backup og meta

Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

Mengalami sedu sudah pasti akan mendatangkan ketidakselesaan kepada anda, bukan? Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Ini kerana salah satu cara yang paling terkenal dan berkesan melegakan sedu adalah minum air. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan lagi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai cara melegakan sedu semasa berpuasa.

Mengapa sedu berlaku?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu punca sedu itu berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkannya berlaku, termasuklah:

  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
  • Minum air berkarbonat atau beralkohol
  • Berasa gelisah atau gemuruh
  • Tekanan
  • Perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tertelan terlalu banyak udara

Kesemua di atas boleh menjadi punca sedu berlaku semasa berpuasa kecuali makan dan minum. Ia sememangnya akan mengganggu anda yang sedang berpuasa. Persoalannya, bagaimanakah untuk melegakannya selain minum air?

Tip melegakan sedu semasa berpuasa

#1. Menahan nafas

Pertama sekali, anda boleh mengawal pernafasan anda dengan menahan nafas. Caranya, tahan nafas anda selama kira-kira sepuluh saat kemudian hembuskannya perlahan-lahan. Ulang sehingga sedu hilang dengan sendiri.

#2. Bernafas dalam beg kertas

Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik bernafas di dalam beg kertas. Caranya, letakkan beg kertas tersebut pada bahagian mulut dan hidung anda kemudian bernafas di dalamnya. Ini bertujuan untuk memasukkan karbon dioksida ke dalam paru-paru anda. Lalu melegakan otot difragma yang berkontraksi tadi.

#3. Menarik lidah anda

Seterusnya, anda juga boleh cuba menarik lidah anda untuk merangsang saraf vagus dan melegakan kekejangan diafragma sekali gus menyebabkan sedu terhenti. Caranya, hanya tarik hujung lidah anda menggunakan jari.

#4. Duduk sambil memeluk lutut

Akhir sekali, anda boleh cuba duduk sambil memeluk lutut dan tahan posisi ini sekurang-kurangnya dua minit. Posisi ini akan memberikan tekanan pada diafragma anda sekali gus menghentikan sedu.

Sekiranya anda sudah melakukan semua tip di atas termasuklah minum air namun sedu anda masih tidak berhenti, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Cure Hiccups. https://www.medicalnewstoday.com/articles/9896.php. Accessed on May 8, 2019.

Why Do I Hiccup?. https://www.webmd.com/digestive-disorders/why-do-i-hiccup#1. Accessed on May 8, 2019.

Got the Hiccups?. https://www.drweil.com/health-wellness/balanced-living/healthy-living/got-the-hiccups/. Accessed on May 8, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Perut Sakit Sebab Banyak Angin? Ada 6 Sebab Perut Memulas Tapi Tak Nak Berak!

Rasa Sakit Dada Dan Badan Seperti Penuh Angin, Apa Sebenarnya Punca Masalah Ini?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan