Sudah pelbagai cara golongan yang sangat kurus cuba atau berhasrat ingin cuba demi menggemukkan badan. Jika semua ikhtiar itu masih tiada hasil, jadi adalah perlu mereka ambil vitamin untuk menaikkan berat badan.
Ini kerana usaha seperti menambah hidangan makanan dan minuman sahaja tidak cukup untuk menaikkan berat badan individu, disebabkan itulah masih perlu untuk ambil vitamin dan mineral.
Persoalannya, apa jenis mineral dan vitamin menaikkan berat badan? Jom terus baca artikel ini!
[embed-health-tool-bmi]
Naik berat badan dengan ubah metabolisme?
Untuk pengetahuan anda semua, vitamin dan mineral itu sendiri mungkin tidak akan dapat jadi penyebab berat badan anda naik secara langsung namun hanya sebagai pemicu.
Pun begitu, kedua-dua zat mikro ini mungkin mampu untuk berfungsi atau bekerja dengan cara melajukan tahap metabolisme tubuh badan lantas meningkatkan berat badan.
Metabolisme merupakan proses yang akan berlaku di dalam tubuh badan untuk memecahkan dan menyalurkan zat-zat yang anda ambil untuk menjadi sumber tenaga utama.
Apabila proses itu dapat berjalan dengan lebih laju dan efektif, maka tubuh badan anda juga dapat membakar kalori dengan jumlah yang ideal, sekali gus mungkin mampu untuk mengekalkan atau menambahkan lagi berat badan anda.
Dalam erti kata lebih mudah, usaha anda yang kurus dan ingin gemuk dengan cara pengambilan mineral dan vitamin untuk menaikkan berat badan itu mungkin akan berjaya.
[embed-health-tool-bmr]
Jenis mineral & vitamin untuk menaikkan berat badan!
Anda mungkin boleh cari dan beli mineral dan vitamin untuk menaikkan berat badan di bawah:
#1. Vitamin B
Vitamin B kompleks memainkan peranan penting di dalam sistem metabolisme tubuh badan iaitu mengubah lemak, karbo dan protein menjadi sumber tenaga atau asid amino.
Antara jenis vitamin dalam keluarga ini yang paling penting adalah B12, B6 dan B9 agar proses di atas tadi dapat berjalan dengan lebih lancar dan ideal serta tidak memudaratkan.
Ini kerana pengambilan vitamin B kompleks ini mampu menjaga dan mengawal keseimbangan sistem metabolisme lemak, karbo dan protein agar ia dapat diproses dengan baik.
Berikut adalah beberapa contoh sumber vitamin B yang anda boleh temui di dalam diet seharian:
- Daging haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau
- Telur haiwan seperti ayam, itik dan ikan
- Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju
- Bijirin seperti beras dan gandum
- Kekacang dan tumbuhan yang lain
- Ikan dan makanan laut lain
- Sayur-sayuran hijau
- Buah-buahan segar
- Suplemen yang dijual di farmasi
#2. Vitamin D
Vitamin D dipercayai mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan risiko obesiti, menurut kajian terbitan jurnal popular Annals of Agricultural and Environmental Medicine.
Ini kerana mereka percaya bahawa individu yang kurang ambil vitamin ini cenderung untuk mengalami obesiti di mana ia adalah masalah yang anda sudah pasti tidak inginkan.
Pun begitu, ia masih boleh dijadikan sebagai antara jenis vitamin untuk menaikkan berat badan dengan kuantiti yang ideal ekoran ia mampu mengawal gula dan insulin.
Berikut adalah beberapa contoh sumber vitamin D yang anda boleh temui di dalam diet seharian:
- Produk tenusu yang diperkaya dengan vitamin D
- Organ hati haiwan seperti lembu dan kambing
- Kuning telur haiwan seperti ayam dan itik
- Ikan tinggi lemak seperti salmon dan kembung
- Pati minyak ikan
- Suplemen yang dijual di farmasi
Vitamin untuk menaikkan berat badan #3. Zat besi
Selain vitamin, anda juga memerlukan mineral untuk meningkatkan berat badan seperti zat besi yang penting dalam proses metabolisme, pertumbuhan dan perkembangan.
Fungsi utama zat besi ini adalah dengan memastikan kadar oksigen cukup di dalam sel darah merah sekali gus dapat menyerap zat-zat menjadi sumber tenaga tubuh badan.
Dalam erti kata lebih mudah, tubuh badan anda mungkin tidak dapat mengumpul dan menghantar oksigen ke seluruh jaringan otot badan tanpa cukup pengambilan zat ini.
Berikut adalah beberapa contoh sumber zat ini yang anda boleh temui di dalam diet seharian:
- Produk makanan yang diperkaya dengan zat besi
- Daging merah seperti lembu, kambing dan kerbau
- Organ hati haiwan seperti ayam
- Buah-buahan kering seperti kismis
- Kekacang dan tumbuhan yang lain
- Suplemen yang dijual di farmasi
#4. Zat magnesium
Akhir sekali, zat magnesium juga mungkin boleh bantu meningkatkan berat badan kerana ia dapat memanfaatkan lebih daripada 300 jenis enzim di dalam tubuh badan.
Enzim-enzim ini mampu untuk bertindak dengan cara mengawal gula serta protein dalam darah sekali gus menghasilkan reaksi kimia sebagai sumber tenaga individu.
Apa yang lebih menarik adalah ia mungkin boleh berfungsi sebagai antara mineral dan vitamin untuk menaikkan berat badan jika diambil pada kadar cukup dan ideal.
Berikut adalah beberapa contoh sumber zat ini yang anda boleh temui di dalam diet seharian:
- Produk makanan yang diperkaya dengan zat magnesium
- Kekacang dan tumbuhan yang lain
- Bijirin seperti beras dan gandum
- Sayur-sayuran hijau seperti bayam
- Suplemen yang dijual di farmasi