backup og meta

3 Resipi Nasi Ayam Terlajak Sedap Mesti Cuba Untuk Juadah Berbuka, Anak-Anak Pasti Berselera!

3 Resipi Nasi Ayam Terlajak Sedap Mesti Cuba Untuk Juadah Berbuka, Anak-Anak Pasti Berselera!

Nasi ayam adalah antara hidangan wajib yang mesti dihidangkan sewaktu bulan puasa walau cuma sekali. Ini kerana, ia adalah antara makanan yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bagi anda yang tidak tahu resepi nasi ayam sedap, anda boleh lihat tiga resipi nasi ayam confirm sedap yang kami sediakan di bawah ini. Salah satunya adalah resepi nasi ayam Khairul Aming yang popular di Tik Tok.

Lihat di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Nasi ayam, hidangan berbuka lengkap nutrisi

Nasi ayam merupakan salah satu hidangan kegemaran ramai terutamanya semasa bulan puasa.

Dengan tekstur nasi yang lembut dan kaya dengan rasa, nasi ayam menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa.

Selain itu, nasi ayam juga mudah disediakan dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk.

Nasi ayam berasal dari China dan ia sangat popular di seluruh Asia Tenggara.

Ia biasanya dihidangkan dengan ayam yang dimasak dengan rempah-rempah tertentu dan disajikan bersama nasi yang dimasak dengan air rebusan ayam.

Nasi ayam juga lengkap dimakan bersama hidangan sampingan lain seperti sup ayam, sos cili dan sayur-sayuran.

Ini menjadikannya hidangan yang lengkap dengan protein, karbohidrat dan juga vitamin.

3 resepi nasi ayam simple untuk berbuka puasa

Berikut adalah tiga jenis resipi nasi ayam yang boleh anda cuba untuk hidangan berbuka nanti.

#1. Resepi Nasi Ayam Hainan

resepi nasi ayam
Menu nasi ayam sering menjadi pilihan juadah untuk seisi keluarga.

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Beras: 2 cawan
  • Halia: 2 inci, ditumbuk
  • Bawang putih: 5 ulas, ditumbuk
  • Minyak bijan: 2 sudu besar
  • Air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Ayam: 1 ekor
  • Garam dan lada putih secukup rasa
  • Halia dan bawang putih untuk merebus

Cara penyediaan nasi:

  1. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau rata.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan masak nasi seperti biasa.

Cara penyediaan ayam:

  1. Rebus ayam dengan halia dan bawang putih dalam air sehingga masak. Angkat dan sejukkan dalam air yang diisi ais untuk seketika. 
  2. Hidangkan nasi dengan ayam yang sudah dipotong, sup dan sos cili.

#2. Resepi Nasi Ayam Sambal Johor Bahru

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Beras: 2 cawan
  • Bawang merah: 5 ulas, dicincang
  • Bawang putih: 3 ulas, dicincang
  • Air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Ayam: 1 ekor
  • Garam dan lada putih secukup rasa
resepi nasi ayam
Ambil tahu jumlah kalori untuk setiap bahagian ayam.

Bahan-bahan untuk sambal:

  • Cili kisar: 3 sudu besar
  • Bawang merah: 3 ulas
  • Bawang putih: 2 ulas
  • Garam, gula dan bahan perasa secukup rasa

Cara penyediaan nasi:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau rata.
  3. Masukkan air rebusan ayam dan masak nasi seperti biasa.

Cara penyediaan ayam:

  1. Rebus ayam terlebih dahulu bersama garam dan lada putih.
  2. Angkat dan sejukkan. Kemudian, lumurkan bersama kicap dan sos tiram.
  3. Goreng ayam sehingga masak dan garing.
  4. Angkat dan potongkan ayam. 

Cara penyediaan sambal:

  1. Tumiskan cili kisar terlebih dahulu.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. 

#3. Resepi Nasi Ayam Khairul Aming

resepi nasi ayam
Nasi ayam dihidang bersama kuah kicap, sos cili dan sup.

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Marjerin: 3 sudu
  • Rempah tiga sekawan
  • Beras: 2 cawan
  • Bawang merah: 3 ulas, dihiris
  • Air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk ayam:

Cara penyediaan nasi:

  1. Tumis bawang merah dan rempah bersama marjerin hingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau rata.
  3. Masukkan air rebusan ayam, daun pandan, sedikit pewarna kuning dan garam. Kemudian, masak nasi seperti biasa.

Cara penyediaan ayam:

  1. Rebus ayam bersama halia dan bawang putih sehingga separuh masak. 
  2. Angkat dan sejukkan.
  3. Gaulkan ayam dengan garam, kicap manis, sos tiram dan sedikit minyak masak.
  4. Goreng ayam sehingga masak.

Kesimpulan

Nasi ayam adalah hidangan pilihan yang sempurna untuk berbuka puasa.
Dengan pelbagai resepi yang boleh dicuba, anda pasti akan menemui satu resipi yang sesuai dengan selera anda sekeluarga.

Walaupun kami tidak menyertakan resipi sup ayam dan sos cilinya, kami pasti anda sudah tahu cara membuat sup ayam daripada air rebusan ayam serta sos cili yang ringkas.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Nasi Ayam. https://myfcd.moh.gov.my/index.php/1997-food-compositon-database/608-rice,-chicken-(nasi-ayam).html.tmp. Diakses pada September 19, 2023. 

Hainanese chicken rice. https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_910_2005-01-11.html. Diakses pada September 19, 2023.

(Chicken) Rice To Meat You!. https://www.sfa.gov.sg/food-information/risk-at-a-glance/chicken-rice. Diakses pada September 19, 2023.

Chicken Rice. https://www.roots.gov.sg/en/ich-landing/ich/chicken-rice. Diakses pada September 19, 2023.

Chicken, Rice, and Fruit Salad. https://www.myplate.gov/recipes/supplemental-nutrition-assistance-program-snap/chicken-rice-and-fruit-salad. Diakses pada September 19, 2023.

Versi Terbaru

13/03/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Minuman Untuk Kurus, No. 4 Paling Ramai Orang Suka!

Badan Naik Lepas Raya, Cuba 7 Petua Kurus Ini, 'Confirm' Turun Berat Dalam 7 Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan