backup og meta

Kalau Nak Cuba Buat Telur Sarang Di Rumah, Ini Caranya, Mudah & 'Confirm' Jadi!

Kalau Nak Cuba Buat Telur Sarang Di Rumah, Ini Caranya, Mudah & 'Confirm' Jadi!

Siapa di sini peminat laksa sarang telur? Apa yang menjadikan menu ini kegemaran anda? Ya, kebanyakannya adalah kerana hidangan telur berbentuk sarang yang diletakkan bersama ke dalam mangkuk laksa tersebut. Ini resepi telur sarang yang anda sendiri boleh buat di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Laksa sarang telur, makanan enak dari utara

sarang telur

Laksa telur bersarang ini sebenarnya lebih sinonim dengan negeri-negeri di bahagian utara Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis.

Ini kerana, telur bersarang ini hanya diletakkan dalam hidangan laksa utara seperti laksa Penang, laksa Kedah atau laksa Kuala Kangsar.

Ramai yang mengakui bahawa gabungan antara telur bersarang dan juga laksa utara ini sememangnya satu kombinasi yang cukup ‘ngam’.

Namun, bagi anda yang kurang menggemari laksa asam ini, telur sarang juga boleh dimakan bersama-sama nasi putih panas seperti lauk-lauk lain.

Paling penting, anda kena tahu kaedah atau cara membuatnya dengan betul.

Cara dan resepi telur sarang

sarang telur

Telur bersarang bukanlah satu hidangan yang sukar. Ia sebenarnya amat mudah dan seolah-olah anda membuat telur dadar sahaja.

Namun, teknik memasaknya yang menjadikan ia berbeza dengan telur goreng biasa atau telur dadar. Lihat bahan dan cara membuat sarang telur seperti di bawah ini:

Bahan-bahannya:

Cara-caranya:

  1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan minyak dengan api yang kuat. Pastikan minyak tidak terlalu kecil kerana ia tidak akan membuatkan telur garing dengan cepat seperti yang kita mahu. 
  2. Pecahkan telur ke dalam sebiji mangkuk dan masukkan air masak ke dalam telur tersebut. Kacau telur sehingga menjadi berbuih. 
  3. Setelah minyak betul-betul panas, tuangkan telur ke dalam kuali. Teknik yang perlu anda ingat di sini, tuangkan secara perlahan-lahan bermula daripada kedudukan mangkuk berdekatan kuali dan tarik mangkuk ke atas tinggi-tinggi. Minyak yang panas dengan tuangan telur yang halus akan membuatkan telur terus berbuih dan cepat garing. 
  4. Biarkan seketika sebelum membalikkan telur tersebut. 
  5. Kecilkan sedikit api dapur dan biar telur garing sehingga berwarna kecoklatan.
  6. Apabila kedua-dua belah telur telah garing dan rangup, angkat dan toskan terlebih dahulu.
  7. Siap untuk dimakan.

*Elakkan daripada membuat adunan telur yang banyak dalam satu gorengan kerana ia akan menjadikan telur lambat atau tidak garing. 

Kurangkan makanan berminyak

sarang telur

Walaupun ia agak sedap, tidak bermakna anda boleh makan telur goreng seperti ini setiap hari.

Ini kerana, kaedah penggorengannya dengan menggunakan minyak yang banyak menjadikan telur ini agak tinggi kalori.

Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol anda.

Oleh itu, makan secara berpada-pada dan hadkan kepada satu keping sarang telur sahaja bagi satu hidangan laksa.

Telur itu sendiri merupakan sumber protein yang baik dan bagus untuk tubuh kita. Namun kaedah memasaknya yang kurang sihat menjadikan pengambilan hidangan telur ini perlu dihadkan.

Selamat mencuba!

Kredit gambar: Vitdaily

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Make an Omelet. https://www.incredibleegg.org/recipes/cooking-lessons/make-an-omelet/. Accessed on January 30, 2023. 

Farmers Market Omelets. https://ncegg.org/recipes/farmers-market-omelets/. Accessed on January 30, 2023.

Easy Omelette. https://www.australianeggs.org.au/recipes-and-cooking/two-egg-omelette. Accessed on January 30, 2023.

40 Second Omelette. https://eggs.org.nz/recipes/40-second-omelette/. Accessed on January 30, 2023.

How To Make An Omelet. https://www.chopchopfamily.org/recipe/how-to-make-an-omelet/. Accessed on January 30, 2023.

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tip Sebelum Beli Agar Tak Salah Pilih, Ini 5 Cara Nak Kenal Telur Sudah Busuk!

Telur Ayam Lagi Tahan Lama Kalau Anda Ikut 5 Petua Ini, Baru Tak Cepat Rosak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan