Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang hati berlemak. Namun, tahukah anda apa dia kondisi ini?
Untuk pengetahuan anda semua, kondisi fatty liver ini adalah satu keadaan kesihatan di mana terdapat sel lemak terkumpul di dalam hati dan mempunyai spektrum yang luas:
- Steatosis – hanya pengumpulan sel-sel lemak
- Steatohepatitis – terdapat radang pada hati
- Fibrosis – parut terbentuk di dalam hati
- Sirosis – seperti fibrosis tetapi parut yang terbentuk lebih teruk sehingga merosakkan struktur hati
Diagnosis dibuat melalui ujian sel hati di bawah mikroskop. Ia mungkin akan kelihatan di antara sel-sel hati normal. Jika berlaku sirosis, struktur hati akan terjejas.
Bagaimana kenal pasti kondisi hati berlemak?
Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom atau tanda. Sebahagiannya mungkin ada mengalami simptom berikut:
- Cepat letih badan
- Tidak sedap badan
- Rasa tidak selesa di bahagian atas kanan abdomen
Melalui ulstrasound atau sinar X, hati mungkin dilihat lebih besar berbanding normal.
Manakala ujian darah fungsi hati (liver function test) boleh menunjukkan kadar enzim yang tidak normal termasuk AST dan ALT.
Diagnosis akhir hanya boleh dibuat melalui ujian di bawah mikroskop, seperti yang disebutkan di atas.
Bagaimana kondisi ini boleh berlaku?
Penyakit hati berlemak dibahagiakan kepada dua: beralkohol dan bukan alkohol.
Di Eropah, sebab utama bagi penyakit ini adalah pengambilan alkohol yang berlebihan manakala di Malaysia, kebanyakan kes adalah bukan disebabkan alkohol.
Bagi jenis yang kedua, ia berpunca daripada pelbagai faktor:
- Obesiti
- Diabetes
- Kolesterol tinggi di dalam darah
- Tekanan darah tinggi
Tanda-tanda dan ujian mikroskop tidak membezakan antara jenis alkohol dan bukan alkohol.
Hanya sejarah perubatan daripada pesakit yang menentukan puncanya komplikasi utama penyakit ini adalah radang steatohepatitis dan sirosis.
Cara merawat dan mencegah kondisi ini!
Tiada rawatan khusus bagi keadaan kesihatan ini, ia yang paling penting adalah menurunkan berat badan bagi mereka yang obes.
Di samping itu, semua faktor risiko yang ada harus dikawal termasuk kolesterol di dalam darah, diabetes dan tekanan darah tinggi.
Pencegahan adalah langkah terbaik, terutamanya berat badan. Senaman dan pemakanan yang sihat adalah kunci kepada pencegahan penyakit hati ini.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Kalau Mahu 10 Manfaat Kesihatan Ini, Kena Jaga Makanan & Buat Senaman!
- Bakar Lemak Lebih Pantas Dengan Senaman TABATA, Rahsia Atlet Olimpik Kekal Cergas!
- Bersenam Untuk Sihat, Tapi Kalau Berlebihan, Buruk Padahnya! Ini 5 Tanda Terlebih Senaman Kardio
Hati adalah organ utama di dalam badan manusia yang menjalankan banyak fungsi dalam memastikan anda terus sihat.
Jagalah hati anda sebaiknya. Sekalipun, ia boleh digantikan melalui derma organ, fungsinya tidak akan sama seperti asal.
[embed-health-tool-bmr]