Kenali 4 Makanan Meningkatkan Pendengaran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mineral dan vitamin sentiasa memainkan peranan penting dalam kesihatan dan berfungsi dengan berkesan terhadap tubuh. Tetapi bolehkah makanan mempengaruhi pendengaran anda? Sila baca artikel ini.

1. Potassium

Potassium mengawal jumlah bendalir dalam tisu badan dan darah anda. Ini penting untuk kesihatan pendengaran kerana ada cecair di dalam telinga. Telinga dalam adalah bahagian telinga yang menerjemahkan bunyi yang kita dengar di sekeliling menjadi impuls yang otak kita menafsirkan sebagai bunyi. Telinga dalam bergantung kepada potassium.

Apabila anda berusia, tahap pendengaran akan berkurang dan menjadi salah satu punca presbycusis, jenis pendengaran  sensorineural paling biasa yang disebabkan oleh penuaan semula jadi sistem pendengaran. Oleh itu, penting untuk anda mendapatkan pemakanan yang kaya potassium seperti pisang, avokado, kentang, bayam, tembikai, susu, oren, tomato, kacang lima dan yogurt.

2. Asid folik

Kajian menunjukkan bahawa asid folik adalah penting untuk keupayaan tubuh anda bagi menjana pertumbuhan sel baru. Orang dewasa dengan rendah tahap asid folik dalam darah lebih cenderung untuk mengembangkan presbycusis. Penyelidikan mengatakan bahawa suplemen asid folik mungkin melambatkan kehilangan pendengaran. Tubuh menggunakan asid folik untuk menetukan homocysteine, sebatian keradangan yang mengurangkan peredaran. Peredaran yang baik adalah penting untuk mengekalkan sel-sel rambut telinga dalam yang sihat dan berfungsi dengan baik. Makanan kaya folat termasuk daging, asparagus, brokoli dan bayam.

3. Zinc

Zink meningkatkan sistem imun badan anda dan juga bertanggungjawab untuk pertumbuhan sel dan penyembuhan luka. Ini bermakna ia boleh membantu menangkis kuman yang menyebabkan jangkitan telinga. Makanan kaya zink termasuk daging lembu, ayam, kacang, badam, kekacang, coklat gelap, oat, kismis, kranberi kering dan kelapa.

4. Magnesium

Penyelidikan yang dijalankan di Institut Penyelidikan Pendengaran Universiti Kresge Michigan menunjukkan bahawa orang yang dirawat dengan magnesium dilindungi daripada gangguan pendengaran yang berkaitan dengan bunyi. Penyelidik percaya kerana ini adalah keupayaan magnesium untuk melawan kesan radikal bebas yang dihasilkan oleh bunyi kuat, bertindak sebagai penghalang yang melindungi sel-sel rambut di telinga dalam. Kekurangan magnesium dalam telinga menyebabkan salur darah mengecut akibat kekurangan oksigen. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti pisang, kentang, bayam, tomato dan brokoli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Siapa Kata Orang Pekak Tidak Boleh Berjaya! Lihat 5 Tokoh Ini, #4 Paling Menakjubkan

    Jika anda merupakan seorang individu yang pekak, jangan merasa rendah diri. Banyak orang pekak yang kini sudah dicatatkan sebagai tokoh yang mengubah dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 02/03/2020 . 3 minit bacaan

    Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran

    Jenis makanan yang dilihat terbaik bagi kesihatan pendengaran adalah jenis-jenis makanan yang terdapat dalam diet Mediterranean

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diet Sihat, Pemakanan Sihat 22/11/2019 . 2 minit bacaan

    Setiap Hari Rasa Nak Korek Telinga, Perlu Atau Tidak Bersihkan Telinga Selalu? Ini Jawapan TEPAT!

    Menjaga kebersihan telinga perkara yang dianggap mudah. Cotton bud pilihan ramai bagi mengeluarkan earwax. Apa sebenarnya fungsi earwax dalal telinga?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 12/03/2019 . 3 minit bacaan

    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    1.1 bilion belia berdepan risiko kehilangan pendengaran disebabkan pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bunyi kuat dan muzik.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    penyakit glue ear

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Pendengaran? Bukan Semua Orang Pekak Sesuai Pakai Alat Bantuan! Baca Ini Dulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
    masalah pendengaran

    Boleh Ke Orang Pekak Mendengar Semula? Ini Jenis-Jenis Rawatan Yang Dapat Membantu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    pekak sebelah telinga

    Sukar Mendengar Percakapan Orang Lain? Anda Mungkin Ada Kondisi Pekak Sebelah Telinga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan