backup og meta

Jangan Pandang Ringan Jika Selalu Sakit Ulu Hati! 6 Sebab Ini Puncanya

Jangan Pandang Ringan Jika Selalu Sakit Ulu Hati! 6 Sebab Ini Puncanya

Sekiranya anda pernah mengandung, makan makanan pedas, atau makan terlalu banyak, mungkin anda pernah alami pedih atau sakit ulu hati. Kenapa rasa senak perut? Kenapa rasa pedih dalam perut?

Biasanya, tiada apa-apa yang membimbangkan, tetapi terdapat perkara anda tidak patut abaikan! Ini 6 punca pedih ulu hati terjadi pada anda. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

6 sebab jangan abaikan sakit ulu hati

Kenapa rasa senak perut? Kenapa rasa pedih dalam perut?

Ada banyak sebab mengapa anda tidak boleh ambil ringan akan serangan pedih ulu hati. Antaranya adalah:

1. Sakit ulu hati boleh meniru serangan jantung

Sakit pedih ulu hati seolah-olah anda terkena serangan jantung.
Sakit pedih ulu hati seolah-olah anda terkena serangan jantung.

Simptom pedih ulu hati boleh jadi sama seperti:

Apa beza kedua-dua serangan ini?

Pedih ulu hati biasanya jadi lebih buruk apabila berbaring dan boleh meninggalkan rasa masam di dalam mulut anda.

Tetapi sekiranya ragu-ragu, anda perlu berjumpa doktor.

Selain itu anda perlu mendapatkan rawatan segera/kecemasan sekiranya mengalami sesak dada, berpeluh, menjadi pucat, menjadi sangat lemah, atau pengsan.

2. Punca pedih ulu hati mungkin tanda batu karang

Batu karang adalah kepingan cecair tercemar keras yang boleh terbentuk dalam pundi hempedu anda, iaitu organ kecil di sebelah kanan perut anda.

Batu karang menghalang saluran hempedu anda dan boleh menyebabkan kekejangan di bahagian tengah atau kanan atas abdomen anda.

Selalunya rasa sakit perut berlaku selepas makan, bersama-sama dengan rasa sakit dada dan pedih ulu hati. Sekiranya anda mengalami sakit perut yang konsisten selepas makan, maklumkan kepada doktor anda.

3. Simptom GERD

Pedih ulu hati juga tanda GERD.
Pedih ulu hati juga tanda GERD.

Orang yang mempunyai GERD sering mengalami masalah ini, tetapi ia adalah simptom masalah yang lebih besar.

GERD adalah penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid perut atau kandungan perut mengalir kembali ke kerongkong anda.

Refluks mengganggu lapisan esofagus, menyebabkan GERD.

Sekiranya anda mengalami radang sendi, sakit dada atau refluks asid sekurang-kurangnya dua kali seminggu, atau jika ia mengganggu kehidupan harian anda, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

4. Sakit ulu hati mungkin sebab ulser perut

Ulser perut adalah sakit yang terdapat dalam lapisan perut. Kesakitan ulser perut boleh dirasakan di perut bahagian atas dan ke dada, dan kadang-kadang boleh menyerupai masalah heartburn.

Jika tidak dirawat dengan betul, ulser boleh menyebabkan pendarahan, penembusan di dinding perut, dan penyumbatan antara perut dan usus kecil.

Walaupun sesetengah ulser perut sembuh sendiri, namun ada yang memerlukan antibiotik dan juga pembedahan.

5. Ia mungkin hernia hiatal

Diafragma biasanya mempunyai pembukaan kecil di mana kerongkong anda melaluinya ke perutnya.

Hernia hiatal berlaku apabila perut anda menolak melalui bukaan kecil ini di diafragma anda.

Hernia hiatal yang besar boleh menyebabkan makanan dan asid untuk kembali ke kerongkong anda, lalu menyebabkan rasa pedih di ulu hati.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda atau simptom yang berterusan atau parah, anda perlu berjumpa doktor.

Walaupun biasanya ubat cukup untuk mengawalnya, kadang-kadang pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkannya.

6. Punca pedih ulu hati boleh menjadi simptom kanser

Walaupun jarang berlaku, heartburn boleh menjadi tanda kanser perut atau kanser esofagus.

Sekiranya anda mengalami sakit ulu hati, sakit dada dan kesukaran menelan makanan selama tiga minggu atau lebih, anda harus berjumpa dengan doktor.

Kesimpulan

Jangan sesekali abaikan pedih ulu hati atau heartburn yang anda alami. Cari cara hilangkan pedih ulu hati untuk legakannya.

Peringatan!


Jika sakit dada ini berlaku dengan kerap, pastikan anda berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan lanjut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heartburn. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heartburn/symptoms-causes/syc-20373223. Accessed Nov 19, 2021.
  2. GERD Symptoms You Shouldn’t Ignore. https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/gerd-symptoms-you-shouldnt-ignore. Accessed Nov 19, 2021.
  3. Heartburn. https://medlineplus.gov/heartburn.html. Accessed Nov 19, 2021.
  4. Heartburn and acid reflux. https://www.nhs.uk/conditions/heartburn-and-acid-reflux/. Accessed Nov 19, 2021.
  5. Heartburn. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9617-heartburn-overview. Accessed Nov 19, 2021.

Versi Terbaru

15/10/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sukar 'Buang Angin' Mungkin Petanda USUS TERSUMBAT! Ada 3 Diet Untuk Atasinya

Kentut Busuk Seperti Bau Telur Tembelang? Ini Mungkin Tanda Penyakit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan