Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Miokarditis adalah jangkitan disebabkan oleh virus yang membuatkan otot jantung menjadi radang dan bengkak. Jika jangkitan teruk, otot jantung tidak dapat berfungsi membantu jantung mengecut bagi mengepam darah dengan cukup ke badan. Hal ini menyebabkan darah membentuk darah beku di dalam jantung dan mengakibatkan serangan jantung atau strok.
Semua berpeluang untuk mendapatkan vaksinasi miositis. Anda boleh mengurangkan peluang mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom yang biasa berlaku sering terkeliru dengan flu, semua termasuklah:
Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami sebarang simptom miokarditis terutamanya sakit dada dan susah bernafas.
Jika anda sakit, terutamanya disebabkan jangkitan, anda harus beri perhatian kepada simptom-simptom miokarditis dan segera hubungi doktor jika simptom tersebut berlaku.
Jika anda mengalami simptom yang teruk seperti infaksi miokardium atau strok, anda harus segera ke pusat kecemasan.
Terdapat banyak punca miokarditis termasuk kecederaan, jangkitan, pendedahan radiasi dan kesan sampingan ubat tertentu. Punca yang sering mengakibatkan miokarditis adalah jangkitan virus pernafasan seperti Coxsackie kumpulan B yang menyebabkan demam flu, atau virus patogen adenovirus disebabkan oleh jangkitan akut eritema (parvovirus B19). Gastritis-kolon atau mononukleosis berjangkit (Virus Epstein-Bar) dan campak juga boleh menyebabkan miokarditis. Selain itu, penyakti ini juga boleh berlaku pada pesakit HIV.
Punca-punca lain bagi radang miokarditis termasuklah:
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko miokarditis termasuklah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Miokarditis sukar didiagnose kerana simptomnya tidak khusus dan muncul agak lambat selepas radang miokardium. Doktor mendiagnosis miokarditis melalui pemeriksaan fizikal, ujian darah, echokardiografi, EKG (ECG) dan biopsi otot jantung.
Rawatan miokarditis termasuklah:
Jika otot jantung lemah, doktor akan beri ubat untuk merawat kegagalan jantung. Alat seperti perentak jantung juga digunakan apabila degupan jantung anda menjadi tidak menentu. Selain itu, anda akan menggunakan ubat penipisan darah jika doktor mendapati jantung anda mempunyai darah beku dalam kamar jantung. Bagi kes yang lebih teruk, doktor akan melakukan pembedahan pindah jantung jika kontraksi jantung anda terlalu lemah.
Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi miokarditis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Ferri, Fred. Ferri’s Netter Patient Advisor. Philadelphia, PA: Saunders / Elsevier, 2012. Print edition, page 43
Myocarditis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/myocarditis/basics/definition/con-20027303. Accessed July 30, 2016.
Myocarditis. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000149.htm. Accessed July 30, 2016.