backup og meta

Tanpa Sedar Anda Tertelan Chewing Gum, Benarkah Ia Kekal 7 Tahun Dalam Perut?

Tanpa Sedar Anda Tertelan Chewing Gum, Benarkah Ia Kekal 7 Tahun Dalam Perut?

Pernahkah kalian alami situasi di mana sedang asyik mengunyah gula gula getah namun tanpa sedar tertelan chewing gum?

Jika ya, ia pasti akan menimbulkan rasa cemas dan panik kerana menyangka ia akan melekat dalam perut anda!

Ini merupakan satu persoalan yang mungkin masih ramai belum tahu akan jawapan sebenar.

Jadi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Gula gula getah untuk dikunyah bukan ditelan!

Chewing gum pada mulanya dicipta dengan berasaskan getah dari pokok Sapodilla di Amerika Tengah dengan dicampurkan perisa.

Kini, ia telah ditambah dengan pelbagai lagi bahan lain seperti resin, pemplastik, polimer, perisa, pewarna dan pelembut.

Tujuan ia dicipta bukanlah untuk dijadikan sebagai makanan sebaliknya hanya sekadar pencuci atau pemanis mulut selepas makan.

gula gula getah

Pada awal penciptaannya juga, ia telah menimbulkan banyak prasangka buruk kononnya ia berbahaya terhadap kesihatan.

Ada juga mitos yang menyatakan gula gula chewing gum itu tidak boleh ditelan kerana ia boleh melekat dalam perut 7 tahun lama!

Benarkah? Sila teruskan membaca untuk tahu jawapannya!

Apa yang akan terjadi jika tertelan chewing gum?

Seperti mana yang mungkin semua orang sudah tahu, gula gula getah dicipta sebagai pemanis mulut yang perlu dikunyah dan bukan ditelan.

Pun begitu, mungkin juga akan berlaku situasi di mana anda sedang asyik mengunyah lalu tertelan ia secara tidak sengaja.

Walaupun sangat tidak disarankan, kalian mungkin tidak perlu terlalu risau jika terjadi perkara ini kerana ia tidak berbahaya.

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan memang tidak mampu menguraikan gula gula ini yang ditelan di dalam perut.

Pun begitu, ia berkeupayaan untuk keluar daripada usus besar bersama dengan tinja dengan melalui sistem pencernaan.

Kebiasaannya, ia akan keluar daripada tubuh badan anda melalui lubang dubur kira-kira 40 jam selepas ditelan (sama seperti makanan lain).

Namun, ada beberapa perkara penting lain yang kalian perlu tahu.

gula gula getah

Kenapa anda perlu elak tertelan gula gula getah?

Meskipun kami kata kejadian ini tidaklah begitu berbahaya, janganlah ia dibuat secara sengaja kerana ada juga risikonya.

Ini lebih-lebih lagi jika kalian menelannya dalam kuantiti yang besar pada tempoh waktu yang sangat pendek.

Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan penyumbatan yang kronik pada usus besar anda.

Selain itu, anda juga perlu segera berjumpa doktor jika gula gula ini yang ditelan bercampur bersama bahan lain yang tidak boleh dihadam.
Ini termasuklah bahan bukan makanan seperti plastik, kayu, besi, logam dan lain-lain kerana ia akan meningkatkan risiko usus besar tersumbat.
Jika ia berlaku, akan muncul simptom-simptom seperti berikut:

Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, ubatan mahupun pembedahan untuk mengeluarkan ia daripada tubuh badan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Swallowing gum: Is it harmful?, https://www.mayoclinic.org/digestive-system/expert-answers/faq-20058446, Accessed Mar 1 2021.
  2. What Happens if You Swallow Gum?, https://health.clevelandclinic.org/what-happens-when-you-swallow-gum/, Accessed Mar 1 2021.
  3. What Happens if You Swallow Gum?, https://wonderopolis.org/wonder/what-happens-if-you-swallow-gum, Accessed Mar 1 2021.
  4. Myth or Fact: It Takes Seven Years to Digest Chewing Gum, https://www.dukehealth.org/blog/myth-or-fact-it-takes-seven-years-digest-chewing-gum, Accessed Mar 1 2021.
  5. Swallowing gum: Is it harmful?, https://www.beaconhealthsystem.org/library/faqs/swallowing-gum-is-it-harmful/, Accessed Mar 1 2021.

Versi Terbaru

28/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Pedih Ulu Hati? Ini 7 Cara Cepat Legakannya Guna Rawatan Rumah & Ubat

Perut Berangin Petanda Gastrik! Ikut 7 Pantang Larang Ini Elak Gastrik Angin


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan