backup og meta

4 Jenis Ubat Ini Mungkin Tidak Akan Berkesan Buat Orang Obes (Salah Satunya Pil Perancang!)

4 Jenis Ubat Ini Mungkin Tidak Akan Berkesan Buat Orang Obes (Salah Satunya Pil Perancang!)

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tahu, terdapat banyak kesan akibat obesiti yang akan menjejaskan aspek kecantikan serta kesihatan diri.

Terkini, muncul pula banyak kajian yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis ubatan yang mungkin tidak akan berkesan 100% terhadap individu yang obes.

Persoalannya, apakah jenis ubatan yang dimaksudkan? Jom ketahui kesan akibat obesiti untuk pengambilan sesetengah ubat dalam artikel ini.

Kaitan di antara obesiti & ubatan tidak berkesan

Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2019 mendapati bahawa sekitar 50.1% individu mengalami masalah berat badan.

Angka yang agak membimbangkan ini merangkumi 30.4% individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan serta 19.7% individu yang mengalami obesiti.

Apa kaitan masalah berat badan dengan ubatan tidak berkesan pula? Dr David Bearden dari College of Pharmacy di Oregon State University ada jawapannya!

kesan akibat obesiti

Menurut beliau, ubatan tidak berkesan buat individu obesiti kerana jisim tubuh badan berlebihan mereka yang tidak dapat dirangkumi 100% oleh ubatan tersebut.

Selain itu, obesiti juga akan mempercepatkan proses mengurai atau melerai ubatan tersebut lantas membuat ia lebih cepat disingkirkan dari tubuh badan mereka.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian sentiasa mengawal berat badan supaya kekal ideal dengan BMI agar kesan akibat obesiti ini tidak berlaku kepada diri anda.

Jenis ubatan yang mungkin tidak akan berkesan

Pakar Endokrinologi Dr Ken Fujioka dari Scripps Clinic di San Diego bersetuju dengan fakta ini dan turut menambah beberapa jenis ubatan yang mungkin tidak berkesan.

Berikut adalah beberapa jenis ubatan yang mungkin tidak berkesan 100% buat individu obes:

#1. Antibiotik

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacotherapy, ada beberapa jenis ubatan antibiotik yang mungkin tidak berkesan jika digunakan oleh penderita obesiti.

Ini adalah disebabkan tubuh badan mereka mempunyai jisim yang lebih banyak dan kemampuan ubatan tersebut untuk merangkuminya adalah terbatas.

Disebabkan itu, telah disarankan agar pesakit obesiti diberikan dos yang lebih banyak lebih-lebih lagi jika ia melibatkan jangkitan bakteria yang lebih teruk.

#2. Pil perancang kehamilan

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Expert Review of Clinical Pharmacology, pil perancang kehamilan mungkin tidak berkesan 100% buat wanita obes.

Ini adalah disebabkan pil perancang kehamilan mungkin akan memerlukan 2 kali ganda tahap keberkesanan bagi memastikan wanita obes mampu merancang.

Disebabkan itu, para wanita yang mengalami obesiti mungkin perlu memikirkan alternatif lain selain pil perancang untuk mengelakkan kehamilan luar jangka.

kesan akibat obesiti

#3. Pil kecemasan

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Contraception, pil yang juga dikenali sebagai morning after pill ini juga kurang berkesan buat wanita obes.

Ini adalah disebabkan hipotesis di mana wanita obes berisiko untuk mengandung 3 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita normal walaupun mengambil pil ini.

Disebabkan itu, ada satu alternatif yang dicadangkan selain pengambilan pil iaitu pemasangan alat berbentuk huruf T bernama IUD yang dipercayai lebih efektif.

#4. Pil kesuburan

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Endocrinology and Metabolism, pil kesuburan juga mungkin tidak berkesan buat wanita obes.

Ini adalah disebabkan perempuan obes cenderung mempunyai masalah berkaitan sistem ovulasi mereka yang akan mengganggu tahap keberkesanan ubatan tersebut.

Disebabkan itu, adalah lebih baik untuk anda menurunkan berat badan terlebih dahulu jika ada masalah kesuburan sebelum mencari alternatif lain untuk mudah hamil.

Ubatan yang membawa kepada masalah obesiti

kesan akibat obesiti

Sebenarnya, bukan sahaja obesiti itu akan membawa kepada masalah ubatan tidak berkesan, malahan ada juga ubat yang boleh menyebabkan masalah obesiti.

Ini merupakan informasi yang boleh dikatakan sebagai agak penting memandangkan peratusan individu dengan masalah berat badan di negara kita adalah sangat tinggi.

Untuk pengetahuan anda, antara ubatan yang boleh membawa kepada kesan akibat obesiti adalah ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mental.

Antara jenis ubatan tersebut adalah seperti ubat penenang yang banyak digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kegelisahan, kemurungan atau sukar untuk tidur.

Oleh itu, anda yang mengalami obesiti dan mempunyai preskripsi ubatan ini wajar untuk berhubung dengan doktor bagi mengelakkan kesan akibat obesiti ini.

Konklusinya, memang terdapat banyak kaitan di antara obesiti dan ubat. Jadi, sila ambil ubatan yang perlu dan ketahui kesan sampingannya terlebih dahulu okay!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/diagnosis-treatment/drc-20375749
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4079263/
  4. https://www.aafp.org/afp/2017/0601/p732.html
  5. https://www.fsrh.org/standards-and-guidance/documents/fsrh-clinical-guideline-overweight-obesity-and-contraception/
  6. https://www.urmc.rochester.edu/encyclopedia/content.aspx?contenttypeid=56&contentid=DM300

Versi Terbaru

06/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini 4 Punca Utama Anda Dapat Obesiti, Ada Yang Mungkin Anda Tak Sangka!

Ini 13 Tanda Utama Untuk Tahu Jika Anda Alami Obesiti Atau Tidak. Semak Di Sini Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan