Definisi
Apa itu Polip Perut?
Polip perut, juga dikenali sebagai polip gastrik adalah pengumpulan sel yang terbentuk di lapisan dalam perut. Polip ini agak jarang berlaku dan kebiasaannya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau simptom gangguan.
Anda pasti?
Polip perut, juga dikenali sebagai polip gastrik adalah pengumpulan sel yang terbentuk di lapisan dalam perut. Polip ini agak jarang berlaku dan kebiasaannya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau simptom gangguan.
Polip perut paling kerap ditemui apabila doktor sedang memeriksa anda atas sebab yang lain. Kebanyakan polip perut sebenarnya tidak bertukar menjadi kanser. Walau bagaimanapun, jenis-jenis tertentu meningkatkan risiko kanser perut pada masa akan datang. Bergantung kepada jensi polip, rawatan mungkin melibatkan pembuangan polip atau memantaunya untuk sebarang perubahan.
Tiada faktor risiko yang jelas. Walau bagaimanapun, ia kerap berlaku dalam kalangan orang tua. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Ia kebiasaannya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau simptom. Walau bagaimanapun, apabila polip perut membesar, luka terbuka (ulser) boleh terbentuk di permukaannya. Jarang sekali, polip boleh menghalang bukaan antara perut dan usus kecil anda. Jika ini beraku, tanda-tanda dan simptom-simptomnya termasuk:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan keadaan ini dari menjadi semakin teruk dan mengelakkan dari kecemasan perubatan yang lain. Jadi, sila berbincang dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan yang serius ini.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Terdapat beberapa penyebab polip perut. Sebab-sebab ini dikira sebagai paling kerap:
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Jika doktor mengesyaki anda mempunyai polip perut, beberapa ujian dan prosedur akan dijalankan termasuk:
Bergantung kepada jenisnya, rawatan yang disyorkan oleh doktor ialah:
Polip besar: Polip ini mungkin perlu dibuang untuk mengelakkan tersumbat. Kebanyakan polip perut boleh dibuang semasa endoskopi.
Adenoma: Polip ini boleh menjadi kanser dan kebiasaannya dibuang semasa endoskopi.
Polip terkait dengan familial adenomatous polyposis: Polip ini dibuang kerana ia boleh menjadi kanser.
Doktor anda berkemungkinan akan mengesyorkan endoskopi susulan untuk memeriksa polip yang berlaku semula. Jika polip tersebut disebabkan oleh jangkitan, adalah disyorkan untuk merawat jangkitan tersebut terlebih dahulu dengan antibiotik.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi polip perut:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Stomach polyps. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/stomach-polyps/basics/definition/con-20025488. Accessed Mar 19, 2017.
Stomach polyps. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3992058/. Accessed Mar 19, 2017.
Stomach polyps. https://www.saintlukeshealthsystem.org/health-library/gastric-polyps. Accessed Mar 19, 2017.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen