backup og meta

Hentikan Ketagihan Makanan Ringan Anda

Hentikan Ketagihan Makanan Ringan Anda

Apa itu makanan ringan

Makanan ringan adalah satu istilah yang merangkumi segala aspek; menambah kalori, lemak dan gula. Ia merangkumi segala jenis makanan dan minuman tidak sihat seperti soda, makanan segera, makanan manis seperti donut, ice cream; dan pelbagai jenis makanan lain.

Kebiasaannya bila berhadapan dengan makanan ringan atau turut dipanggil sebagai snek ringan, terutama yang menjadi kegemaran, kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Tabiat menggemari makanan tidak sihat ini adalah tidak baik untuk badan kita, terutama hati dan buah pinggang.

Adalah satu perkara normal untuk kita tiba-tiba mempunyai keinginan untuk mendapatkan makanan manis (mungkin garam atau kafein). Anda tidak keseorangan, kerana keinginan seperti ini turut dihadapi oleh ramai individu lain.

Ketagihan makanan ringan, sama ada keinginan makanan manis, masin atau berlemak; yang anda hadapi ini adalah sama seperti otak anda akan bertindak balas terhadap ketagihan kokain dan dadah yang lain.

Mungkin anda pernah mencuba untuk berhenti atau sekurangnya mengurangkan ketagihan anda terhadap makanan ringan, tetapi tidak berjaya. Jangan berputus asa. Berikut adalah beberapa cara untuk membantu anda untuk melawan ketagihan anda.

Tip melawan ketagihan

Buat perancangan

Cara yang terbaik untuk mengawal keinginan anda adalah dengan merancang waktu hidangan makanan dan waktu untuk snek ringan anda. Ini kerana jika anda sudah mempunyai atau mengetahui apa yang akan anda makan ketika waktu makan tengah hari atau snek petang anda, anda akan dapat mengawal keinginan anda untuk mengambil makanan ringan lain.

Lemak sihat

Mitos yang sering kita dengar adalah lemak akan membuatkan kita gemuk. Sedangkan hakikatnya, badan kita memerlukan lemak. Tetapi ia bukan sebarang lemak. Terdapat banyak jenis lemak, dan lemak yang perlu anda elakkan adalah lemak trans dan hadkan pengambilan lemak tepu. Sebaliknya perbanyakkan pengambilan lemak sihat seperti kekacang, avocado yang dapat membantu membuatkan anda merasa kentang dan mengurangkan nafsu makan.

Buah-buahan

Mengandungi gula semula jadi, vitamin, antioksidan, dan air. Ia juga mengandungi serat yang membantu melambatkan dan mengimbangi kesan-kesan gula dalam darah agar anda tidak mengalami kejutan gula (sugar crash) akibat menerima terlalu banyak gula. Apabila anda berjaya memberhentikan pengambilan makanan yang mengandungi gula yang diproses, akan akan mendapati rasa buah adalah lebih manis dan lebih memuaskan anda.

Makanan segar

Ketika membeli barangan runcit, biasakan untuk memilih barangan berasaskan produk tenusu, daging, ikan, bijirin, buahan dan sayuran. Elakkan dari membeli produk makanan yang diproses. Namun jika masih ingin membeli makanan yang diproses, biasakan diri untuk menyemak senarai label kandungan dan jika terdapat bahan yang sukar untuk anda sebutkan, jangan beli. Ini adalah salah satu cara untuk menggalakkan anda untuk makan makanan yang lebih sihat.

Protein secukupnya

Pengambilan protein yang secukupnya akan membantu anda untuk merasa kenyang, sekaligus membantu mengurangkan keinginan untuk mengambil snek ringan. Perbanyakkan mengambil makanan berasaskan protein seperti ikan, kacang, dan sayuran.

makanan ringan

Pelbagai variasi

Pelbagaikan variasi pilihan makanan dalam rutin makanan anda. Lebih banyak pilihan makanan anda, ia akan membantu mengurangkan keinginan untuk mengambil snek ringan. Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengambil edamame sebagai menggantikan hidangan kacang panjang. Memakan makanan yang pelbagai warna turut akan meningkatkan tahap kesihatan anda secara keseluruhan dan membantu mencegah penyakit.

Tidur yang secukupnya

Kekurangan atau tidur yang tidak mencukupi boleh menjadi antara punca menyebabkan hadirnya keinginan untuk mendapatkan snek yang tidak sihat. Jadi cuba untuk mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi setiap malam. Sebolehnya elakkan untuk makan 2 jam sebelum anda tidur, kerana tidur dalam keadaan perut yang penuh akan mengganggu proses pencernaan dan boleh membuatkan akan sukar tidur.

Setkan minda

Berlatih dan belajar mengubah cara pemikiran anda terhadap makanan ringan. Sekiranya datang keinginan untuk makan, tekankan dalam minda dan fikiran anda;

  • Bahawa anda sudah kenyang.
  • Anda boleh makannya sebentar lagi.
  • Fikirkan tentang impak negatif yang mungkin anda dapat seperti sakit perut, obesiti.

Tidak ada salahnya untuk mencuba. Percayalah, kuasa dan kekuatan fikiran kita adalah lebih hebat daripada apa yang kita sangkakan.

Kawal tekanan

Tekanan yang berlebihan boleh menganggu emosi yang menyebabkan timbulnya pelbagai keinginan, terutamanya untuk mendapatkan makanan manis. Cuba untuk mengawal tekanan anda. Anda boleh mencuba beberapa cara untuk mengurangkan tekanan, seperti:

  • Berjalan atau berjoging.
  • Yoga.
  • Meditasi.
  • Ambil nafas yang panjang.
  • Meluangkan lebih masa dengan kawan-kawan, keluarga.

Tidak salah jika sekali-sekala untuk mengambil snek ringan kegemaran anda. Tetapi pastikan ia dalam kuantiti yang terkawal, kerana semakin banyak anda makan makanan ringan, semakin tinggi risiko untuk anda menjadi ketagih. Dengan mengikuti beberapa tip di atas, anda pasti dapat mulakan kehidupan yang lebih sihat.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to stop eating junk food

https://www.healthline.com/health/food-nutrition/how-to-stop-eating-junk-food/ Accessed on Dec 12, 2018.

 

Break your junk food addiction

https://www.webmd.com/diet/features/break-your-junk-food-addiction#1/ Accessed on Dec 12, 2018.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bila Waktu Yang Terbaik Untuk Makan Probiotik, Sebelum Atau Selepas Makan?

Bahaya Polisterin! Ketahui 5 Sebab Anda Perlu Elak Guna Bekas Polisterin Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan