Ia boleh terjadi di banyak bahagian tubuh badan, termasuk juga di perut. Penyakit polip perut juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang berisiko. Adakah ia berbahaya? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa maksud polip perut ini?
Penyakit polip perut turut dikenali sebagai polip gastrik adalah pengumpulan sel yang terbentuk di lapisan dalam perut.
Polip ini agak jarang berlaku dan kebiasaannya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau simptom gangguan.
Polip ini juga paling kerap ditemui apabila doktor sedang memeriksa anda atas sebab yang lain. Kebanyakan polip ini sebenarnya tidak bertukar menjadi kanser.
Walau bagaimanapun, jenis-jenis tertentu meningkatkan risiko kanser perut pada masa akan datang.
Bergantung kepada jenis polip, rawatan mungkin melibatkan pembuangan polip atau memantaunya untuk sebarang perubahan.
Apa risiko polip perut ini?
Tiada faktor risiko yang jelas. Walau bagaimanapun, ia kerap berlaku dalam kalangan orang tua. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom
Apa gejala penyakit polip perut?
Ia kebiasaannya tidak menyebabkan apa-apa tanda atau simptom. Walau bagaimanapun, apabila polip ini membesar, luka terbuka (ulser) boleh terbentuk di permukaannya.
Jarang sekali, polip boleh menghalang bukaan antara perut dan usus kecil anda. Jika ini mula berlaku, tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
- Sakit atau sakit semasa menekan abdomen anda
- Kerap mual dan muntah
- Darah di dalam najis
- Anemia sel darah merah
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus jumpa doktor?
Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan keadaan ini dari menjadi semakin teruk dan mengelakkan dari kecemasan perubatan yang lain.
Jadi, sila berbincang dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan yang serius ini.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom penyakit polip perut yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apa punca penyakit polip perut?
Terdapat beberapa penyebab polip itu. Sebab-sebab ini dikira sebagai paling kerap:
- Keradangan perut kronik (gastritis): Ia dipercayai bahawa penyakit ini boleh menyebabkan pembentukan polip perut. Jika gastritis adalah penyebabnya, polip kebiasaannya dibuang.
- Familial adenomatous polyposis: Jarang berlaku. Ia merupakan sindrom yang diwarisi dan boleh menyebaban polip.
- Penggunaan ubat gastrik tertentu secara berkala: Polip adalah kerap berlaku dalam kalangan mereka yang mengambil perencat pam proton untuk merawat asid perut. Polip ini kebiasaannya kecil dan tidak membimbangkan.
Faktor Risiko
Apa faktor risiko masalah perut ini?
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
- Umur – lebih kerap dalam kalangan umur pertengahan ke tua
- Jangkitan bakteria di dalam perut
- Familial adenomatous polyposis (FAP) adalah sindrom genetik yang jarang
- Penggunaan perencat pam proton secara berkala seperti Nexium, Prilsec dan Protonix
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit kondisi ini didiagnosis?
Jika doktor mengesyaki anda mempunyai polip perut, beberapa ujian dan prosedur akan dijalankan termasuk:
- Endoskopi: Ujian ini boleh membantu doktor melihat di dalam perut anda
- Sampel tisu (biopsi)
Bagaimana pesakit kondisi ini dirawat?
Bergantung kepada jenisnya, rawatan yang disyorkan oleh doktor ialah:
- Polip kecil yang bukan adenoma: Polip ini tidak memerlukan rawatan. Doktor anda mungkin mengesyorkan pantauan berkala
- Polip besar: Polip ini mungkin perlu dibuang untuk mengelakkan tersumbat. Kebanyakan polip perut boleh dibuang semasa endoskopi
- Adenoma: Polip ini boleh menjadi kanser dan kebiasaannya dibuang semasa endoskopi
- Polip terkait dengan familial adenomatous polyposis: Polip ini dibuang kerana ia boleh menjadi kanser
Doktor anda berkemungkinan akan mengesyorkan endoskopi susulan untuk memeriksa polip yang berlaku semula.
Jika polip tersebut disebabkan oleh jangkitan, adalah disyorkan untuk merawat jangkitan tersebut terlebih dahulu dengan antibiotik.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah polip ini?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi penyakit polip perut:
- Mengambil diet yang sihat dipenuhi dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran gandum
- Menghadkan pengambilan alkohol
- Menahan diri dari merokok
- Senaman berkala untuk mengekalkan berat badan yang sihat
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmr]