Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan bagaimana kesan stress menyumbang kepada penyakit jantung. Tetapi, apa yang pasti adalah stres boleh menjejaskan tingkah laku lantas meningkatkan risiko masalah jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kesan stress dan masalah jantung
Sesetengah orang memilih untuk minum terlalu banyak alkohol atau merokok bagi “menguruskan” stres kronik mereka. Walau bagaimanapun, tabiat ini boleh meningkatkan tekanan darah dan merosakkan dinding arteri.
Jika anda sering tertekan dan tidak mempunyai cara terbaik untuk menguruskannya, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, sakit dada atau degupan jantung yang tidak sekata.
Cara anda menangani stres adalah sangat penting. Ini kerana, jika anda bertindak balas dengan cara yang tidak sihat seperti merokok, makan berlebihan atau tidak bersenam. Ia menyebabkan kesan stress menjadi bertambah parah.
Sebaliknya, jika anda bersenam dan sering kali berhubung dengan orang lain, maka ia akan memberikan perbezaan terhadap emosi dan badan anda.
Anda juga mungkin mahu:
- Tukar gaya hidup untuk mengurangkan tekanan.
- Menerima bahawa terdapat beberapa perkara yang anda tidak dapat kawal.
- Sebelum anda bersetuju untuk melakukan sesuatu, pertimbangkan sama ada anda benar-benar boleh melakukannya atau tidak. Tiada masalah untuk mengatakan “tidak” kepada permintaan yang akan menambah lebih banyak tekanan kepada kehidupan anda.
- Terus berhubung dengan orang yang anda selesa.
- Cari masa untuk berehat setiap hari. Anda boleh membaca buku, mendengar muzik, bermeditasi, berdoa, melakukan yoga atau tai chi, menulis jurnal atau memikirkan apa yang baik dalam hidup anda.
- Apabila bersenam, anda dapat membakar tekanan dan lebih bersedia untuk mengendalikan masalah.
Baca juga:
- Elak Stres Lepas Bersalin, Perlu Ke Ibu Ambil Pembantu Rumah? Pertimbangkan 7 Aspek Ini!
- Stres Boleh Jadi Punca Banyak Masalah, Termasuk Rambut Gugur Dan Botak?
Kesimpulan
Sesetengah orang menghadapi masalah dalam mengendalikan kesan stress kerana mengalami depresi.
Jika ia berlaku kepada anda, dapatkan bantuan daripada doktor atau kaunselor. Ini kerana, depresi berkait dengan penyakit jantung, namun ia boleh dirawat.
Jika sukar untuk menukar cara anda dalam mengendalikan stres, apa kata anda ambil kelas pengurusan stres, baca buku mengenai pengurusan stres, atau buat temu janji dengan ahli terapi.
Ia merupakan satu pelaburan sihat demi kesihatan dan kualiti hidup anda pada masa sekarang dan untuk tahun-tahun akan datang.
[embed-health-tool-heart-rate]