backup og meta

Tip Penjagaan Kebersihan untuk Remaja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/09/2023

    Tip Penjagaan Kebersihan untuk Remaja

    Akil baligh menyebabkan perubahan fizikal kanak-kanak yang sedang menuju ke alam dewasa. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah perubahan bau badan dan peluh. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya membantu anak anda dengan tip berikut.

    Peluh dan bau badan

    Kebanyakan kanak-kanak tidak suka mandi terutamanya kanak-kanak lelaki. Namun apabila mencapai akil baligh, mereka akan berpeluh lebih daripada kebiasaan. Walaupun sebenarnya peluh tidak berbau, peluh boleh meresap ke dalam baju. Kesannya, baju kanak-kanak itu akan dicemari oleh bakteria yang menyebabkan bau badan menjadi busuk. Mandi dan tukar pakaian dengan kerap boleh membantu. Amalkan contoh rutih berikut:

  • Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari. Anda boleh menggalakkan anak anda menggunakan sabun lembut berserta air suam. Fokuskan kepada bahagia muka, tangan, kaki, ketiak, bahagian punggung serta alat sulit terutamanya bahagian yang mempunyai bulu seperti ketiak atau alat sulit yang mempunyai kelenjar peluh. Di bahagian ini, bakteria tumbuh dengan cepat.
  • Pakai pakaian bersih termasuklah sarung kaki dan seluar dalam setiap hari. Anda juga boleh membelikan anak anda pakaian yang diperbuat daripada kapas kerana material ini menyerap peluh dengan lebih efektif.
  • Gunakan deodoran. Deodoran akan menghilangkan bau badan serta mengurangkan pengeluaran peluh. Deodoran boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti gel, cecair semburan serta krim sapuan di pasar raya atau farmasi.
  • Tukar cadar katil anak anda setiap minggu untuk memastikan kebersihannya. Kemudian Cuci dengan air panas untuk membunuh bakteria dan kuman.
  • Rambut berminyak

    Apabila mencapai akil baligh, rambut anak anda akan mula berminyak, akibat daripada rembesan peluh dan minyak daripada kelenjar peluh. Cuci rambut setiap hari untuk mengawal rambut berminyak. Anda boleh menggalakkan anak anda menggunakan tip berikut:

    • Cuci rambut dengan syampu dan air yang bersih.
    • Urut kepala dengan lembut untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, kekotoran dan minyak. Jangan menyental terlalu kuat untuk mengelakkan kulit rosak.
    • Gunakan produk yang bebas minyak.

    Masalah kulit

    Sama seperti rambut, kulit anak anda juga akan mengalami kesan perubahan hormon. Antara kesan yang baka timbul adalah kulit berminyak, jerawat dan jeragat. Anda boleh memberikan anak anda tip-tip berikut:

    • Cuci muka dan basuh dengan air bersih dua kali sehari.
    • Bilas sabun dengan air suam dan keringkan kulit menggunakan tuala yang bersih.
    • Jangan memicit jerawat dan hanya sentuh muka sekiranya tangan bersih.
    • Cuci tuala dengan kerap.

    Kebersihan mulut

    Remaja kebiasaannya malas untuk memberus gigi mereka pada malam hari. Ini akan menyebabkan nafas berbau dan gigi mereput. Oleh itu, memberus gigi setiap hari merupakan perkara penting yang perlu dijadikan rutin anak remaja anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan