backup og meta

Pesakit Tiroid Tak Boleh Makan Kacang Soya? Ini 4 Jenis Makanan Kena Elak!

Pesakit Tiroid Tak Boleh Makan Kacang Soya? Ini 4 Jenis Makanan Kena Elak!

Pernahkah anda dengar mengenai penyakit tiroid atau hipertiroidisme? Kondisi ini membuatkan tiroid menghasilkan lebih banyak hormon daripada apa yang diperlukan lantas sukar untuk diuruskan. Oleh sebab itu, ada pantang terutamanya dari segi pemakanan untuk pesakit tiroid!

Ini kerana pemakanan untuk pesakit tiroid atau hipertiroidisme boleh memberikan kesan terhadap rawatan yang diterima.

Sebelum kita bincang lebih lanjut mengenai apa yang bagus atau tidak sebagai makanan untuk pesakit hipertiroid, mari kenali penyakit ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Apakah maksud hipertiroidisme dan hipotiroidisme?

hipertiroidisme vs hipotiroidisme
Perbezaan hipertiroidisme dengan hipotiroidisme.

Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon. Antara hormon yang dihasilkan kelenjar ini ialah hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine (T4).

Hipertiroidisme dan hipotiroidisme adalah penyakit yang mempengaruhi jumlah hormon yang dirembeskan oleh badan – bezanya cumalah banyak atau sedikit.

Kedua-dua penyakit tiroid ini boleh menjadi serius jika pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Malah, ia boleh memberi kesan negatif terhadap badan jika tidak diperiksa oleh pakar.

Ada banyak jenis rawatan tiroid tanpa pembedahan yang pesakit penyakit ini boleh cuba.

Doktor boleh memberikan ubat antitiroid dan iodin radioaktif untuk memperlahankan penghasilan hormon ini.

Ada juga pesakit yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar tiroid.

Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang sangat jarang berlaku. Hanya 1% sahaja dicatatkan mempunyai kondisi ini di Amerika Syarikat. 

Semua individu berisiko menghidap hipertiroidisme, namun wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi. 

Ramai individu akan memikirkan apa jenis suplemen yang sesuai untuk pesakit tiroid, namun anda mungkin perlu memberikan lebih perhatian kepada pantang larang makanan untuk pesakit tiroid.

Ini pantang larang makanan untuk pesakit tiroid!

Sebenarnya, ada pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid.

Walaupun makanan ini berada dalam kategori sihat dan selamat, ada beberapa bahan yang terkandung di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah tiroid pesakit menjadi semakin teruk.

Tetapi, pesakit tiroid masih boleh makan makanan di bawah, namun ia perlulah diambil secara bersederhana.

1. Makanan yang mengandungi soya

pemakanan untuk pesakit tiroid
Pesakit tiroid perlu elakkan kacang soya.

Soya merupakan ‘musuh ketat’ di dalam diet atau menu pemakanan untuk pesakit tiroid. 

Di dalam soya termasuklah makanan seperti:

  • tempe
  • edamame
  • tofu
  • miso

terdapat satu bahan yang dikenali sebagai isoflavones.

Pakar berpendapat isoflavones boleh meningkatkan risiko hipertiroidisme. Ini sekali gus menjadi ia sebagai salah satu makanan untuk pesakit hipertiroid perlu elakkan.

Walau bagaimanapun, satu kajian yang dimuatkan di dalam Scientific Reports pada tahun 2009 menyatakan sebaliknya. Malah, mereka tidak menemui sebarang kaitan antara soya dan juga tahap hormon dalam badan.

Namun, ada kajian lain yang menunjukkan soya mungkin dapat mengurangkan keberkesanan ubat tiroid.

Oleh sebab itu, anda perlulah merujuk doktor masing-masing sebelum mengambil makanan yang mengandungi soya.

Pemakanan untuk pesakit tiroid perlu cegah 2. Sayuran seperti brokoli dan kubis

Tidak dinafikan, brokoli dan kubis amat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai nutrisi. Bukan itu sahaja, sayuran ini juga kaya dengan serat. Malah, pengambilannya amat digalakkan oleh pakar.

Namun, berbeza pula dengan pesakit tiroid. Sayuran ini mungkin akan mengganggu penghasilan hormon tiroid lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai kekurangan iodin.

Tetapi, menurut Mayo Clinic, impak ini mungkin tidak seberapa jika anda kurang makan sayur. Malah, untuk mempengaruhi penyerapan iodin badan, seseorang itu perlu makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak.

Jika anda didiagnosis dengan hipotiroidisme dan kekurangan iodin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuatkan sayuran ini kurang berbahaya.

Sebagai contoh, anda boleh memasak sayur-sayuran ini terlebih dahulu dan mengehadkan pengambilannya sebanyak 5 auns sehari supaya ia tidak akan menjejaskan fungsi tiroid.

3. Pesakit tiroid perlu elakkan gluten dalam roti

pemakanan untuk pesakit tiroid
Pesakit tiroid harus buat pemeriksaan dengan kerap.

Individu yang menghidap hipotirodisme mungkin perlu mengurangkan pengambilan gluten, sejenis protein yang dijumpai dalam makanan diproses seperti gandum, barli dan bijirin lain.

Selain itu, jika anda mempunyai penyakit seliak, gluten juga didapati dapat membuatkan usus kecil mengalami keradangan. Kondisi ini akan mengehadkan keberkesanan ubat tiroid.

Menurut sebuah artikel yang dimuatkan dalam jurnal Endocrine Connections¸ hipotiroidisme dan penyakit seliak selalunya berlaku sekali. 

Walau bagaimanapun, belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong diet bebas gluten dapat merawat masalah tiroid.

Namun, dapatan kajian pada tahun 2019 dalam jurnal Experimental and Clinical Endocrinology & Diabetes pula menunjukkan sebaliknya.

Malah, mengurangkan pengambilan gluten mungkin bermanfaat untuk wanita yang mempunyai penyakit tiroid.

4. Pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elak: Makanan berlemak dan bergula

pemakanan untuk pesakit tiroid
Gula dan lemak berbahaya untuk pesakit tiroid.

Makanan berlemak sudah lama terbukti dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. Dalam masa yang sama, kelenjar tiroid juga akan dihalang daripada menghasilkan sebarang hormon.

Fakta

Lemak adalah antara pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elakkan, terutamanya mentega, marjerin, dan lemak pada daging haiwan.

Dengan pengawalan dalam pengambilan makanan-makanan di atas, maka jangka hayat pesakit tiroid sudah tentu akan menjadi lebih panjang sekali gus membuat anda lebih sihat!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hyperthyroidism (overactive thyroid). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hyperthyroidism/symptoms-causes/syc-20373659. Accessed on Jan 24, 2022.
  2. Hyperthyroidism. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14129-hyperthyroidism. Accessed on Jan 24, 2022.
  3. Hypothyroidism (Underactive Thyroid). https://www.niddk.nih.gov/health-information/endocrine-diseases/hypothyroidism. Accessed on Jan 24, 2022.
  4. Hypothyroidism. https://www.thyroid.org/hypothyroidism/. Accessed on Jan 24, 2022.
  5. Thyroid and diet factsheet. https://www.btf-thyroid.org/thyroid-and-diet-factsheet. Accessed on Sept 15, 2022.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

11 Makanan Ini Penting Untuk Organ Hati Yang Sihat, Tapi Ada 3 Jenis Perlu Elak!

Mahukan Otak Cerdas & Memori Kuat? Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan