backup og meta

Tip Sebelum Beli Agar Tak Salah Pilih, Ini 5 Cara Nak Kenal Telur Sudah Busuk!

Tip Sebelum Beli Agar Tak Salah Pilih, Ini 5 Cara Nak Kenal Telur Sudah Busuk!

Pernahkah anda membeli telur di kedai dan ia tidak bertahan lama walaupun hanya seminggu dalam peti ais? Ia mungkin telur busuk yang dijual sewaktu tarikh luputnya sudah hampir. Ini beberapa cara untuk anda kenal ciri telur busuk atau telur tembelang sebelum dibeli dan dibawa pulang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Risiko makan telur tembelang

Mungkin ada yang tidak begitu kisah untuk makan telur walaupun telur yang dimasaknya itu sudah agak berbau dan berasa kurang enak.

Tahukah anda, makan telur yang sudah tidak elok sebenarnya boleh memberikan mudarat kepada sistem pencernaan?

Ini kerana, telur yang sudah tidak elok mengandungi kandungan bakteria Salmonella yang banyak dan seterusnya boleh menyebabkan keracunan makanan.

Ia juga boleh menyebabkan beberapa gangguan pencernaan lain seperti cirit-birit dan muntah-muntah. 

Ini cara hendak tahu telur tembelang

Untuk anda mengenali tanda telur busuk atau tanda telur tamat tempoh tidaklah begitu sukar.

Ada banyak ciri-ciri yang boleh anda perhatikan sebelum membeli telur.

Antaranya adalah:

#1. Lihat tarikh pengeluaran pada telur

telur tembelang

Apabila anda membeli telur di pasar atau pasar raya, telur biasanya akan mempunyai cetakan tarikh pengeluaran dan tarikh luput pada kulitnya.

Jika tiada, ia mungkin dicetak pada kotak atau sarang telur tersebut.

Ia boleh menjadi panduan utama untuk anda mengetahui kesegaran dan tahap kualiti telur sebelum dibeli.

Telur yang segar biasanya akan dijual dalam tempoh seminggu daripada tarikh pengeluaran.

Jika tidak pasti mengenai tarikh pengeluaran telur, bertanyalah kepada peniaga bilakah stok telur tersebut sampai di kedainya.

#2. Kulit telur retak, berkulat

Cara kedua untuk mengetahui ciri telur tembelang adalah dengan melihat keadaan kulitnya.

Tidak kira sama ada telur ayam, itik mahupun telur burung puyuh, pastikan kulitnya tidak retak, berlendir atau berkulat.

Lendir atau retakan menandakan bahawa terdapat bakteria yang telah masuk ke dalam telur.

Jika terdapat habuk putih atau kulat pada kulit telur, ia menunjukkan kulat sedang membiak pada telur.

Jika telur mempunyai ciri ini, batalkan hasrat anda untuk membelinya kerana berkemungkinan besar ia sudah rosak. 

#3. Telur sudah berbau

telur tembelang

Ini juga merupakan antara cara untuk mengetahui keadaan telur yang masih segar dengan telur yang sudah mula rosak. Anda boleh cuba menghidu bau kulitnya.

Jika ia agak tengik atau busuk, berkemungkinan besar isi di dalamnya juga sudah hampir rosak.

Cara ini juga lebih sesuai digunakan di rumah setelah anda membeli telur tersebut.

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan hidu. Telur yang rosak akan mengeluarkan bau busuk seperti telur tembelang berbanding telur yang masih elok.

Jika ia berbau busuk, buang telur dan cuci mangkuk anda dengan menggunakan sabun.

Ini untuk memastikan agar tiada sebarang bakteria daripada telur yang akan berpindah ke makanan bermasak nanti.

#4. Telur tenggelam dalam air

Ini merupakan antara cara yang paling popular dan paling banyak dilakukan.

Apabila anda membeli telur, anda boleh cuba memasukkannya ke dalam bekas berisi air untuk mengujinya.

Telur yang terapung menandakan banyaknya gas dalam telur dan ia sebenarnya sudah rosak.

Telur yang masih segar akan tenggelam ke dasar bekas.

Jika telur berada di tengah-tengah bekas, ini bermakna telur tersebut mungkin masih boleh dimakan tetapi sudah tidak segar lagi dan akan mula rosak

#5. Telur tembelang, kuning telurnya cair, berbau

telur tembelang

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut.

Telur yang masih segar akan mempunyai kuning telur yang bersaiz agak kecil dan berada di tengah-tengah putih telur. Ia juga agak sukar dipecahkan jika disentuh dengan jari.

Namun, jika kuning telur sudah agak pudar dan mudah pecah, ia tanda bahawa telur itu sudah tidak boleh dimakan lagi.

Kuning telur yang cair dan mudah bercampur dengan putih telur juga merupakan antara ciri telur yang rosak

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu cara mengenali telur yang sudah busuk atau tidak elok.

Boleh cuba amalkan sewaktu membeli telur di kedai atau ketika memeriksa bekalan telur dalam peti ais rumah anda.

Selamat mencuba ya!  

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Tell If Eggs Are Off. https://www.australianeggs.org.au/facts-and-tips/tell-if-eggs-are-bad. Accessed on November 17, 2022. 

What You Need to Know About Egg Safety. https://www.fda.gov/food/buy-store-serve-safe-food/what-you-need-know-about-egg-safety. Accessed on November 17, 2022.

Shell Eggs from Farm to Table. https://www.fsis.usda.gov/food-safety/safe-food-handling-and-preparation/eggs/shell-eggs-farm-table. Accessed on November 17, 2022.

Eggs. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/eggs/. Accessed on November 17, 2022.

Egg quality and safety. https://www.csiro.au/en/research/health-medical/nutrition/egg-quality. Accessed on November 17, 2022.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Serius Ke Makan Telur Ikan Boleh Jadi Bodoh? Ramai Tak Tahu, Ini 5 Fakta Sebenarnya!

Buat 3 Petua Ini Kalau Tak Nak Telur Ikan Mayong Pecah Ketika Dimasak, Mesti Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan