backup og meta

Nak Kurus Tak Perlu Berlapar! Boleh Makan 5 Kali Sehari Jika Ikut Diet 'Eat Clean'

Nak Kurus Tak Perlu Berlapar! Boleh Makan 5 Kali Sehari Jika Ikut Diet 'Eat Clean'

Terdapat pelbagai cara dan tips diet yang betul yang dikongsi terutamanya di internet hingga kadangkala kita pun tak tahu hendak ikut yang mana. Antara tips diet yang masih ‘in’ sehingga kini adalah eat clean.

Salah satu penyebab ramai individu ingin mengamalkan diet jenis ini sudah tentulah kerana ingin memiliki bentuk badan idaman.

Tambahan pula dengan pengaruh influencer di media sosial yang menambahkan lagi keinginan untuk kelihatan menarik membuak-buak.

Jadi, kehadiran diet terbaru, clean eating atau secara ringkasnya pengambilan makanan berkhasiat adalah tepat untuk individu yang ingin tampil langsing di samping menjaga kesihatan melalui pemilihan makanan yang betul.

Ingin tahu lebih lanjut tentang tips diet yang betul dan menu diet eat clean, baca lebih lanjut dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan pemakanan sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu tips diet yang betul secara eat clean?

Trend clean eating atau eat clean ini mengetengahkan tips diet yang betul secara ‘bersih’ yang terdiri daripada makanan yang tidak diproses tanpa bahan tambahan serta pengawet.

Selain itu, menu diet eat clean tidak patut mengandungi sebarang pewarna dan perasa tiruan.

Kategori menu diet ini agak besar dan tidak terlalu spesifik. Anda boleh makan apa sahaja asalkan ia asli, organik dan tidak diproses.

Pengamal menu diet eat clean kebiasaannya akan makan sebanyak lime ke enam kali sehari untuk elak kelaparan dan mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah.

tips diet yang betul

Biasanya mereka yang mengikuti diet ini akan patuh dengan makanan berunsurkan buah-buahan, tenusu tanpa lemak, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein tanpa lemak.

Selain itu, mereka selalunya akan menolak keras junk food kecuali ketika hari cheat day mereka.

Pengamal menu diet ini akan mengelak makanan yang mengandungi lemak tidak baik seperti lemak tepu, air berkarbonat, minuman berkalori tinggi dan lain-lain.

Bunyi macam menarik kan? Tapi tunggu! Fahami dahulu konsep clean eating ini secara mendalam, sebelum anda memutuskan untuk mengamalkan diet ini.

Fakta tips diet yang betul: eat clean yang harus anda ketahui

Berdasarkan kajian ahli diet berdaftar, Sally Kuzemchak mengenai clean eating, berikut adalah hasil dapatannya:

#1 Hampir semua makanan diperbuat daripada bahan kimia

Eat clean sering mengetengahkan makanan organik dan tidak diproses.

Namun, tahukan anda bahawa air juga terdiri daripada bahan kimia? Jika anda benar-benar ingin elak makanan yang mengandungi racun perosak sintetik dan racun rumpai, pilihlah makanan organik yang diperakui.

#2 Clean eating tidak semestinya bermoral tinggi!

Isu ini agak kontroversi kerana diet eat clean sering menekankan bahawa anda harus makan dalam cara yang spesifik (makanan organik yang mahal dan jenama tertentu) barulah anda dapat dikategorikan sebagai pengamal diet eat clean.

Ia tidak sepatutnya ditentukan begitu kerana makanan tidak patut disamakan dengan moral. Ini kerana makanan tidak menentukan kebaikan dan keburukan seseorang.

#3 Definisi clean eating itu luas

Tips diet yang betul ini tidak hanya bergantung kepada makanan rendah lemah ataupun organik. Ia mungkin membawa maksud yang berbeza-beza terhadap setiap individu.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, lihat contoh yang kami berikan ini.

Ali memandang eat clean sebagai diet bebas gluten dan tenusu. Namun, Jenny menganggap clean eating ini sebagai diet vegan yang organik dan berkualiti tinggi.

tips diet yang betul

#4 Diet eat clean tidak semestinya sihat

Istilah makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi seringkali digunakan oleh para pemasar untuk ‘menjual’ produk mereka dengan memberikan gambaran makanan yang menyihatkan.

Sebelum anda membeli sebarang produk bernutrisi di pasaran, lakukan research terlebih dahulu terutamanya terhadap bahan-bahan yang digunakan.

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi yang diuar-uarkan tanpa pemeriksaan yang mendalam agar anda tidak terjerumus dengan pembaziran.

#5 Bahan-bahan yang sukar disebut tidak semestinya tidak bagus

Apabila anda mencari makanan-makanan yang berkhasiat, anda mungkin keliru dengan istilah-istilah bahan yang digunakan.

Anda mungkin menggangap makanan sihat itu sinonim dengan bahan-bahan ringkas yang anda familiar.

Jangan takut, kerana sesetengah produk makanan hanya menggunakan nama saintifik bagi sesetengah bahan- contohnya, asid asetik (cuka) atau natrium bikarbonat (soda penaik).

Kesimpulan

Diet eat clean ini sememangnya bagus tambahan lagi jika anda sedang berdiet. Pastikan anda mengamalkan tips diet yang betul clean eating  yang betul berdasarkan fakta-fakta yang telah dikongsikan.

Mengamalkan diet makan yang sihat sepert eat clean ini sangat bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk sertakan sekali aktiviti-aktiviti senaman dan riadah agar berat badan yang anda idamkan dapat dikecapi.

Apabila kita kelihatan cantik, semestinya kita akan berasa lebih baik dan confident terhadap diri kita. Lakukan apa yang anda rasa terbaik buat diri sendiri.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

The Clean Eating Diet. https://www.healthywomen.org/content/article/clean-eating-diet. Accessed on April 15, 2021.

Healthy diets. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/basics/healthy-diets/hlv-20049477. Accessed on April 15, 2021.

How to Eat Healthy on Campus: 4 Tips for College Students. https://www.apu.edu/articles/how-to-eat-healthy-on-campus-4-tips-for-college-students/. Accessed on April 15, 2021.

ORTHOREXIA. https://www.nationaleatingdisorders.org/learn/by-eating-disorder/other/orthorexia. Accessed on April 15, 2021.

Healthy Eating Plate. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-eating-plate/. Accessed on April 15, 2021.

Versi Terbaru

26/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pemakanan Sihat, Bantu Atasi Tekanan

Tip Menjaga Makanan Diet Sihat Untuk Otak & Mental, Barulah Mood Sentiasa Baik & Elak Tekanan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 26/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan