backup og meta

7 Perkara Yang Masih Boleh Buat Wanita HAMIL Walaupun Sedang Merancang!

7 Perkara Yang Masih Boleh Buat Wanita HAMIL Walaupun Sedang Merancang!

Sebagai suami isteri terutamanya yang masih muda, pasti pelbagai cara merancang keluarga akan dicuba kerana masih belum bersedia untuk menambah bilangan ahli keluarga.

Pun begitu, sebenarnya wujud beberapa perkara yang masih boleh buat anda hamil meskipun kalian berdua berwaspada dalam bersenggama.

Apakah perkara tersebut? Jom kita semua ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Ada pelbagai cara merancang keluarga boleh dicuba!

cara merancang keluarga

Bukannya bertujuan menafikan ketentuan namun memang ada pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata.

Ia mungkin didasari oleh faktor kesihatan, kewangan, kerjaya mahupun sekadar pasangan hanya ingin menjarakkan tempoh kehamilan selepas yang pertama.

Disebabkan itu, wujud pelbagai cara merancang keluarga termasuklah pengambilan pil perancang, penggunaan kondom, pembedahan vasektomi, pemasangan IUD dan lain-lain.

Namun, adalah tidak salah untuk mencuba merancang keluarga asalkan ia dilakukan dengan teknik atau kaedah yang tepat serta tidak membahayakan kesihatan.

Tahukah anda bahawa kadangkala apa yang kita rancang tidak selalu kita dapat? Ini kerana anda masih boleh mengandung meskipun sedang merancang!

Baca juga:

Ada perkara yang masih boleh buat anda hamil?

Kadangkala, mungkin ada ketika di mana kehamilan luar jangka itu boleh berlaku meskipun langkah pencegahan telah diamalkan.

Ia mungkin disebabkan oleh kesalahan atau kesilapan dalam cara merancang keluarga yang dicuba oleh anda dan pasangan.

Berikut merupakan antara perkara yang masih boleh buat anda hamil walaupun sedang merancang:

#1. Seks tidak selamat ketika menyusukan anak bukan cara merancang keluarga!

Ramai ibu yang sedang menyusukan anak cenderung tidak mengalami haid dan ini akan membuat mereka percaya bahawa diri tidak berovulasi.

Tidak, teknik yang dikenali sebagai lactational amenorrhea method (LAM) ini hanya akan berkesan jika bayi berusia 6 bulan ke bawah sahaja.

Selain itu, wujud juga beberapa syarat lain seperti menyusukan anak dengan susu badan secara ekslusif serta tidak mengalami haid pertama selepas bersalin.

Jadi jangan sangka bahawa jika anda sedang menyusukan anak, anda tidak akan mengandung ya?

#2. Anda mengambil antibiotik bersama pil perancangcara merancang keluarga

Hakikatnya, memang wujud amaran pada pil perancang bahawa mengambil antibiotik bersama pil perancang akan mengurangkan keberkesanannya.

Menurut kajian saintifik, jenis antibiotik yang paling perlu dielak adalah rifampin – digunakan untuk merawat tuberkulosis dan infeksi bakteria.

Meskipun masih tiada kajian yang kata antibiotik lain turut menyebabkan kesan sama, namun adalah wajar untuk anda elak mengambil ubatan ini bersama pil perancang.

#3. Anda cirit-birit @ muntah-muntah selepas ambil pil perancang

Pil perancang yang anda ambil itu memerlukan sedikit masa untuk dihadam dan diproses agar kesannya dapat dimaksimumkan.

Namun jika kalian mengalami cirit-birit atau muntah-muntah selepas ambil pil ini, maka kesannya mungkin tidak dapat diserap tubuh badan.

Ia seumpama anda langsung tidak mengambil pil perancang dan potensi untuk hamil luar jangka juga akan meningkat dengan tinggi.

#4. Anda salah cara menggunakan kondom

Terdapat banyak jenis kondom untuk lelaki dan wanita yang boleh digunakan dalam usaha merancang keluarga dan mencegah kehamilan luar jangka.

Pun begitu, ada pasangan yang mungkin kurang pengalaman menggunakannya dengan cara yang salah lalu ia kurang berkesan.

Ini terutamanya jika kondom tersebut telah koyak, rosak, tamat tarikh luput, terdedah kepada haba suhu melampau atau digunakan lebih daripada sekali.

Jadi sila belajar gunakan kondom dengan cara yang betul okay?

#5. Apabila melakukan pembedahan vasektomi

cara merancang keluarga

Jika pasangan lelaki melakukan pembedahan vasektomi, maka peluang untuk wanita hamil adalah di bawah 1%.

Namun anda masih boleh hamil lebih-lebih lagi jika kalian tidak tunggu sehingga pembedahan ini benar-benar berjaya.

Ini kerana ada kes di mana pembedahan ini tidak berjaya dan tidak diperiksa terlebih dahulu sebelum melakukan seks dengan pasangan mereka.

#6. Apabila melakukan pemasangan IUD

Pemasangan IUD pada rahim wanita dikatakan akan berjaya menghalang kehamilan luar jangka sekitar 99.7%.

Namun anda masih lagi boleh hamil jika ia dipasang pada lokasi dan posisi yang tidak tepat serta menggunakan jenis tidak ideal.

Jadi, adalah penting untuk wanita memastikan terlebih dahulu pemasangan alat berbentuk huruf T ini dilakukan dengan betul.

#7. Cara merancang keluarga tidak berkesan jika anda sudah hamil!

Akhir sekali, punca cara merancang keluarga yang anda dan pasangan cuba itu gagal adalah disebabkan anda sudah hamil terlebih dahulu.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian mengorak langkah dengan lebih cepat dalam usaha mengelakkan kehamilan luar jangka.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Contraception. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/contraception/. Accessed on January 17, 2023.
  2. 9 types of contraception you can use to prevent pregnancy (with pictures!) https://www.health.qld.gov.au/news-events/news/types-contraception-women-condoms-pill-iud-ring-implant-injection-diaphragm. Accessed on January 17, 2023.
  3. Why contraception fails – and how to choose a method that works. https://www.healthdirect.gov.au/blog/why-contraception-fails-and-how-to-choose-a-method-that-works. Accessed on January 17, 2023.
  4. Contraception methods. https://www.familyplanning.org.nz/advice/contraception/contraception-methods. Accessed on January 17, 2023.
  5. How effective is contraception at preventing pregnancy? https://www.nhs.uk/conditions/contraception/how-effective-contraception/. Accessed on January 17, 2023.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pernah Ambil Pil Perancang, Kini Ingin Hamil Semula, Ini Cara Nak Tahu Bila Waktu Subur!

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan