Kencing Manis Bukan Hanya 2 Jenis Saja, Diabetes Ke-3 Lagi Bahaya, Boleh Hilang Ingatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasti ramai yang tahu akan diabetes jenis 1 dan 2. Kebanyakan rakyat Malaysia didiagnosis dengan diabetes kedua. Terbaru, kajian mendedahkan gejala diabetes ke-3 yang berkait rapat dengan penyakit Alzheimer.

Sejauh manakah kebenaran jenis diabetes ketiga ini dalam memudaratkan daya ingatan anda?

Usah risau, artikel ini akan menjawab segala persoalan anda!

Pengenalan

gejala diabetes

Diabetes merupakan sejenis penyakit yang tidak berjangkit disebabkan oleh paras gula dalam darah yang menjangkaui kadar normal.

Sebenarnya, diabetes mempunyai banyak jenis, tetapi yang utama ialah yang pertama dan kedua. Jenis-jenis diabetes yang ada termasuklah:

  • Diabetes Jenis 1 (T1DM)
    • Insulin langsung tidak dibuat oleh badan anda. Hal ini kerana sistem imun badan anda sendiri menyerang dan merosakkan sel-sel di pankreas yang bertanggungjawab untuk membuat insulin.
    • Banyak didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda.
    • Memerlukan insulin setiap hari untuk terus hidup.
  • Diabetes Jenis 2 (T2DM)
    • Jenis diabetes yang paling kerap dijumpai dalam masyarakat.
    • Dalam kes ini, badan anda tidak membuat atau menggunakan insulin dengan elok.
    • Boleh mempengaruhi pelbagai peringkat umur, tetapi kerap didiagnosis dalam kalangan pertengahan umur dan warga tua.
  • Diabetes Gestasi
  • Maturity Onset Diabetes of the Young (MODY)
    • MODY ialah penyakit keturunan yang jarang berlaku dan tidak berkait dengan jenis 1 atau 2.
    • Berpunca daripada mutasi gen daripada ibu bapa, dan akan didiagnosis sebelum umur 25 tahun.

Apakah diabetes jenis 3?

Beberapa kajian mengemukakan bahawa penyakit Alzheimer seharusnya diklasifikasikan sebagai diabetes jenis 3.

Kajian mendedahkan bahawa pesakit Alzheimer mempunyai kerintangan insulin dalam otak.

Otak kita memerlukan tenaga daripada glukosa untuk sel-sel terus berfungsi.

Jika terdapat kerintangan insulin, sel-sel otak tidak akan mendapat bekalan glukosa yang mencukupi.

Ini akan menjurus kepada hipoglisemia di dalam otak, menyebabkan sel-sel otak rosak dan dalam jangka masa panjang mengakibatkan penyakit Alzheimer.

Ini bukan istilah perubatan yang rasmi, tetapi semakin ramai saintis mula memperakui dan menggunakan istilah ini dalam kajian yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer.

Hubungkait antara penyakit Alzheimer dan diabetes jenis 3

Terdapat banyak penyelidikan dari negara barat yang membuktikan kaitan antara diabetes dan penyakit Alzheimer sehingga mereka mula memanggil ia sebagai diabetes otak.

Antaranya, satu kajian membuktikan pesakit diabetes jenis 2 yang tidak menerima rawatan berpotensi untuk mendapat penyakit Alzheimer suatu masa nanti.

Ini adalah kerana diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kerosakan saluran darah anda, termasuk otak.

Oleh itu, mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 tetapi tidak didiagnosis atau menerima rawatan akan berisiko mempunyai kerosakan saluran darah yang lebih tinggi.

Selain itu, penyakit ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan kimia pada otak anda dan mengakibatkan penyakit Alzheimer.

Punca dan faktor risiko diabetes jenis 3

Suatu kajian dijalankan pada tahun 2016 mendedahkan pesakit diabetes jenis 2, terutama sekali wanita, mempunyai kecenderungan lebih 60% untuk mendapat penyakit Alzheimer atau demensia.

Faktor risiko diabetes jenis 2 termasuklah:

Tanda dan gejala diabetes otak

gejala diabetes

Tanda dan gejala diabetes otak serupa dengan demensia, seperti yang dilihat pada penyakit Alzheimer peringkat awal.

Mengikut Persatuan Alzheimer, ia termasuklah:

Saya takut! Bagaimana nak mencegahnya?

Jika anda sudah didiagnosis dengan diabetes jenis 2, risiko anda lebih tinggi berbanding dengan orang lain. Namun, usah risau ya!

Saintis yang mengkaji diabetes otak menyatakan seandainya keadaan anda dapat dikawal dengan diet, senaman dan ubat-ubatan, anda boleh melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut masih tiada bukti sehingga kini.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk menguruskan diabetes jenis 2:

penyakit alzheimer

  1. Bersenam 4 kali seminggu, sebanyak 30 minit satu sesi.
  2. Mengamalkan pemakanan yang sihat: rendah dengan lemak tepu, kaya dengan protein dan serat tinggi.
  3. Peka dan pantau tahap gula dalam darah anda mengikut cadangan doktor.
  4. Ambil ubat yang ditetapkan mengikut jadual.
  5. Pantau tahap kolesterol anda.
  6. Kekalkan berat badan dalam lingkungan yang sihat.

Seandainya anda masih khuatir, sila berjumpa dengan doktor anda untuk rundingan lebih lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Pernah tak anda berada di dalam situasi yang menyeronokkan namun pengalaman itu terganggu kerana anda kerap buang air kecil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Masalah Pundi Kencing, Urologi 25/11/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda mungkin tidak tahu bahawa anda berpotensi menghidap sakit sendi dan tulang. Ini 5 jenis masalah sendi tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Tersilap Diagnosis! Dari Diabetes Jenis 2, Tapi Sebenarnya Menghidap Kencing Manis Jenis 1?

Tahukah anda, ada kemungkinan penghidap kencing manis jenis 2 sebenarnya menghidap LADA, bukannya bertukar jadi diabetes jenis 1. Apakah LADA sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Diabetes Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Terkena COVID-19? Ini Risikonya

Kemunculan wabak pandemik timbulkan keebimbangan.Tapi benarkah pesakit diabetes berisiko mengalami komplikasi COVID-19 yang lebih serius?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kencing Manis 03/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

punca mulut berbau

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
ketidakseimbangan hormon

Cik Abang Selalu Letih & Badan Menyusut? Itu Tanda Hormon Tak Seimbang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
nafas berbau

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan