Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pernah atau tidak anda ditegur sebab makan sambil minum air, kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?

Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai. 

Makan sambil minum punca perut buncit?

Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan. 

Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan. 

Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?

Memahami sistem pencernaan

Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.

Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut. 

Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.

Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.

Saluran usus

sistem pencernaan

Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.

Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda. 

Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.

Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda. 

Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan. 

Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?

Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?

Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan. 

Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik. 

Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan. 

Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur

Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.

Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.

makan sambil minum

Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain. 

Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur. 

Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien. 

Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan

Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.

Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.

Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan

Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut. 

Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.

Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.

Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal. 

Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda. 

Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan

Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.

Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar. 

Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.

minum air

Bantu bakar kalori

Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan. 

Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus

Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Suka Minum Manis, Ini Had Gula Yang Boleh Diambil Sehari, Jika Tidak, Membawa Maut!

Banyaknya minuman manis yang telah viral di Malaysia! Pasti ramai yang mahu cuba! Sebelum itu, jom baca pengambilan kadar gula yang sepatutnya dahulu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Bekerja, Jaga-jaga, Ya! Ini Risiko Masalah Kesihatan Yang Boleh Anda Alami

Menjadi seorang ibu bekerja bukanlah 1 tugas mudah. Anda perlu lebih menjaga diri atau ada 8 risiko masalah kesihatan yang mungkin akan dialami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Tips Keibubapaan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Ibu Hamil

Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi adakah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

Diet seimbang melibatkan pelbagai jenis makanan berkhasiat. Tapi, bagi penghidap sindrom iritasi usus ada makanan mungkin mencetuskan rasa tidak selesa.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jus kubis

Pernah Dengar Mengenai Vitamin U? Ia Ada Dalam Jus Kubis & Katanya Baik Untuk Ulser Perut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan usus

Benarkah Saluran Usus & Otak Saling Berkaitan? Ini 4 Keadaan PATUT Anda Ketahui…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan
penyebab badan gemuk

Bukan Hanya Banyak Makan, 5 Perkara Ini Juga Jadi Punca Utama Anda Cepat Gemuk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan