backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Elak Jenis Makanan Dan Minuman Ini Jika Tekak Rasa Perit Dan Gatal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    Elak Jenis Makanan Dan Minuman Ini Jika Tekak Rasa Perit Dan Gatal!

    Orang kata, kalau sakit tekak kena minum air panas untuk melegakan kerongkong yang kering! Namun, jangan terkejut jika kami katakan bahawa jenis minuman kopi sejuk boleh membantu tekak anda itu.

    Tak percaya? Teruskan pembacaan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang ENT, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa individu boleh terkena sakit tekak?

    Selain mengambil ubat atau lozeng yang boleh memberikan rasa nyaman pada tekak anda itu, ada lagi perkara lain yang wajar diberikan perhatian khusus iaitu makanan dan minuman yang perlu diambil atau dielak.

    Menurut kepercayaan orang kita, ada minuman yang kena elak ketika sakit tekak.

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu akan punca sebenar sakit tekak ini terlebih dahulu.

    Untuk pengetahuan anda, sakit tekak mungkin disebabkan oleh 2 mikroorganisma iaitu virus dan bakteria atau pelbagai lagi faktor risiko yang lain.

    Sakit yang disebabkan oleh virus akan membawa kepada kondisi Pharyngitis dan kebiasaannya mengakibatkan selesema atau flu yang boleh sembuh dengan sendiri.

    Sakit yang disebabkan oleh bakteria pula didalangi oleh bakteria bernama Streptococcus dan mungkin memerlukan ubatan antibiotik untuk rawatan.

    Bergantung kepada sebabnya, simptom-simptom sakit tekak mungkin akan berbeza, antaranya:

    • Rasa perit pada tekak
    • Rasa gatal pada tekak
    • Rasa sakit bila makan atau bercakap
    • Rasa berat bila cuba membuka mulut
    • Kesukaran menelan makanan
    • Kelenjar pada leher atau rahang membengkak
    • Timbul nanah pada tonsil
    • Suara berubah menjadi serak/garau
    jenis minuman kopi
    Pantang larang ketika sakit tekak.

    Jenis minuman kopi tertentu baik untuk penderita sakit tekak?

    Seperti mana yang kita semua pernah alami, tekak kita akan menjadi sangat ‘manja’ jika terkena kondisi ini.

    Kenapa? Ini kerana terdapat banyak pantang larang dari segi makan dan minum ketika sakit tekak.

    Antara yang paling popular adalah kita tidak boleh makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak serta minuman berais jika mahu sembuh dengan cepat.

    Dalam pada itu, merokok sama ada jenis tembakau atau elektronik tentu sekali adalah larangan keras ketika menghidap kondisi ini.

    Ya, kesemua pantang larang ini memang wajar dipatuhi kerana ia bukan sahaja bagus untuk tekak malahan juga kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

    Pun begitu, ada satu minuman ini yang dikatakan sangat penting untuk dielakkan!

    Kopi adalah musuh utama penderita sakit tekak?

    Tidak dinafikan lagi bahawa terdapat pelbagai jenis kopi sedap yang dijual di pasaran sekarang.

    Buat penggemar pelbagai jenis jenis kopi di Malaysia, ini mungkin merupakan berita buruk buat anda.

    Ini kerana jenis minuman kopi ini mungkin akan membuat tekak anda berasa sangat kering dan segala makanan serta minuman yang membuat ia lebih teruk wajar dielakkan.

    Seperti mana yang kita semua tahu juga, kopi serta pelbagai lagi minuman berkafein seperti teh dan soda turut akan mengakibatkan tekak kita terasa lebih kering.

    Tambahan lagi, pelbagai jenis minuman kopi dan kafein juga bersifat diuretik yang boleh meningkatkan risiko kalian mengalami dehidrasi tubuh badan.

    tanda kafein terlebih dalam badan
    Kafein tak bagus untuk kanak-kanak.

    Jika masih mahu mengambilnya…

    Pun begitu, kami tidak kata yang anda tidak boleh langsung mengambil minuman kopi dan kafein ya?

    Anda masih boleh minum pelbagai jenis minuman kopi termasuklah kopi dalgona kegemaran ramai itu.

    Akan tetapi, ada beberapa petua yang wajar diikuti ketika mengambilnya!

    kesan kafein
    Keburukan mengambil minuman berkafein.

    Pilih jenis minuman kopi sejuk

    Ketika mengalami sakit tekak, tekak kita secara semula jadinya akan menjadi sangat kering lantas mengakibatkan rasa perit dan gatal.

    Selain daripada kering, ia juga mungkin akan menjadi bengkak dan segala yang panas hanya akan memburukkan lagi kondisi tekak anda.

    Dengan meminum minuman yang sejuk, ia mungkin akan dapat membantu melegakan tekak yang bengkak itu.

    Ini juga sekali gus dapat mengurangkan risiko dehidrasi yang mungkin boleh berlaku akibat kekeringan air dalam tubuh badan.

    Jangan sentuh minuman kopi panas

    Sehubungan dengan itu, sakit tekak juga mungkin akan mengakibatkan tubuh badan penderita terasa panas dan berpeluh teruk.

    Minuman kopi atau segala minuman panas pula mungkin akan mengakibatkan suhu badan menjadi lebih tinggi berbanding biasa.

    Jadi, sila pilih minuman kopi sejuk dan jangan kopi panas ya?

    Kesimpulan

    Kesan pengambilan minuman kopi dan kafein ketika sakit tekak

    • Membuat tekak anda berasa sangat kering
    • Meningkatkan risiko anda mengalami dehidrasi tubuh badan

    Penderita sakit tekak perlu jaga makan dan minum agar kesakitan yang dialami oleh anda itu dapat pulih dengan segera.

    Sekiranya anda mengalami kebimbangan mengenai kondisi ini, segera berjumpa doktor okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan