backup og meta

Nak Kekal Hidrat Ketika Berpuasa? Ini 5 Tip Boleh Anda Cuba

Nak Kekal Hidrat Ketika Berpuasa? Ini 5 Tip Boleh Anda Cuba

Perkara paling biasa untuk berlaku ketika berpuasa adalah berasa dahaga. Apatah lagi jika dalam keadaan cuaca yang panas dan anda perlu bekerja di luar bangunan. Jadi apakah cara untuk kekal hidrat pada bulan Ramadan?

Rasa dahaga

Air merupakan satu keperluan dalam kehidupan, ia merangkumi 60-70% keseluruhan badan anda. Anda boleh bertahan tanpa makanan selama berminggu-minggu tetapi ia adalah berbeza dengan air. Bagaimana untuk anda kekal hidrat ketika berpuasa?

Adalah normal untuk anda berasa dahaga ketika berpuasa, terutama ketika cuaca panas. Dahaga adalah tanda dehidrasi yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, sembelit, pening, keletihan dan kulit kering.

Dalam situasi dehidrasi yang kronik, terdapat risiko untuk mendapat komplikasi serius seperti masalah buah pinggang dan sawan. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menghindari rasa dahaga sepanjang berpuasa?

Tip kekal hidrat ketika berpuasa

  1. Minum air

Persiapkan diri anda untuk menempuhi hari berpuasa dengan meminum air yang secukupnya pada waktu malam. Pastikan tersedia botol air di sisi anda dan cuba untuk minum sekurang-kurangnya satu atau dua gelas air setiap sejam.

Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergula dan berkafein kerana ia akan menyebabkan anda perlu meminum lebih banyak air.

  1. Mandi

kekal-hidrat-ketika-berpuasa

Selepas beberapa hari berpuasa, biasanya badan sudah boleh membiasakan diri dengan rasa dahaga pada waktu siang. Anda mungkin akan mendapati simptom dehidrasi yang lain seperti bibir kering atau pecah. Selain itu gejala lain yang mungkin dialami adalah keletihan, peningkatan suhu badan, peningkatan kadar denyutan dan pernafasan serta pening kepala.

Jika anda berasa salah satu simptom yang disebutkan, anda mungkin boleh mencuba untuk mandi dengan air sejuk (bukan air sejuk bercampur ais).

Cuba untuk biarkan diri anda di bawah pancuran air selama 5-10 minit dan cara ini boleh membantu untuk mengurangkan suhu badan. Jika anda bekerja, anda boleh membasahkan tuala kecil dan sapukan tuala yang basah itu pada bahagian dahi, sekitar telingadan leher, bahagian belakang badan dan dada.

  1. Pakaian

Berpuasa pada cuaca yang panas pastinya satu cabaran. Antara tip yang boleh membantu anda kekal terhidrat ketika berpuasa adalah dengan memilih pakaian yang bersesuaian seperti dari aspek warna, fabrik dan lapisan pakaian yang dipakai.

Semuanya memainkan peranan penting untuk membantu mengekalkan suhu badan pada tahap yang rendah. Jika anda bekerja dalam bangunan, pilihlah warna yang terang dan jika kebanyakan waktu kerja anda akan berada di luar, mungkin anda boleh memilih warna yang gelap untuk melindungi diri daripada kesan matahari.

Walau bagaimanapun, warna merah amat tidak digalakkan kerana ia cenderung menarik haba dan membuatkan ia terperangkap pada badan anda.

  1. Bersenam

Bersenam atau melakukan sebarang aktiviti fizikal sememangnya boleh menyebabkan dehidrasi kerana anda akan kehilangan banyak air apabila anda bersenam. Tetapi siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam?

Bersenam sangat baik untuk membantu badan mengeluarkan toksin dan elemen lain yang boleh mendatangkan mudarat dan mungkin menyebabkan dehidrasi.

Anda boleh pilih waktu yang bersesuaian untuk bersenam, dan waktu yang terbaik adalah selepas dua atau tiga jam berbuka puasa. Walau apapun, jika anda bersenam, pastikan anda mengimbangi kembali air yang telah keluar dari badan sewaktu bersenam dengan meminum banyak air sebelum anda tidur.

ketika berpuasa

  1. Makanan berbuka

Semestinya setelah seharian berpuasa, keinginan untuk makan datang membuak-buak, apatah lagi jika anda pergi ke bazar Ramadan. Namun, sebaiknya, ketika memilih makanan, elakkan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula, kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.

Manakala buah-buahan adalah pilihan yang terbaik yang dapat membekalkan lebih banyak air. Makanan yang pedas dan masin juga akan menyebabkan peningkatan keperluan air badan.

Jadi sekiranya anda ingin memakan makanan seperti itu, sebaiknya, ambillah dalam jumlah yang kecil. Ini dapat membantu anda untuk kekal hidrat. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Five secrets for staying hydrated during Ramadan

https://egyptindependent.com/five-secrets-staying-hydrated-during-ramadan/ /Accessed on May 6, 2019.

 

5 ways to avoid dehydration during Ramadan

https://www.thestar.com.my/metro/community/2017/05/30/5-ways-to-avoid-dehydration-during-ramadan/ /Accessed on May 6, 2019.

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Tip Bersenam Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan

Tip Menjaga Sistem Pencernaan Semasa Puasa


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan