backup og meta

Masalah Kesihatan disebabkan Pendedahan kepada Bunyi Bising

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/05/2023

    Masalah Kesihatan disebabkan Pendedahan kepada Bunyi Bising

    Pada masa kini, sangat sukar untuk mencari tempat yang sunyi untuk berehat. Anda sentiasa dikelilingi dengan bunyi-bunyi dari motosikal, pembesar suara, alat kerja berat seperti gergaji dan dan drill, mahupun fon telinga. Jika anda bekerja di tempat yang mempunyai pendedahan kerap kepada bunyi kuat, ia boleh merosakkan telinga anda dan membawa kepada masalah telinga seperti tinnitus dan kehilangan pendengaran. Pendedahan berterusan kepada bunyi yang boleh merosakkan sel-sel rambut di telinga anda. Jadi bagaimana untuk mencegahnya?

    Tinnitus

    Tinnitus berlaku di telinga bila mana orang akan mendengar bunyi khayalan atau denyutan dalam telinga atau kepala mereka. Bunyi ini boleh jadi lembut atau keras, bernada tinggi atau rendah. Anda mungkin mendengarnya pada salah satu atau kedua-dua telinga. Jika anda mempunyai tinnitus, anda juga mungkin mendengar:

    • Bunyi mengaum
    • Bunyi berdesing
    • Bunyi berwisel
    • Bunyi berdesit

    Jika anda mendapat tinnitus, anda mungkin mengalami pendengaran bunyi menjengkelkan yang sebenarnya tidak wujud. Walaupun anda mendengar bunyi dalam telinga anda, tidak ada sumber bunyi luar.

    Tinnitus boleh menjadi menjengkelkan dan menggeramkan anda. Kadangkala, bunyi yang anda dengar boleh mengganggu pendengaran bunyi sebenar di sekeliling anda. Tinnitus boleh berlaku dengan kemurungan, kebimbangan dan tekanan.

    Kehilangan pendengaran

    Penuaan dan pendedahan kronik kepada bunyi yang kuat adalah faktor-faktor penting yang menyumbang kepada kehilangan pendengaran. Pekerjaan yang melibatkan pendedahan kepada bunyi yang kuat daripada persekitaran kerja juga boleh membawa kepada kerosakan di dalam telinga anda. Faktor-faktor lain, seperti tahi telinga yang berlebihan, boleh menghalang telinga mencerap bunyi buat sementara waktu.

    Bagaimana untuk mengelakkan masalah pendengaran?

    Pakai perlindung pendengaran

    Jika anda akan berada dekat dengan sumber bunyi yang kuat, pakai perlindung telinga:

  • Penyumbat telinga: Peralatan berguna ini biasanya dibuat daripada span atau getah. Biasanya boleh dimasukkan ke dalam lubang telinga anda dan mengurangkan bunyi sebanyak 15 hingga 30 desibel. Jika anda tidak dapat mencari yang sesuai dengan saluran telinga anda dengan selesa, anda boleh membuat tempahan khas. Sesetengah penyumbat telinga mengurangkan tahap bunyi sama rata pada semua frekuensi, berguna untuk mereka yang perlu memperlahankan bunyi tetapi tidak berubah frekuensi, seperti pemuzik.
  • Alat pelindung telinga. Jika anda tidak suka perasaan seperti mempunyai sesuatu dalam saluran telinga anda, anda boleh beralih menggunakan alat pelindung telinga. Ia boleh disesuaikan dengan telinga anda dengan selesa dan juga masih berkesan.
  • Anda juga boleh memakai kedua-dua penyumbat telinga dan pelindung telinga untuk perlindungan tambahan.

    • Jangan mengambil satu lagi sedutan rokok– ia mungkin memberi kesan kepada pendengaran anda! Pelbagai statistik pada tahun-tahun baru menunjukkan bahawa perokok mempunyai risiko 70% lebih tinggi untuk mendapat beberapa masalah pendengaran berbanding bukan perokok.
    • Keluarkan tahi telinga dengan betul. Tahi telinga melindungi telinga dari habuk, zarah asing, mikroorganisma dan air. Apabila anda membersihkan telinga anda dengan Q-tip, anda secara tidak sengaja boleh menolak tahi telinga dengan lebih mendalam, menyebabkannya tersumbat. Pembentukan tahi telinga adalah salah satu sebab biasa kehilangan pendengaran sementara.
    • Semak ubat-ubatan untuk risiko masalah pendengaran. Kira-kira 200 ubat-ubatan boleh merosakkan pendengaran, termasuk sesetengah antibiotik dan ubat-ubatan melawan kanser. Dos aspirin yang tinggi juga boleh membahayakan telinga anda. Jika anda mengambil ubat-ubatan preskripsi, periksa dengan doktor anda untuk memastikannya tidak mempunyai kesan sampingan pada pendengaran anda. Jika anda perlu mengambil ubat yang boleh membahayakan telinga anda, pastikan doktor anda memeriksa pendengaran dan kestabilan pergerakan anda sebelum dan semasa rawatan anda.
    • Jalani ujian pendengaran. Buat temu janji untuk mendapatkan ujian pendengaran jika anda:
  • Mempunyai saudara terdekat dengan kehilangan pendengaran
  • Mempunyai masalah mendengar perbualan
  • Sering mendengar bunyi kuat secara berterusan
  • Sering mendengar bunyi berdenyut dalam telinga anda
  • Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan