Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Ini cara rebus kerang supaya isinya lembut, padat dan juicy
Kami percaya, ramai daripada kita yang mempunyai cara dan teknik masing-masing ketika merebus kerang.
Kesemuanya adalah teknik yang betul selagi mana ia tidak menyebabkan penurunan kualiti kerang sehingga boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan.
Untuk mereka yang mahu menggunakan cara lain memasak kerang rebus, anda mungkin mahu mencuba 5 teknik merebus kerang yang kami kongsikan di bawah ini:
#1. Kerang rebus ala Sheila Rusly

Kaedah yang dikongsikan oleh selebriti tempatan yang terkenal dengan rancangan Ketuk-ketuk Ramadan, Sheila Rusly ini menjadikan kerang yang direbus tampak segar dan tidak terlebih masak.
Cara-caranya adalah:
- Kerang perlu dicuci dan dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.
- Isikan air ke dalam periuk rebusan dan masukkan beberapa sudu kecil garam ke dalam air rebusan.
- Rebus air terlebih dahulu sehingga mendidih. Air rebusan yang telah mendidih boleh membantu mempercepatkan proses memasak kerang.
- Setelah air tersebut mendidih, masukkan kerang ke dalam air. Biarkan selama tiga minit sahaja.
- Setelah tiga minit, angkat kerang daripada periuk dan bilas dengan menggunakan air sejuk atau air paip bagi menghentikan proses memasak kerang.
- Buang sebelah kulit kerang dan ia sedia untuk dimasak atau dihidangkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen