backup og meta

9 Cara Mudah Elak Cirit-Birit, Ada Kaitan Dengan Pilihan Makanan (Termasuk Kopi) Anda!

9 Cara Mudah Elak Cirit-Birit, Ada Kaitan Dengan Pilihan Makanan (Termasuk Kopi) Anda!

Pernahkah anda mengalami sakit perut dan cirit birit pada waktu-waktu genting seperti ketika dalam mesyuarat, semasa memandu atau sedang tidur? Kenapa sakit perut cirit birit? Bagi anda yang sedang mencari ubat sakit perut cirit birit yang mudah, anda mesti baca artikel ini.

Kami akan kongsikan beberapa kaedah dan juga makanan untuk cirit birit anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Kaedah bagi melegakan cirit birit yang sedang dialami

Kadangkala, masalah cirit birit yang dialami tidak semestinya berpunca daripada faktor pencemaran bakteria pada makanan semata-mata.

Ada masanya ia disebabkan oleh faktor gaya hidup dan pemakanan kita sendiri yang tidak teratur.

Oleh itu, cuba lakukan perubahan dengan mengikuti kaedah rawatan sakit perut cirit birit yang boleh dilakukan di rumah ini.

Ubat sakit perut cirit birit#1: Minum banyak air antara petua hilangkan cirit birit dewasa 

Setiap kali anda cirit birit, minum sekurang-kurangnya segelas air.

Antara jenis minuman yang boleh diambil adalah seperti:

Walau bagaimanapun, bukan semua jus buah selamat diminum. Ada beberapa jenis jus buah yang mengandungi jenis gula tertentu yang boleh membuatkan cirit birit menjadi semakin serius.

ubat sakit perut cirit birit
Cara elakkan cirit-birit.

Ini kerana, garam dalam minuman seperti ini membantu memperlahankan kehilangan cecair dalam tubuh dan gula pula membantu tubuh badan untuk menyerap kandungan garam.

Ubat sakit perut cirit birit #2: makan hidangan yang kecil

Apabila anda makan makanan dengan kuantiti yang terlalu banyak, ia akan merangsang saluran gastrousus untuk lebih aktif.

Jika keadaan ini berlaku, ia akan memburukkan lagi keadaan cirit birit yang sedang anda alami. Oleh itu, anda boleh cuba untuk makan hidangan makanan yang lebih kecil selepas ini.

Ia membantu perut anda untuk lebih mudah memproses makanan. 

#3. Elakkan minuman terlalu panas atau terlalu sejuk sebagai petua hilangkan cirit birit dewasa 

Jika anda ingin mengambil sebarang minuman, elakkan daripada minum minuman dengan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

Minumlah minuman dengan suhu bilik atau sedikit suam. Minuman yang terlalu panas atau sejuk hanya akan menambahkan rasa loya atau mual.

#4. Elakkan makanan bergoreng

Jika anda ingin makan daging, ikan mahupun ayam, adalah lebih baik jika anda memasaknya dengan kaedah memanggang atau merebus.

Elakkan daripada menggoreng kerana makanan bergoreng hanya akan memburukkan keadaan cirit birit yang dialami.

#5. Jangan minum minuman berkafein atau beralkohol

Apa lagi petua hilangkan cirit birit dewasa?

Tahukah anda minuman yang mempunyai kandungan kafein atau alkohol hanya akan memburukkan lagi cirit birit anda.

Ini kerana kafein dan alkohol boleh merengsakan saluran pencernaan dalam tubuh anda.

Ubat sakit perut cirit birit #6: makan makanan untuk cirit birit yang kaya probiotik

ubat sakit perut cirit birit
Yogurt antara makanan yang kaya probiotik.

Probiotik petua hilangkan cirit birit dewasa?

Probiotik adalah sumber bagi bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan tubuh manusia. Ia berfungsi mewujudkan usus yang sihat bagi tubuh.

Jika anda ingin mendapatkan makanan untuk cirit birit seperti probiotik ini, anda boleh cuba jenis makanan seperti berikut:

Kadangkala, cirit birit yang berlaku adalah disebabkan oleh kandungan bakteria yang tidak seimbang dalam usus anda.

Dengan memakan makanan untuk cirit birit yang kaya dengan bakteria baik, ia membantu menyeimbangkan semula bilangan bakteria baik tersebut. 

#7. Makan makanan untuk cirit birit: makanan BRAT

Ubat sakit perut cirit birit lain yang mudah untuk dilakukan di rumah adalah dengan mengambil makanan-makanan BRAT.

Makanan BRAT adalah jenis makanan yang rendah kandungan serat yang boleh membantu mengeraskan najis anda.

Makanan BRAT ialah pisang (bananas), nasi putih (rice), sos epal (applesauce) dan juga roti (toast).

#8. Makan ketika berasa lapar juga petua hilangkan cirit birit dewasa 

Ubat sakit perut cirit birit ke-8 adalah makan apabila perut berasa lapar.

Jangan sesekali memaksa tubuh anda untuk makan ketika perut tidak lapar. Ini kerana ia hanya akan memburukkan simptom cirit birit anda.

Makan mengikut keperluan tubuh anda sahaja dan jangan makan secara berlebihan.

#9. Jangan makan buah-buahan atau sayuran yang boleh menyebabkan kembung perut 

ubat sakit perut cirit birit
Brokoli antara sayuran yang boleh menyebabkan gas.

Apa lagi ubat cirit birit dewasa?

Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang boleh meningkatkan jumlah gas usus jika anda memakannya semasa cirit birit.

Jika gas usus meningkat, maka cirit birit yang dialami hanya akan bertambah buruk.

Fakta

Antara makanan yang boleh menyebabkan kembung perut ialah buah prun, beri, kekacang, kacang pis, brokoli, jagung dan sayuran berdaun hijau. 

Kesimpulan

Dengan mengubah beberapa gaya hidup terutamanya yang berkaitan dengan diet atau corak pemakanan, kami pasti ia boleh menjadi sebagai salah satu ubat sakit perut cirit birit anda. 

Makanlah beberapa jenis makanan untuk cirit birit bagi membantu anda melegakan simptom yang dialami.

Selain itu, elakkan juga beberapa jenis makanan yang berpotensi memburukkan keadaan cirit birit anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Management and treatment of diarrhea. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4108-diarrhea/management-and-treatment. Accessed 19 May 2020.
  2. Symptoms diarrhea. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diarrhea/symptoms-causes/syc-20352241. Accessed 19 May 2020.
  3. Moms advice is still the best for treating diarrhea. https://health.clevelandclinic.org/2014/12/moms-advice-is-still-the-best-for-treating-diarrhea/Accessed 19 May 2020.
  4. Is something in your diet causing diarrhea. http://www.health.harvard.edu/digestive-health/is-something-in-your-diet-causing-diarrhea. Accessed 19 May 2020.
  5. The precise reason for the health benefits. https://www.acs.org/content/acs/en/pressroom/newsreleases/2014/march/the-precise-reason-for-the-health-benefits-of-dark-chocolate-mystery-solved.html. Accessed 19 May 2020.

Versi Terbaru

19/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Muntah Tiba-tiba, Tapi Bukan Sebab Mengandung? Awasi Punca Ini!

Selain Tanda Lapar, Ada 4 Lagi Sebab Lain Perut Anda Tiba-Tiba Berbunyi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 19/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan