backup og meta

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?

Meruang. Pernahkah anda terdengar atau terbaca mengenai perkara ini? Jika masih belum, artikel ini adalah sangat tepat buat anda!

Buat kalian yang mungkin belum tahu, meruang adalah satu perbuatan yang dilakukan bagi penjagaan bahagian alat sulit wanita.

Ia dikatakan boleh memperbaiki masalah faraj busuk atau faraj longgar namun meruang selepas seks dipercayai adalah tidak bagus.

Mengapa? Jom kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

Apakah itu meruang?

Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, meruang atau douche adalah satu perbuatan yang dilakukan bagi penjagaan bahagian alat sulit wanita.

Untuk pengetahuan anda, douche adalah berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud mencuci atau merendam.

Sesuai dengan namanya, ia merupakan proses yang dilakukan untuk membersihkan faraj menggunakan campuran air dan cuka.

Seiring dengan kemajuan teknologi, kini anda boleh mendapatkan campuran douche ini sendiri di farmasi yang mengandungi antiseptik serta tambahan wangian.

Persoalannya, adakah proses meruang ini benar-benar mampu membersihkan faraj?

faraj

Adakah ia berkesan?

Ramai golongan wanita yang mungkin melakukannya tanpa tahu sama ada ia benar-benar berkesan atau tidak.

Hakikatnya, ada kajian yang mengatakan bahawa proses ini mungkin mampu memperbaiki masalah faraj busuk atau faraj longgar namun bilangannya adalah sangat sedikit.

Ini bermakna kajian lanjutan masih diperlukan sehingga bidang perubatan boleh memperakui keberkesanannya.

Malahan itu, proses meruang atau douche ini dikatakan boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan alat kemaluan wanita termasuklah:

Jadi, perlu atau tidak untuk meruang faraj?

Menurut pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), anda dinasihatkan dan disarankan untuk menghindari serta mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini.

Buat anda yang belum tahu, proses meruang faraj mungkin boleh mengganggu tahap bakteria dan pH dalam faraj.

Ia mungkin akan menyebabkan pertumbuhan bakteria jahat dan sekali gus anda berisiko untuk mengalami jangkitan yis.

Selain itu, meruang juga boleh menyebabkan bakteria yang tidak baik ini merebak ke saluran pembiakan jika memang sudah terdapat jangkitan pada faraj.

Sungguhpun sudah mengetahui risiko-risiko ini, masih ada wanita yang melakukannya setiap kali selepas seks kononnya untuk membersihkan faraj mereka.

Adakah ia satu perbuatan yang mendatangkan manfaat atau mudarat?

kentut faraj

Bagaimana pula dengan meruang selepas seks?

Ya, kenyataan ini amat mengejutkan di mana ada wanita yang percaya bahawa perlu untuk membersihkan faraj setiap kali selepas seks bersama pasangan.

Ini disebabkan oleh kepercayaan bahawa air mani pasangan itu adalah kotor dan perlu dibersihkan dengan meruang faraj.

Selain itu, wujud segelintir wanita yang percaya bahawa perbuatan ini perlu dilakukan bagi meminimumkan risiko kehamilan luar jangkaan.

Ia adalah perbuatan yang sama sekali salah kerana douche faraj tidak akan mampu untuk menghalang sperma daripada masuk ke dalam ovari.

Dalam pada itu, dalaman faraj juga tidak perlu dibersihkan selepas seks kerana ia akan mengganggu keseimbangan bakteria yang melindungi alat sulit.

Apa yang sepatutnya dilakukan setiap kali selepas seks adalah hanya mencucinya menggunakan air biasa sahaja kerana alat kemaluan manusia akan bersih secara semula jadi.

Apa cara betul untuk menjaga miss V?

Meruang selepas seks ataupun pada bila-bila masa sahaja bukanlah cara betul untuk menjaga kebersihan miss V anda ya!

Kepada gadis-gadis di luar sana, kalian perlu tahu bahawa faraj yang sihat datangnya daripada pemakanan yang sihat.

Selain itu, individu yang selalu bersenam dan mengamalkan diet yang sihat juga mempunyai kesihatan faraj yang lebih baik berbanding wanita yang tidak bersenam dan tidak menjaga diet mereka.

Konklusinya, ketahuilah bahawa penjagaan alat sulit bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Buat mereka yang belum berkahwin pula, anda tidak perlu takut atau risau untuk menjaga kawasan intim.

meruang selepas seks

Sebenarnya, anda tidak perlu lakukan perkara seperti meruang atau douching untuk pastikan alat sulit anda sentiasa bersih.

Ini kerana doktor tidak menggalakkan wanita meruang kerana ia boleh menyebabkan terkena jangkitan kelamin atau STD.

Oleh itu, sila jaga faraj anda dengan cara yang lebih semula jadi yakni melalui senaman dan diet yang seimbang okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://health.clevelandclinic.org/how-to-keep-your-vagina-happy-healthy/
  2. https://youngwomenshealth.org/2017/04/19/vulvar-and-vaginal-care-and-cleaning/
  3. https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/improving-vaginal-odor
  4. https://www.womenshealth.gov/files/documents/fact-sheet-douching.pdf
  5. https://www.southernnevadahealthdistrict.org/faq-items/can-i-prevent-pregnancy-by-douching-after-sex/

Versi Terbaru

29/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 29/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan