backup og meta

Suplemen untuk Trigliserida dan Kolesterol Tinggi

Suplemen untuk Trigliserida dan Kolesterol Tinggi

Kebanyakan suplemen yang dijual di pasaran rata-rata mendakwa ia dapat menurunkan kolesterol dan trigliserida anda. Walau bagaimanapun, tidak semua suplemen ini  disokong secara saintifik. Jika anda benar-benar mahu menggunakan suplemen, jangan hanya mempercayai segala-galanya pada label. Kajian saintifik telah dijalankan mengenai suplemen yang paling biasa untuk kolesterol tinggi dan trigliserida, antaranya ialah:

Minyak ikan

Omega-3 (EPA dan DHA) telah terbukti menurunkan paras trigliserida sebanyak 30%. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan harian 250 mg EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung koronari dan hentian jantung secara tiba-tiba. Bagi mendapatkan dosis tinggi, anda perlu mengambil 2 hingga 4 gram minyak ikan setiap hari. Oleh itu, anda mungkin memerlukan preskripsi minyak ikan jika tahap trigliserida anda terlalu tinggi. Terdapat kebimbangan mengenai pencemaran merkuri dan toksin lain yang mungkin terdapat dalam suplemen minyak ikan. Juga, jumlah sebenar minyak ikan dan sama ada badan anda boleh menyerapnya dengan berkesan adalah wajar difikirkan. Tanya doktor anda untuk cadangan suplemen yang patut anda cuba.

Niasin

Niasin adalah sejenis vitamin B. Ia boleh meningkatkan keseimbangan kolesterol baik HDL dan kolesterol jahat LDL. Walau bagaimanapun, jangan cuba niasin melainkan jika dengan saranan doktor. Untuk memberi kesan kepada kolesterol dan trigliserida, niasin mesti diambil pada dos preskripsi kekuatan, yang mempunyai kesan sampingan. Inilah sebabnya mengapa niasin perlu diambil di bawah penyeliaan doktor anda.

Ekstrak daun artichoke

Ekstrak daun artichoke adalah ekstrak daun kering yang diambil dari tumbuhan artichoke, yang juga dikenali sebagai Cynara scolymus. Tidak banyak kajian saintifik yang sah mengenai keberkesanan ekstrak daun artichoke terhadap kolesterol tinggi. Malah, beberapa kajian menunjukkan hasil yang bercampur-campur. Kajian pada tahun 2000 dilakukan kepada orang yang berada dalam tahap kolesterol berisiko tinggi. Mereka diberikan suplemen artichoke selama 6 minggu. Kemudian, ujian darah mereka, menunjukkan pengurangan tahap LDL sebanyak 23%. Walau bagaimanapun, percubaan yang lebih baru menggunakan reka bentuk yang sama tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara. Jika anda ingin mengambil suplemen artichoke, jangan ragu-ragu untuk melakukannya, namun jangan meletakkan harapan yang tinggi.

Bagaimana pengambilannya?

Pertama sekali, sentiasa berunding dengan doktor sebelum mengambil sebarang suplemen, OTC atau preskripsi. Ambil perhatian tentang apa yang anda ambil bagi menunjukkan kepada doktor anda jika diperlukan. Lebih elok lagi, bawa semua ubat dan suplemen anda bersama anda ketika mendapat konsultasi doktor anda. Perlu diingatkan bahawa tiada suplemen yang boleh menggantikan pelan rawatan keseluruhan anda. Mereka dipanggil suplemen tambahan, bukan pengganti. Tambahan hanya boleh berfungsi sebagai usaha tambahan semata-mata. Lagipun, pelan rawatan yang baik untuk kolesterol tinggi dan trigliserida adalah termasuk dengan diet yang sihat, senaman yang kerap, penurunan berat badan, dan ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Supplements for Cholesterol: What Works? http://www.health.com/health/gallery/0,,20306863,00.html#don-t-rely-on-word-of-mouth-0. Accessed August 16, 2017.

Supplement Smarts for Cholesterol and Triglycerides. http://www.webmd.com/cholesterol-management/supplements#2. Accessed August 16, 2017.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

“Bagaimana Nak Kurangkan Kolesterol Dalam Badan?” Buat 14 Petua Ini Sekarang!

Orang Perempuan Kalau Alami 7 Benda Ini, Itu Tanda Kolesterol Badan Anda TINGGI!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan