backup og meta

TIADA Rawatan Demam Denggi Di Malaysia, Jadi Apa Yang Perlu Anda Tahu? Ini Jawapannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/06/2020

    TIADA Rawatan Demam Denggi Di Malaysia, Jadi Apa Yang Perlu Anda Tahu? Ini Jawapannya!

    Setiap kali tiba musim hujan, tentunya kes demam denggi akan meningkat, lebih-lebih lagi di kawasan bandar dan perindustrian. Malaysia mencatatkan lebih 100,000 kes hampir setiap tahun sejak tahun 2014.

    Apa yang perlu anda tahu tentang rawatan demam denggi?

    Tiada vaksin denggi digunakan di Malaysia

    Baru-baru ini, vaksin denggi yang pertama di dunia telah digunakan di beberapa buah negara. Vaksin yang digelar Dengvaxia ini walau bagaimanapun tidak diluluskan oleh kerajaan Malaysia untuk digunakan di hospital-hospital awam dan swasta di seluruh negara sebagai rawatan demam denggi.

    Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin ini memberikan perlindungan ke atas mereka yang pernah mengalami demam denggi tetapi berkemungkinan membuatkan serangan demam denggi lebih teruk bagi mereka yang tidak pernah mendapat demam denggi.

    Tiada rawatan khusus untuk demam denggi

    Selain daripada vaksin yang baru diperkenalkan, tiada rawatan khusus bagi penyakit berjangkit nombor satu Malaysia ini. Rawatan demam denggi yang biasa dilakukan hanyalah berbentuk rawatan sokongan.

    Pesakit akan diminta untuk banyakkan minum air kosong. Darah serta keadaan kesihatan pesakit secara am akan dipantau dari semasa ke semasa, khususnya bacaan darah. Paracetamol juga mungkin diberikan untuk mengurangkan demam dan rasa sakit.

    Dalam kes yang lebih teruk seperti demam denggi berdarah, pantauan lebih rapi perlu dilakukan.

    Tiada kajian yang mencukupi tentang jus pucuk betik

    Pucuk betik adalah rawatan tradisional yang popular bagi denggi. Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain juga kerap menggunakan pucuk betik sebagai rawatan demam denggi.

    Rawatan ini mungkin berkesan, dan terdapat beberapa kajian yang telah membuktikannya. Namun, masih banyak kajian diperlukan sebelum ia boleh disahkan selamat mengikut kajian saintifik.

    Di Malaysia, rawatan pucuk betik tidak digunakan di hospital.

    Pesakit demam denggi perlu diasingkan

    Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit. Namun, jangkitannya bukanlah melalui sentuhan langsung seperti penyakit berjangkit lain.

    Pesakit denggi mengandungi virus denggi di dalam darah mereka. Apabila nyamuk menggigit darah yang mengandungi virus ini, ia akan menjadi pembawa virus. Kemudian, apabila nyamuk tersebut menggigit orang lain, virus tersebut boleh tersebar.

    Jadi, sebab itulah pesakit demam denggi perlu diasingkan sehingga tempoh berjangkit habis. Selain itu, kawasan di mana pesakit mendapat denggi (rumah atau tempat kerja) juga perlu menjalani fogging bagi menghapuskan nyamuk aedes di kawasan terbabit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 23/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan