backup og meta

Asyik Isteri Saja 'Cegah' Kehamilan, Kini Kontrasepsi Lelaki Pertama Bakal Dilancar! Suami, Sanggup Tak?

Asyik Isteri Saja 'Cegah' Kehamilan, Kini Kontrasepsi Lelaki Pertama Bakal Dilancar! Suami, Sanggup Tak?

Setiap kali berbicara tentang kontrasepsi lelaki, sudah pasti kita akan membayangkan atau mencadangkan kondom, bukan? Namun, baru-baru ini ada kajian terkini yang mengatakan lelaki tidak perlu lagi untuk menggunakan alat pengawalan kelahiran yang melecehkan ini kerana sudah wujud kaedah baru! Jom ikuti artikel ini.

Kontrasepsi & lelaki

Secara umumnya, usaha perancangan keluarga selalu sahaja dikaitkan dengan kaum wanita. Di Amerika, 99% wanita dilaporkan pernah atau sedang menggunakan alat pengawalan kelahiran dengan tujuan untuk merancang keluarga bersama pasangan mereka.

70% daripada jumlah itu menggunakan kontrasepsi yang tidak kekal, termasuklah penggunaan pil, implan, cincin atau IUCD. 22% daripada jumlah itu pula menjalankan prosedur pensterilan tiub (tubal ligation). Selebihnya, pasangan lelaki mereka yang menjalani prosedur pensterilan.

Kaedah pengawalan kelahiran yang dinyatakan di atas sudah dilakukan oleh manusia bertahun lamanya. Pun begitu, akan wujud kesan sampingannya terhadap wanita. Antaranya, berat badan meningkat, jerawat merebak, payudara membengkak, ‘mood swings’ dan berlaku pendarahan pada faraj di antara waktu datang bulan.

Ini menunjukkan bahawa kaum Hawa sudah banyak menderita demi merancang keluarga bersama pasangan. Jadi, adakah terdapat kontrasepsi untuk kaum Adam yang mungkin kurang atau tidak wujud sebarang kesan sampingan?

pengawalan kelahiran

Kajian terbaharu di India

Seorang saintis dari India, Dr Sujoy Kumar Guha, telah mengusahakan kontrasepsi terkini untuk lelaki selama 37 tahun lamanya. Ia bukanlah sejenis alat untuk dipakai atau pil untuk ditelan. Namun, ia dicipta sebagai satu ubat untuk disuntik ke testis lelaki bertujuan menyekat atau menghalang pergerakan sperma ke zakar.

Menurut Dr RS Sharma, saintis yang turut serta dalam membangunkan alat pengawalan kelahiran terbaharu ini menyatakan kaedah ini mampu bertahan dan berfungsi selama 13 tahun selepas ia disuntik. Menurutnya lagi, produk tersebut telah siap dan hanya menunggu pengesahan dari badan pengawalan ubat di negara itu sebelum dipasarkan.

Adakah ia mempunyai kesan sampingan?

Di Amerika, alat pengawalan kelahiran seperti ini sudah beberapa kali menjalani ujian klinikal. Namun, kebanyakannya gagal dan tidak berjaya dipasarkan kerana terdapat banyak kesan sampingan, hampir sama seperti yang dialami oleh wanita.

Akan tetapi, alat kontrasepsi terbaharu ini telah dicuba oleh pasukan Indian Council of Medical Research (ICMR) dan hasilnya agak memuaskan. Seramai 303 lelaki telah disuntik dengan ubat ini dan 97.3% daripada jumlah ini menunjukkan bahawa ia efektif dalam menyekat atau menghalang sperma tanpa menunjukkan sebarang kesan sampingan.

Produk ini boleh dikatakan sebagai kontrasepsi lelaki pertama di dunia jika berjaya dipasarkan”, kata Dr Sharma.

Halangan terakhir sebelum produk ini dipasarkan ke seluruh negara adalah pengesahan dari US Food and Drug Administration (FDA). Jika usaha ini berjaya, usaha pengawalan kelahiran bukan sahaja terletak pada wanita lagi, lelaki juga perlu memainkan peranannya!

Konklusi

Kesimpulannya, lelaki mungkin tidak lagi memerlukan kondom jika produk ini berjaya mencapai tahap badan regulasi sebelum dipasarkan ke seluruh dunia. Ia sudah pasti merupakan berita baik buat kaum lelaki, bukan? Selepas ini, anda tidak perlu lagi bersusah-payah membeli dan memakai kondom setiap kali sebelum melakukan hubungan seks bersama pasangan. Jimat wang dan masa!

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7703873/Worlds-MALE-birth-control-just-six-months-away.html. Accessed on November 21, 2019.

Versi Terbaru

23/06/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

7 Jenama Kondom Terbaik & Tahan Lama Tahun 2023, No 1 & 2 'Confirm' Ramai Tahu!

Bukan Sekadar Cegah Kehamilan, Ini 4 Kegunaan Kondom Setiap Pasangan Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 23/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan