Definisi
Apa itu Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Kecederaan hamstring adalah disebabkan oleh penguncupan pesat kumpulan otot hamstring iaitu sekumpulan empat otot yang terletak pada bahagian belakang paha anda. Regangan serius dalam hamstring boleh menyebabkan otot dan urat pecah.
Apabila berlaku ketegangan hamstring, satu atau lebih daripada otot ini akan mengalami beban yang berat. Otot-otot juga mungkin akan terkoyak. Anda mungkin mengalami kecederaan tegangan hamstring semasa aktiviti yang melibatkan larian dan lompatan yang diikuti dengan hentian secara tiba-tiba.
Apakah kebarangkalian Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Kecederaan dan tegangan hamstring adalah kondisi yang biasa dialami oleh sesiapa pun, tetapi ia mungkin lebih kerap di kalangan lelaki. Kondisi ini juga kerap dialami para atlet termasuk pelari, peluncur, pemain bola sepak, dan pemain bola keranjang.
Walau bagaimanapun, kondisi ini boleh dirawat dan boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila jumpa doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Ketegangan hamstring yang ringan tidaklah terlalu serius atau menyakitkan. Tetapi jika ianya serius, anda akan mengalami kesukaran berjalan, bahkan berdiri. Simptom-simptom lain yang mungkin berlaku dalam kecederaan hamstring ialah:
- Kesakitan yang teruk dan parah semasa bersenam, dan diikuti perasaan seakan-akan otot patah
- Sakit di bahagian belakang paha dan bahagian bawah punggung apabila berjalan, meluruskan kaki, atau membongkok
- Nyeri
- Lebam
Bila saya harus berjumpa doktor?
Diagnosis awal dan rawatan boleh mengelakkan keadaan ini daripada menjadi lebih teruk dan juga untuk mencegah masalah lain, jadi anda perlu berjumpa doktor anda secepat mungkin untuk mencegah keadaan serius ini.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila tanya doktor anda. Tubuh setiap individu adalah berbeza. Dapatkan rawatan dan nasihat terbaik daripada doktor anda.
Punca
Apakah Punca Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Otot hamstring adalah sekumpulan tiga otot yang terletak di belakang paha anda dari pinggul sehingga ke bawah lutut. Otot-otot ini membolehkan anda untuk melanjutkan kaki secara lurus di belakang badan anda dan membengkokkan lutut anda. Apabila salah satu daripada otot ini melampaui hadnya semasa aktiviti fizikal, kecederaan boleh berlaku.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Anda mungkin terdedah kepada risiko kecederaan hamstring jika anda:
- Kerap menyertai aktiviti sukan
- Pernah mengalami kecederaan hamstring sebelum ini
- Daya kelenturan fizikal yang lemah
- Ketidakseimbangan otot
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kecederaan dan ketegangan hamstring didiagnosis?
Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami kondisi ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan, dan beberapa soalan khusus tentang punca kecederaan akan ditanya. Beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda seperti ujian darah, atau X- ray, dan sebagainya.
Bagaimana pesakit Kecederaan dan ketegangan hamstring dirawat?
Berita bagus tentang kondisi ini adalah, tegangan hamstring yang ringan dan sederhana biasanya sembuh sendiri. Ia akan mengambil hanya sedikit masa. Untuk mempercepat penyembuhan, anda boleh:
- Rehatkan kaki. Elakkan dari memberi beban berat badan pada kaki anda. Sekiranya rasa sakit itu teruk, anda mungkin memerlukan tongkat ketiak sehingga beransur baik. Tanya doktor atau pakar terapi fizikal anda untuk bantuan lanjut.
- Letakkan ais pada kaki anda untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Lakukannya selama 20-30 minit setiap tiga hingga empat jam selama dua atau tiga hari, atau sampai kesakitan hilang.
- Balut kaki anda dengan pembalut elastik di sekeliling kaki supaya tidak terlalu bengkak.
- Kembalikan kaki anda pada bantal semasa duduk atau berbaring
- Ambil ubat penahan sakit. Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve, Naprosyn) akan membantu dengan sakit dan bengkak. Walau bagaimanapun, ubatan ini mungkin mempunyai kesan sampingan, termasukla peningkatan risiko pendarahan dan ulser. Mereka harus digunakan hanya untuk jangka pendek, melainkan jika doktor anda memberi nasihat sebaliknya.
- Amalkan senaman regangan dan penguatan jika pakar terapi fizikal anda mencadangkan aktiviti ini. Memperkuatkan hamstring anda adalah salah satu cara untuk mengelakkan kecederaan dan tegangan hamstring.
Dalam sesetengah kes teruk di mana otot mengalami koyakan, anda mungkin memerlukan pembedahan. Pakar bedah akan membaiki dan menyambung semula otot-otot yang cedera.
Masa pemulihan bergantung kepada tahap keseriusan kecederaan hamstring. Anda perlu ingat bahawa setiap individu mengalami kadar penyembuhan yang berbeza.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan dan ketegangan hamstring?
Sementara rawatan dijalankan, anda perlu melakukan aktiviti yang tidak akan memburukkan lagi ketegangan hamstring. Sebagai contoh, atlet dan pelari boleh mencuba melakukan beberap pusingan renang di dalam kolam. Walau apa saja yang dilakukan, jangan tergesa-gesa atau cuba kembali ke tahap aktiviti fizikal asal anda sehingga:
- Anda boleh menggerakkan kaki anda secara bebas seperti dahulu
- Kaki anda terasa kuat seperti dahulu
- Anda tidak lagi merasa sakit di kaki anda apabila anda berjalan, berlari, memecut, dan melompat.
Anda boleh mengurangkan risiko anda dengan cara-cara berikut:
- Gerakan pemanasan badan sebelum dan selepas aktiviti fizikal.
- Meningkatkan intensiti aktiviti fizikal anda secara perlahan, dan tidak lebih daripada peningkatan 10% seminggu.
- Hentikan bersenam jika anda merasa sakit di belakang paha anda.
- Meregangkan dan menguatkan hamstring sebagai langkah pencegahan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.