu. Sebagai sokongan, gunakan bantuan bantal bagi menampung berat badan.

    #7. Posisi 69, antara cara buat anak atas katil

    Terakhir, siapa yang kata seks hanya perlu penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata? Meskipun ia bukan antara posisi untuk hamil yang efektif, namun kepuasan seksual juga masih perlu diutamakan.

    Dengan posisi seks oral secara serentak ini, maka sudah tentu kalian bakal puas dalam hubungan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan