backup og meta

Tak Lagi Berjuang Sendiri - Novartis Lancar Aplikasi ICanCare Bantu Pesakit Kanser Payudara

Pesakit kanser payudara sering berdepan bukan hanya dengan rawatan fizikal, tetapi juga tekanan emosi dan kekangan maklumat tentang penyakit barah payudara. 

Tak Lagi Berjuang Sendiri - Novartis Lancar Aplikasi ICanCare Bantu Pesakit Kanser Payudara

Bagi membantu mereka menghadapi perjalanan rawatan dengan lebih yakin dan berinformasi, Novartis Malaysia bersama rakan-rakan strategiknya memperkenalkan dua inisiatif baharu – buku Living Well, Living Longer dan aplikasi ICanCare, sebagai langkah memperkukuh sokongan kepada komuniti pesakit barah payudara di negara ini.

Kedua-dua inisiatif ini dilancarkan sempena kempen Pinktober, yang sinonim dengan kesedaran mengenai penyakit barah payudara di seluruh dunia, dan menandakan usaha berterusan pelbagai pihak dalam memperkasa penjagaan kesihatan wanita Malaysia.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila klik di sini.

Buku Living Well, Living Longer: Kisah inspirasi pesakit dan penjaga

pesakit kanser payudara
Dr. Mastura Md Yusof, Dr. Vignesvari Subramaniam dan Melissa Hon berkongsi pandangan dalam sesi Navigating Breast Cancer: Healing, Hope and Action bagi memperkukuh sistem penjagaan kanser payudara di Malaysia.

Buku meja kopi Living Well, Living Longer menghimpunkan kisah benar pesakit, penjaga, ahli kesihatan, dan aktivis advokasi yang berjuang bersama komuniti pesakit kanser payudara. 

Ia bukan sekadar koleksi kisah, tetapi satu sumber inspirasi dan empati yang memperlihatkan kekuatan serta ketabahan mereka dalam melawan penyakit barah payudara.

Diterbitkan oleh Novartis Malaysia dengan kerjasama pakar kesihatan dan kumpulan pesakit, buku ini bertujuan memupuk sokongan komuniti dan memberi ruang kepada pesakit untuk merasa difahami dan tidak keseorangan sepanjang rawatan mereka.

Aplikasi ICanCare: Sokongan digital untuk pesakit dan penjaga

Sebagai pelengkap kepada penerbitan buku tersebut, Novartis turut memperkenalkan Aplikasi ICanCare, sebuah platform digital percuma yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play. 

Aplikasi ini dibangunkan bersama kumpulan advokasi pesakit untuk membantu pesakit barah payudara dan penjaga mereka mendapatkan maklumat rawatan, bimbingan emosi, dan perkhidmatan kaunseling.

Antara ciri utama aplikasi ini ialah:

  • Akses kepada kaunseling psikososial oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Panduan pengurusan kesihatan dan rawatan
  • Maklumat lokasi perkhidmatan kesihatan berhampiran
  • Ruang komuniti bagi pesakit berkongsi pengalaman dan sokongan

Kol. (PA) Prof. Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM menjelaskan bahawa pesakit kanser payudara memerlukan sokongan emosi selain rawatan perubatan.

“Pemerkasaan bermula dengan empati; mendengar, memahami, dan menemani pesakit mengharungi cabaran hidup mereka,” katanya.

Jurang rawatan dan kesedaran di Malaysia

Penyakit barah payudara kekal sebagai isu kesihatan utama di Malaysia. Kadar kelangsungan hidup lima tahun untuk pesakit kanser payudara di Malaysia dianggarkan sekitar 67%, jauh lebih rendah berbanding 80–90% di negara maju. 

Ini menunjukkan masih ramai pesakit yang hanya mendapatkan rawatan pada peringkat lewat akibat kelewatan diagnosis atau kurangnya akses kepada rawatan dan sokongan awal.

pesakit kanser payudara
Kanser payudara antara top 5 kanser paling banyak menyebabkan kematian.

Menurut Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Onkologi Klinikal Hospital Picaso, cabaran utama termasuk kekangan masa, sumber, dan kesedaran yang rendah tentang ketulan di payudara sebagai tanda awal penyakit. 

“Platform seperti ICanCare dan buku Living Well, Living Longer membantu menghubungkan jurang maklumat serta menyediakan sokongan berterusan kepada pesakit,” ujarnya.

Inisiatif jangka panjang untuk penjagaan menyeluruh pesakit kanser payudara

pesakit kanser payudara
Penyumbang dan rakan kolaborasi buku Living Well, Living Longer berkumpul semasa majlis pelancaran bagi meraikan semangat dan kekuatan bersama dalam meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara.

Presiden Novartis Malaysia, Sanjeev Balachandran menegaskan bahawa usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyokong matlamat Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser. 

“Kami mahu setiap pesakit barah payudara di Malaysia mendapat akses kepada maklumat, rawatan, dan bantuan emosi yang mereka perlukan untuk hidup lebih lama dan lebih baik,” katanya.

Aplikasi ini juga menawarkan sokongan kepada penjaga dengan membantu mereka memahami penyakit, menyesuaikan diri dengan perubahan emosi pesakit, dan memainkan peranan penting dalam perjalanan pemulihan.

Kesimpulan

Pelancaran buku Living Well, Living Longer dan Aplikasi ICanCare menjadi bukti bahawa sokongan kepada pesakit kanser payudara bukan hanya tentang rawatan fizikal, tetapi juga kesejahteraan mental, pendidikan kesihatan, dan hubungan kemanusiaan. 

Dengan pendekatan holistik yang menggabungkan teknologi dan empati, inisiatif ini diharap dapat mengubah landskap penjagaan kanser payudara di Malaysia ke arah lebih berdaya tahan dan mesra pesakit.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). (2023). IDEAS report on breast cancer care urges the government to address gaps in detection, diagnosis and treatment to urgently save lives.  https://www.ideas.org.my/ideas-report-on-breast-cancer-care-urges-the-government-to-address-gaps-in-detection-diagnosis-and-treatment-to-urgently-save-lives/. Diakses pada Oktober 6, 2025.

Ministry of Health Malaysia. (2021). National Strategic Plan For Cancer Control Programme.  National_Strategic_Plan_for_Cancer_Control_Programme_2021-2025.pdf. Diakses pada Oktober 6, 2025.

National Cancer Society Malaysia. https://cancer.org.my. Diakses pada Oktober 6, 2025. 

World Health Organization – Breast Cancer Fact Sheet. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/breast-cancer. Diakses pada Oktober 6, 2025.

Malaysia National Cancer Registry Report. https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/ncr. Diakses pada Oktober 6, 2025.

Versi Terbaru

07/10/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kempen 'Pink Wobbly Breast Odyssey', Penting Untuk Kesedaran Kanser Payudara!

Pink Charity Walk, Tingkatkan Kesedaran Pemeriksaan & Pengesanan Kanser Payudara!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 07/10/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan