Bolehkah Pesakit Diabetes Berpuasa Di Bulan Ramadan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Diabetes adalah satu keadaan kesihatan kronik yang serius. Sebaik sahaja seseorang disahkan menghidap diabetes, ia tidak boleh dirawat. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dikawal dengan perubahan gaya hidup, pemakanan dan ubat-ubatan dari doktor.

Hampir 6 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes, iaitu sekitar 20 peratus dari jumlah rakyat Malaysia! Ini adalah angka yang membimbangkan. Gaya hidup dan pemakanan memainkan peranan yang besar di samping faktor genetik yang juga menjadi penyumbang. Walaupun Malaysia adalah syurga makanan, ternyata syurga di dunia tidak selalunya yang baik-baik sahaja. Tanpa kawalan, bermacam jenis penyakit akan datang termasuklah diabetes atau kencing manis.

Ramadan bakal tiba. Sama ada anda pesakit atau penjaga kepada pesakit diabetes, pastinya anda tertanya-tanya adakah saya atau mereka boleh berpuasa? Artikel ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan ringkas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk doktor anda.

Apakah itu diabetes?

Secara ringkasnya, diabetes adalah keadaan di mana kadar glukosa darah di dalam badan terlalu tinggi. Ia disebabkan oleh kegagalan pankreas (sebuah organ di dalam abdomen) untuk menghasilkan insulin atau insulin yang ada tidak dapat digunakan oleh badan atas beberapa faktor seperti obesiti.

Insulin adalah sejenis hormon penting yang bertanggungjawab menurunkan kadar glukosa darah dan membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan untuk digunakan bagi menghasilkan tenaga. Jika glukosa kekal di dalam darah, ia akan merosakkan banyak sel dan organ di dalam badan.

Terdapat dua jenis utama diabetes iaitu jenis 1 dan 2. Diabetes jenis 1 kebanyakannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Pankreas gagal menghasilkan insulin. Jenis ini tidak terkait dengan berat badan dan pemakanan.

Bagi jenis 2 pula, selalunya berlaku dalam kalangan orang dewasa (namun ada juga kes yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak). Ia disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti sehingga membawa kepada satu keadaan yang digelar rintangan insulin (insulin resistance) di mana badan tidak boleh menggunakan insulin yang ada untuk menurunkan kadar glukosa darah.

Menurut Islam, adakah pesakit diabetes wajib berpuasa?

Agama Islam adalah agama yang fleksibel. Walaupun puasa di bulan Ramadan adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib diikuti oleh setiap muslim, terdapat beberapa pengecualian atau pelepasan.

Antara kumpulan yang diberikan keringanan untuk tidak berpuasa adalah:

  • Kanak-kanak.
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa.
  • Orang sakit yang tidak mampu berpuasa.
  • Orang yang bermusafir.

Bergantung kepada tahap dan kawalan diabetes, anda mungkin masih boleh berpuasa penuh di bulan Ramadan.

Apa yang berlaku pada badan semasa berpuasa?

Semasa berpuasa, di Malaysia sekitar 13 jam, badan kita akan menggunakan bekalan tenaga untuk mengekalkan kadar glukosa darah. Bagi kebanyakan orang, hal ini adalah normal dan tidak membahayakan.

Namun bagi pesakit diabetes, terutamanya jika mereka mengambil insulin atau ubat-ubatan lain seperti sulfonylurea, kadar glukosa darah boleh menurun di bawah tahap normal sehingga menyebabkan hipoglisemia. Semasa berbuka atau sahur pula, hidangan besar yang diambil boleh membawa kepada peningkatan kadar glukosa darah menyebabkan hiperglisemia.

Dua keadaan ini, hipoglisemia dan hiperglisemia, adalah sangat berbahaya bagi pesakit diabetes ditambah pula dengan risiko dehidrasi. Sebelum membuat keputusan untuk berpuasa, sila rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Jadi, bolehkah saya berpuasa di bulan Ramadan?

Badan dan keadaan setiap orang adalah berbeza. Tiada satu jawapan yang sesuai untuk semua boleh diberikan. Setiap orang harus dievaluasi agar semua perkara dapat diambil kira.

Namun, berikut adalah beberapa keadaan yang tidak digalakkan berpuasa:

    • Diabetes jenis 1 dan 2 yang tidak terkawal. Dibimbangi membawa kepada komplikasi dan dehidrasi.
    • Mengalami komplikasi yang serius. Contohnya kerosakan buah pinggang, penyakit jantung koronari, kaki diabetik dan tekanan darah tinggi.
    • Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis. Lebih kerap berlaku dalam kalangan diabetes jenis 1.
    • Kerap mengalami hipoglisemia.
    • Mengandung. Pesakit diabetes gestasi (semasa mengandung) perlu berbincang dengan doktor sebelum membuat keputusan untuk berpuasa.
    • Mengalami jangkitan kuman.
    • Warga emas yang tinggal bersendirian.

Tip berpuasa bagi pesakit diabetes

Jika anda tidak termasuk dalam kumpulan yang tidak digalakkan berpuasa seperti di atas, anda mungkin boleh berpuasa. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

    • Jangan lupa untuk bersahur. Ia adalah sumber tenaga untuk anda berpuasa sepanjang hari. Banyakkan ambil makanan tinggi karbohidrat.
    • Jangan lewatkan waktu berbuka. Selain mengikut sunah nabi, ia membantu mengelakkan penurunan kadar glukosa darah. Memadai dimulakan dengan beberapa biji kurma dan air kosong. Kurangkan pengambilan makanan bergula.
    • Digalakkan mengambil hidangan utama selepas maghrib. Ambil makanan yang seimbang.
    • Minum malam selepas tarawih. Diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
    • Jangan lupa buah-buahan dan sayur-sayuran. Ambil semasa berbuka dan sahur bagi mendapatkan bekalan serat dan vitamin.
    • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
    • Kurangkan makanan tinggi garam.
    • Minum air secukupnya. Disarankan mengambil lapan gelas air sehari antara berbuka dan sahur.

Contoh menu bagi pesakit diabetes di bulan Ramadan

Waktu makan (waktu cadangan) Contoh menu
Berbuka puasa (7.30 malam)
  • 1 biji buah epal / 3 biji kurma
  • 1 keping kuih tanpa gula
  • 1 gelas susu
Selepas solat maghrib (8.00 malam)
  • 1 ½ cawan nasi / mi / mihun
  • 1 ketul ayam / ikan
  • 1 cawan sayur berdaun hijau
  • 1 biji buah limau
  • Air kosong
Selepas tarawih / minum malam (10.30 malam)
  • 1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti
  • 1 gelas susu
Sahur (5.00 pagi)
  • 1 ½ cawan nasi / mi / mihun
  • 1 ketul ayam / ikan
  • 1 cawan sayur berdaun hijau
  • 1 potong betik
  • Air kosong

Langkah berjaga-jaga

Bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah awal. Berikut adalah beberapa tip berguna:

  • Sentiasa membawa ubat-ubatan diabetes bersama anda.
  • Ukur kadar glukosa darah anda secara berkala. Ini tidak akan membatalkan puasa anda.
  • Ukur kadar glukosa jika anda berasa tidak sihat.
  • Jika kadar glukosa darah anda kurang daripada 4 mmol/L (hipoglisemia), segera batalkan puasa dengan mengambil minuman bergula diikuti dengan makanan karbohidrat kompleks seperti nasi atau roti.
  • Simptom-simptom hipoglisemia adalah lemah, menggigil, berpeluh, pening, lapar, penglihatan kabur, letih dan sakit kepala. Jika anda mengalaminya segera batalkan puasa anda.
  • Anda boleh mengalami hiperglisemia jika tidak mengambil ubat mengikut jadual dan dos yang betul atau jika anda terlalu aktif.
  • Jika anda berasa dehidrasi, batalkan puasa dan minum banyak air.
  • Jangan berhenti menggunakan insulin (jika anda sedang menggunakannya) tetapi anda mungkin perlu mengubah dosnya. Sila berbincang dengan doktor.

Diabetes mempunyai pelbagai risiko dan komplikasi, lebih-lebih lagi jika berpuasa di bulan Ramadan. Namun, masih ada ruang untuk anda melaksanakan ibadah setahun sekali ini. Syaratnya, anda perlu betul-betul memastikan bahawa anda cukup bersedia untuk berpuasa.

Jangan bersedih jika anda tidak dapat bersama-sama umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Islam meletakkan alternatif dengan memberi makan kepada fakir miskin mengikut bilangan hari anda tidak berpuasa. Niat dan kesungguhan anda untuk berpuasa itu pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan