backup og meta

Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

Bagi sesetengah individu, anal seks mempunyai daya tarikan tersendiri yang boleh memenuhi kepuasan seksual.

Walau bagaimanapun, jenis seks ataupun hubungan intim melalui penetrasi di dubur ini dikatakan boleh jadi punca buasir.

Ini kerana seks melalui anus ini boleh menyebabkan dubur terasa sakit dan juga berdarah. Adakah seks melaui dubur ini benar-benar boleh jadi salah satu punca buasir?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman sila dapatkannya di sini.

Bagaimana buasir boleh muncul di dubur?

Sebelum mengetahui bagaimana anal seks boleh jadi punca buasir, anda perlu tahu dahulu bagaimana buasir boleh terbentuk di dubur.

Buasir atau juga dikenali sebagai haemorrhoid, adalah satu benjolan yang terkandung pembuluh darah vena yang berada di dalam rongga rektum atau tergantung di sekitar lubang dubur anda jika ia boleh dilihat dari luar.

Menurut pernyataan Dr. Michael Valente yang dikupas di Cleveland Clinic, buasir sebenarnya adalah satu bahagian yang normal dalam tubuh manusia.

Punca buasir menjadi salah satu masalah kesihatan adalah apabila pembuluh darah tersebut mengalami iritasi, membengkak lalu menyebabkan kesakitan.

Menurut Dr. Alexis Grucela, Pembantu Doktor Pembedahan Kolorektal di NYU Langine Medical Center, buasir boleh membengkak dan menyebabkan kesakitan kerana kawasan di sekitar dubur mendapat terlalu banyak tekanan. 

anal seks

Tekanan besar ini biasanya disebabkan oleh meneran tinja dengan terlalu kuat dan lama seperti ketika sedang sembelit.

Penyebab lain yang menyebabkan peningkatan tekanan pada pembuluh darah di kawasan dubur adalah kehamilan.

Wanita yang sedang hamil juga lebih berisiko untuk mengalami buasir kerana rahimnya akan terus membesar sehingga memberikan tekanan di bahagian bawah tubuh.

Begitu juga jika anda kerap duduk terlalu lama atau sering mengangkat benda-benda berat.

Ia juga dapat menyebabkan peningkatan tekanan pada pembuluh darah di dubur sehingga menyebabkan buasir membengkak dan mengalami keradangan. 

Oleh itu, bagaimana anal seks boleh menyebabkan buasir?

Menurut Dr. Alex Ky-Miyasaka, seorang pakar bedah kolorektal di Mount Sinai Medical Center, bersenggama dengan tusukan di dubur ini tidak menyebabkan kemunculan buasir baharu pada tubuh anda.

anal seks

Walau bagaimanapun, penetrasi atau kemasukan zakar ke dalam anus secara tidak langsung dapat menyebabkan iritasi pada buasir yang sudah anda alami.

Buasir yang sedia ada bengkak akan terus berasa sakit akibat daripada gesekan semasa penetrasi. Ini menyebabkan anda akan berasa sakit ketika melakukan hubungan anal seks. 

Tambahan lagi, dubur tidak menghasilkan bahan pelincir semula jadi seperti faraj yang boleh membuatkan penetrasi berasa lebih mudah dan kurang sakit.

Gesekan yang kering pada dubur boleh menjadikan benjolan buasir tersebut menjadi haus, terluka dan koyak sehingga menyebabkan pendarahan.

Pakar perubatan juga berpendapat bahawa penetrasi melalui dubur dapat menyebabkan iritasi atau mengoyakkan lapisan dubur yang sudah sedia ada mempunyai buasir, sehingga menyebabkan rekahan pada lubang dubur. 

Baca juga:

Risiko lain tusukan di dubur

Selain daripada memburukkan buasir yang sedia ada, seks melalui dubur ini juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain.

Antaranya, ia boleh membuatkan dinding dubur mengalami iritasi. Dubur berbeza dengan faraj, kerana faraj akan mengeluarkan lebih banyak cecair pelincir semula jadi apabila semakin terangsang.

Kulit di dalam dubur tidak diciptakan sama seperti kulit di dalam faraj. Oleh sebab itu, ia berisiko untuk mengalami koyakan dan berdarah.

anal seks

Apabila kulit dalam dubur telah terbuka, koyakan yang berlaku ini akan lebih berisiko tinggi menjadi pintu kemasukan bakteria dan juga virus penyebab penyakit kelamin dari satu individu kepada individu lain.

Apatah lagi jika anal seks yang anda lakukan itu tidak menggunakan sebarang penggunaan kondom.

Jadi, dapatkan nasihat daripada pakar perubatan dahulu sekiranya anda sedia ada mempunyai buasir dan bercadang melakukan hubungan intim melalui anus.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Everything You Need to Know About Hemorrhoids with Dr. Michael Valente. https://my.clevelandclinic.org/podcasts/butts-and-guts/everything-you-need-to-know-about-hemorrhoids-with-dr-michael-valente, Accessed on Aug 1, 2020
  2. Does anal sex hurt? https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/does-anal-sex-hurt, Accessed on Aug 1, 2020
  3. Anal fissure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anal-fissure/symptoms-causes/syc-20351424, Accessed on Aug 1, 2020
  4. Haemorrhoids. https://www.healthdirect.gov.au/haemorrhoids-piles, Accessed on May 22, 2023
  5. Hemorrhoids. https://fascrs.org/patients/diseases-and-conditions/a-z/hemorrhoids, Accessed on May 22, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Kentut Busuk Seperti Bau Telur Tembelang? Ini Mungkin Tanda Penyakit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan