Kesan Makanan Berasid kepada Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Makanan berasid sebenarnya cukup baik untuk kesihatan manusia jika diambil dalam jumlah yang sesuai setiap hari. Makan terlalu banyak makanan berasid boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut  mengenai perkara ini.

Makanan Berasid dan Risiko Kesihatan 

jangkitan bakteria dan virus 

Makan makanan berasid mewujudkan persekitaran berasid yang sesuai untuk perkembangan virus dan bakteria, menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus.

asidosis

Komplikasi pengambilan berlebihan makanan berasid dipanggil asidosis. Kes asidosis yang ringan boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan yang mengurangkan tenaga selular anda.

Asidosis telah dikenali sebagai penyumbang utama kepada tekanan. Ia juga meningkatkan tahap kortisol. Akibatnya, anda mungkin sukar untuk tidur dengan baik. Di samping itu, asidosis boleh menyebabkan peningkatan lemak badan, hormon pertumbuhan yang lebih rendah, batu karang,serta jisim otot berkurang.

Risiko ketidakseimbangan

Tahap pH air tulen ialah 7.

Fungsi badan anda biasanya pada paras pH 7.35 dan 7.45.

Jika tahap pH anda lebih rendah daripada 7.35, anda mungkin mengalami asidosis dan sistem saraf pusat merundum.

Jika tahap pH anda adalah lebih rendah daripada 7, anda akan mengalami kes asidosis yang teruk, di mana anda mungkin mendapat komplikasi koma, atau lebih teruk lagi, boleh membawa maut.

Apabila paras pH anda lebih tinggi daripada 7.45, anda mengalami alkalosis. Alkalosis bertanggungjawab menyebabkan sistem saraf hipersensitif, oleh itu, anda mungkin mengalami sawan dan kekejangan otot.

Risiko kesihatan yang lain

Jika anda mengambil terlalu banyak makanan yang berasid, anda mungkin mengalami kemurungan, kelesuan, kulit kering, sakit kepala, perubahan mood, jerawat, gusi sensitif, rambut dan kuku rapuh, serta masalah penghadaman.

Makanan Yang Membentuk Asid

  • Semua jenis produk tenusu.
  • Ikan air sejuk, kerang, daging, lembu, haiwan liar, ayam.
  • Alkohol, minuman ringan, kopi, soya, marjerin, vitamin sintetik, ubat preskripsi dan protein whey.

Secara umumnya, buah-buahan sitrus mengandungi tahap pH lebih tinggi daripada jus buah-buahan lain. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa anda boleh minum jus buah-buahan lain tanpa kawalan. Buah-buahan yang mempunyai tahap pH tertinggi adalah lemon (atau limau), nanas, tomato, plum biru, oren, buah delima, epal, anggur, limau gedang, beri biru, pic dan mangga. Menggunakan straw sambil minum jus buah-buahan tersebut akan membantu anda mengurangkan risko jus yang mengandungi asid sampai terus ke gigi anda. Dengan cara ini, anda boleh mencegah hakisan gigi.

Sama seperti mana-mana jenis makanan, makanan yang berasid, jika diambil terlalu banyak, boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Oleh itu, rancang pelan pemakanan seimbang untuk kekal sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Epal Merah Vs Epal Hijau: Mana Lebih Berkhasiat?

    Buah epal sama ada merah atau hijau mempunyai 1001 manfaatnya yang tersendiri. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 27/03/2019 . 4 minit bacaan

    Bagaimana Memilih Roti Yang Lebih Sihat

    Kebanyakan daripada makanan ruji merupakan karbohidrat, yang menjadi sumber tenaga utama anda dan banyak menyumbang kepada kandungan gula dalam darah. Oleh itu, memilih karbohidrat yang lebih sihat pasti akan memberi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 08/02/2019 . 2 minit bacaan

    Apakah Maksud Diet yang Seimbang? Ini Senarai Yang Anda Perlu Ambil!

    Anda tidak tahu apakah diet seimbang yang anda perlu ikuti? Ini dia senarai makanan yang perlu anda masukkan dalam pelan pemakanan harian anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 29/11/2018 . 2 minit bacaan

    Tip Memujuk Anak Makan Sayur

    Sewaktu anak anda masih kecil, waktu makan mungkin menjadi waktu yang sangat mencabar. Anda mungkin terpaksa menyediakan pelbagai jenis makanan yang kelihatan menarik untuk memujuknya makan. Tetapi, cabaran yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kanak-Kanak, Keibubapaan, Pemakanan Kanak-Kanak 12/09/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit gastritis

    Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    pemakanan seimbang

    Tak Susah Nak Sihat Kalau Tahu Jaga Pemakanan & Diet Seimbang, Ikut Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 16/12/2020 . 6 minit bacaan
    makanan tradisional cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 minit bacaan
    jenis karbohidrat

    Sering Keliru Dengan Jenis Karbohidrat? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/11/2019 . 2 minit bacaan