home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Faktor Keselamatan dalam Pengambilan Ubat ketika Tekanan Darah Tinggi

Faktor Keselamatan dalam Pengambilan Ubat ketika Tekanan Darah Tinggi

Apabila anda mengambil ubatan bagi mengubati tekanan darah tinggi (hypertension),anda mesti memastikan ubatan tersebut berfungsi dengan efektif. Mengelakkan sesetengah ubatan merupakan satu cara untuk mencapai matlamat. Sesetengah ubatan boleh meningkatkan tekanan darah manakala sesetengah yang lain boleh bertindak balas dengan ubat tekanan darah anda, mengakibatkan ubat tersebut menjadi tidak efektif. Artikel ini akan menerangkan beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi.

Pengambilan Ubat ketika Tekanan Darah Tinggi

NSAID

NSAID adalah akronim untuk “Non-Steroidal Anti-Infammatory Drugs”, ia termasuklah ubatan preskripsi dan ubatan yang diperoleh dari farmasi. Ubat ini adalah bagi melegakan keradangan yang disebabkan keadaan seperti arthritis, doctor kerap memberikan NSAID kepada pesakit. NSAID boleh menyebabkan tekanan darah meningkat lebih tinggi kerana ia membuatkan badan cuba mengekalkan bendalir dan mengurangkan fungsi buah pinggang. Maka, ia akan memberikan lebih stress kepada jantung dan buah pinggang. Beberapa jenis NSAID termasuklah aspirin, ibuprofen dan naproxen.

Ubat batuk dan demam

Ubat batuk dan demam kebiasaannya mengandungi NSAID untuk melegakan sakit, jadi ia mampu meningkatkan tekanan darah. Tambahan lagi, ubat batuk dan demam.juga kebiasaannya mengandungi dekongestan. Dekongestan (termasuk pseudoephedrine-dekongestan yang spesifik) mungkin membuatkan tekanan darah dan degupan jantung meningkat. Anda mesti mengelak daripada mengambil ubat batuk dan demam yang mengandungi NSAID atau dekongestan. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor untuk ubatan bagi merawat simptom demam, selsema atau masalah sinus,seperti antihistamin atau semburan nasal.

Ubat sakit kepala migrain

Mekanisma sebahagian ubat sakit kepala migrain ialah dengan menyempitkan saluran darah dalam kepala. Maka ia mampu melegakan kesakitan akibat migrain. Tetapi ini mengakibatkan tekanan darah meningkat, kemungkinan ke paras yang berbahaya.

Ubat kurangkan berat badan

Oleh kerana menahan selera makan mampu meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, sesetengah ubat untuk mengurangkan berat badan boleh menyebabkan sakit jantung menjadi lebih buruk. And mestilah mengelakkan ubatan ini yang mengandungi antihypertensif.

Akhir sekali, bagi wanita yang mengandung yang bertekanan darah tinggi (hypertension) boleh mengurangkan tekanan darah mereka dengan mengambil ubatan antihypertensive, tetapi yang lebih efektif ketika mengandung adalah tidak diketahui. Matlamat terapi antihypertensive adalah untuk mengurangkan tekanan darah dengan pantas tetapi selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan, ini bagi mengelakkan penurunan tekanan darah secara mendadak yang boleh menyebabkan pening dan mengganggu janin.

Anda harus berhati-hati apabila menggunakan ubat-ubatan, sila beritahu doktor sekiranya terdapat sebarang kesan sampingan seperti alergi, pening, muntah dan sebagainya.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

High Blood Pressure and Drug Safety. http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/high-blood-pressure-medication-safety#1. Accessed on March 19, 2017.

High blood pressure (hypertension): Treatments and drugs. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/basics/treatment/con-20019580. Accessed on March 19, 2017.

Drugs for treatment of very high blood pressure during pregnancy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0011048/. Accessed on March 19, 2017.

Medications That Cause High Blood Pressure. http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/medications-cause#1. Accessed on March 19, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh JX Chan Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor