Boleh ke puasa penuh kalau ada gastrik?
Bagi pesakit gastrik, kedatangan bulan Ramadan mungkin menimbulkan sedikit kerisauan kerana bimbang simptom seperti pedih ulu hati, perut kembung atau loya akan bertambah teruk ketika berpuasa.
Namun, dengan penjagaan yang betul, ramai pesakit gastrik masih mampu menjalani ibadah puasa dengan selesa.
Apa yang penting adalah mengetahui perkara yang perlu dielakkan dan amalan yang boleh membantu mengawal asid perut sepanjang hari.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, klik di sini.
Adakah gastrik boleh puasa?
Adakah gastrik menghalang seseorang untuk puasa penuh?
Pesakit gastrik boleh berpuasa dengan pengurusan pemakanan yang betul dan tidak melengahkan waktu bersahur serta berbuka
Namun ia bukan suatu keadaan yang disengajakan dan sering terjadi apabila perut kosong atau lambat diisi.
Oleh itu ia sangat mudah terjadi ketika berpuasa.
Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :
- Sakit di bahagian ulu hati
- Kembung perut
- Sendawa yang kerap
- Loya dan muntah
- Muntah darah atau najis berwarna hitam
Tip gastrik bulan puasa
Elakkan
- Makanan bergoreng, buah-buahan citrus, produk berasaskan buah tomato
- Makanan segera dalam tin/proses
- Minuman bergas dan berkafein
- Merokok
- Tidur sebaik sahaja sahur dan berbuka
- Berbuka dengan kuantiti yang banyak

Amalkan
- Kurma kerana sumber gula sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium dan magnesium
- Amalkan karbohidrat atau makanan yang lambat cerna
- Makanan dimasak secara panggang dan rebus
- Berbuka dalam kuantiti sederhana dan jarakkan pengambilan makanan
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang Ramadan
- Makan ubat pada waktu sahur jika sekali sehari dan waktu berbuka dan sahur jika dua kali sehari
Berjaga-jaga
- Minum air seperti jus buah-buahan bukan berasid dan minuman yang mempunyai banyak kalium sebanyak mungkin antara waktu berbuka puasa dan sebelum tidur supaya badan dapat melaraskan tahap cecair untuk hari berikutnya.
- Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat, komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengah hari. Oleh itu, jika mengalami gastrik yang teruk, dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin memudaratkan.
Kesimpulan
Pesakit gastrik tidak semestinya perlu mengelakkan puasa sepenuhnya, malah mungkin boleh puasa penuh tetapi mereka perlu lebih peka terhadap keadaan badan sendiri.
Dengan mengelakkan pencetus gastrik dan mengamalkan tabiat pemakanan serta gaya hidup yang sihat, risiko ketidakselesaan boleh dikurangkan.
Jika simptom menjadi semakin teruk atau tidak terkawal, sebaiknya dapatkan nasihat doktor bagi memastikan kesihatan kekal terjaga sepanjang bulan Ramadan.
[embed-health-tool-bmr]














