Bagaimanakah pengambilan gula semasa sahur dan berbuka puasa?
Ketika berpuasa, ada dua waktu makan dalam satu hari, iaitu ketika sahur dan berbuka puasa. Pengambilan gula ketika puasa lebih baik diberi tumpuan dan diperbanyak pada saat berbuka puasa. Sebab selama sekurang-kurangnya 12 jam, badan anda tidak mendapatkan makanan atau minuman sehingga tak mendapatkan tenaga.
Jadi masa berbuka puasa, tenaga yang hilang tersebut boleh digantikan dengan cepat oleh gula. Oleh kerana itu tidak hairanlah jika hampir semua hidangan dan makanan berbuka puasa cenderung mempunyai rasa yang manis serta mengandungi gula yang cukup tinggi. Sementara itu, elakkan mengambil gula terlalu banyak pada saat sahur, kerana apa yang anda perlukan adalah makanan yang boleh membantu anda mencegah rasa lapar. Karbohidrat kompleks adalah makanan yang tepat untuk dimakan semasa sahur.
Kemudian, bagaimana mengawalnya? Jika anda dianjurkan untuk mengambil 6 sudu teh gula dalam satu hari, maka sebaiknya gunakan 1-2 sudu teh gula di waktu sahur dan bakinya boleh anda tambah pada menu berbuka anda.
Tak hanya itu, anda juga harus berhati-hati dan memberi perhatian terhadap semua makanan berbuka puasa anda. Jangan sampai anda lalai dan ‘balas dendam’ sehingga mengambil gula berlebihan. Sudah tentu ia akan memburukkan bagi kesihatan dan boleh meningkatkan kadar gula darah anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen