
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan yang ingin dibuang, bulan Ramadan adalah peluang keemasan untuk menjadikan impian anda kenyataan selagi anda tidak mengambil makanan berkalori tinggi selepas berbuka puasa.
Perubahan dalam badan semasa berpuasa
Tempoh berpuasa anda akan memberi kesan kepada bagaimana badan anda berubah untuk mengatasi kekurangan pada pengambilan nutrisi. Walaupun anda telah berhenti makan selepas hidangan terakhir, ia mengambil masa sehingga 8 jam untuk sistem penghadaman menyerap sepenuhnya nutrien sebelum badan anda benar-benar memasuki fasa berpuasa.
Apabila anda tidak berpuasa, badan anda menggunakan glukosa yang tersimpan di dalam hati dan otot untuk menghasilkan tenaga. Semasa berpuasa, pertamanya, jumlah glukosa yang disimpan ini igunakan dengan agak cepat. Oleh itu, badan anda, perlu beralih kepada sumber tenaga lain iaitu lemak. Jika tempoh berpuasa berterusan selepas badan telah kehabisan lemak, protein akan diuraikan untuk menghasilkan tenaga. Pada saat inilah anda mula berasa kebuluran. Walau bagaimanapun, bukanlah perkara biasa bagi seseorang untuk rasa kebuluran sepanjang bulan Ramadan memandangkan kita berbuka setiap hari.
Peralihan dari glukosa kepada lemak
Oleh kerana puasa Ramadan hanya berlangsung dari terbit fajar hingga terbenam matahari, anda boleh mengimbangi kekurangan tenaga melalui hidangan selepas berbuka. Dengan cara ini, badan anda hanya menggunakan glukosa dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Protein tidak akan digunakan.
Disebabkan badan anda menguraikan lemak untuk menghasilkan tenaga, anda akan kehilangan berat badan. Tahap kolesterol dalam darah anda juga dikurangkan. Jika anda pesakit diabetes atau mempunyai masalah tekanan darah, berpuasa adalah sangat bermanfaat bagi anda. Selepas berpuasa selama beberapa hari, badan anda akan melepaskan endorfin dalam kepekatan yang tinggi ke dalam darah anda, menyebabkan peningkatan fokus dan kesihatan mental.
Adalah penting untuk mengekalkan pengambilan sihat dan air yang sihat semasa berbuka. Semasa berpuasa, badan anda mungkin berpeluh lebih daripada biasa. Jadi, anda perlu cuba kekal terhidrat untuk membantu buah pinggang anda mengawal keseimbangan air dan garam. Untuk mengelakkan kerosakan otot, masukkan makanan tenaga, seperti karbohidrat dan lemak sihat dalam diet anda.
Kekal selamat ketika berpuasa di bulan Ramadan
Secara umumnya, anda hanya perlu melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan di luar Ramadan, iaitu mengamalkan diet yang seimbang, dengan karbohidrat, lemak dan protein yang mencukupi. Jika tidak, anda mungkin berakhir mendapat lebih berat badan kerana makanan yang dimakan pada waktu berbuka. Puasa di bulan Ramadan adalah satu peluang untuk mengurangkan berat badan dan menjadi lebih sihat. Jangan sia-siakan peluang tersebut. Ini adalah masa untuk mendisiplinkan diri sendiri. Intipati Ramadan adalah disiplin dan kawalan diri. Walaupun sewaktu masa untuk berbuka puasa, anda tidak perlu melanggar disiplin anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.