backup og meta

8 Jenis Vitamin Ini Sangat Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki, Ayuh Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/06/2022

    8 Jenis Vitamin Ini Sangat Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki, Ayuh Amalkan!

    Sepertimana orang perempuan, orang lelaki juga perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk tenaga lelaki. Malah, kaum Adam juga memerlukan vitamin untuk tenaga batin lelaki.

    Jadi, apakah jenis vitamin yang sesuai untuk diambil oleh orang lelaki?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini

    Vitamin untuk tenaga batin lelaki: Kenapa orang lelaki juga perlu mengambil vitamin?

    Kajian ada menyatakan bahawa sesetengah lelaki mengalami kekurangan nutrien utama yang penting untuk kesihatan dalaman mereka.

    Vitamin dan juga mineral amat diperlukan bagi memastikan segala proses yang berlaku dalam tubuh anda berjalan dengan lancar.

    Kadangkala, tubuh kita mengalami kekurangan beberapa nutrien penting tanpa kita sedari.

    Oleh itu, orang lelaki juga perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk tenaga batin lelaki. 

    Ini 8 jenis vitamin untuk tenaga batin lelaki yang disarankan

    Lapan jenis vitamin ini sangat digalakkan untuk diambil bagi meningkatkan kesihatan tubuh badan kaum Adam.

    Bukan itu sahaja, vitamin untuk tenaga lelaki ini juga boleh membantu memperbaiki kesihatan dalaman lelaki itu sendiri.

    Antara jenis vitamin yang disarankan ialah:

    #1. Vitamin D

    vitamin untuk tenaga batin lelaki

    Setiap kali otot anda bergerak, ia akan menggunakan vitamin D.

    Tambahan pula, vitamin ini membantu memastikan sistem imun anda sentiasa kuat selain memudahkan tubuh badan anda menyerap kalsium.

    Vitamin D juga boleh meningkatkan tahap testosteron pada lelaki.

    Kajian lanjutan masih diperlukan, tetapi ini menunjukkan bahawa kekurangan vitamin D boleh menjadi punca paras testosteron menjadi rendah.

    Apabila paras testosteron rendah, ia menyebabkan lelaki terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan seperti apnea tidur, metabolisme dan libido yang rendah serta keletihan.

    Sumber yang baik bagi mendapatkan vitamin D adalah seperti susu dan ikan berlemak.

    Sesetengah jenama bijirin, jus oren, minuman soya, yogurt dan marjerin juga diperkaya dengan vitamin D.

    #2. Kalsium

    Antara vitamin untuk tenaga batin lelaki yang penting ialah kalsium.

    Kalsium berperanan menyokong otot, saraf, dan tulang yang sihat.

    Justeru, adalah sangat penting bagi lelaki yang berumur 20-an untuk mendapat kalsium yang mencukupi bagi membina tulang yang kuat dan padat.

    Antara jenis makanan yang kaya dengan kalsium adalah seperti susu, yogurt, keju, salmon dan juga sardin.

    Selain itu, sayuran berdaun gelap juga mempunyai kandungan kalsium yang agak tinggi.

    #3. Kalium atau potasium

    Kalium membantu melawan kesan peningkatan tekanan darah yang disebabkan oleh garam.

    Kalium amat penting dalam mengekalkan saluran darah yang sihat selain mencegah penyakit jantung apabila lelaki semakin berusia.

    Antara jenis makanan yang kaya dengan kalium adalah seperti bayam, cendawan, tomato, kentang, ubi keledek, tembikai, pisang, susu, yogurt dan juga tuna.

    #4. Magnesium

    Salah satu mineral atau vitamin untuk tenaga lelaki yang amat penting ialah magnesium.

    Ramai lelaki tidak mendapat jumlah magnesium harian yang mencukupi.

    Magnesium berperanan penting dalam menyokong saraf dan juga tulang yang sihat.

    Penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen magnesium boleh menyokong tahap testosteron dalam darah, terutamanya apabila disertakan dengan senaman.

    Satu lagi kajian mendapati, suplemen magnesium menyokong kesihatan otot lelaki.

    Antara sumber magnesium yang terbaik termasuklah sayur bayam, bijirin penuh, kekacang dan juga biji-bijian. 

    #5. Folat

    Folat bukan sahaja perlu diambil oleh golongan wanita, tetapi juga orang lelaki.

    Folat diperlukan oleh tubuh badan bagi menggunakan protein, menghasilkan DNA, menghasilkan sel darah merah selain mengelakkan perubahan yang tidak sihat terhadap sperma.

    vitamin untuk tenaga batin lelaki

    Antara sumber folat yang terbaik ialah seperti asparagus, kekacang dan juga hati haiwan.

    #6. Vitamin C

    Vitamin C juga merupakan antara vitamin untuk orang lelaki.

    Kebanyakan lelaki yang berusia berisiko untuk mengalami masalah pembesaran prostat atau ringkasnya BPH.

    Namun, jika anda mengambil sumber vitamin C yang mencukupi setiap hari, anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat masalah BPH ini.

    Antara sumber vitamin C yang boleh dimakan ialah seperti lada benggala, buah limau, buah kiwi dan juga buah tomato. 

    #7. Vitamin A

    Salah satu vitamin untuk tenaga lelaki yang penting ialah vitamin A.

    Selain daripada meningkatkan kesihatan mata dan sistem imun tubuh, vitamin A juga sangat bagus dalam menurunkan risiko kanser prostat.

    Antara sumber vitamin A yang disarankan ialah seperti susu, keju, ikan salmon, lobak merah dan buah mangga. 

    #8. Zink

    vitamin untuk tenaga batin lelaki

    Zink amat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan protein di seluruh anggota tubuh badan.

    Selain itu, ia juga berperanan dalam menyembuhkan luka dan juga melawan jangkitan.

    Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan zink ialah seperti daging, makanan laut terutamanya tiram dan juga ayam. 

    Kesimpulan

    Kesemua vitamin untuk tenaga batin lelaki ini sememangnya baik untuk diamalkan.

    Vitamin untuk orang lelaki ini bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk suplemen, tetapi juga daripada makanan harian anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan