Makanan merupakan antara aspek yang terpenting sekali dalam kehidupan manusia. Apabila berbicara tentang makanan diet seimbang, ia haruslah mengandungi nutrien yang lengkap supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan normal.
Akan tetapi, benarkah kebaikan makan secara seimbang dapat menurunkan berat badan? Apakah manfaat diet seimbang untuk tubuh badan kita?
Berikut ialah beberapa kepentingan makanan diet seimbang dan manfaatnya yang anda harus ketahui.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Memahami kepentingan makanan diet seimbang
Mungkin ramai individu sudah tahu tentang kepentingan makanan diet seimbang namun masih keliru dengan definisi diet seimbang yang sebenarnya.
Untuk makluman anda, makanan diet seimbang adalah diet yang mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan yang akan dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien diperlukan badan.1
Ini bertujuan agar tubuh badan seseorang manusia mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa makan secara sihat boleh mengurangkan risiko penyakit seperti:1
- Penyakit jantung
- Strok
- Diabetes jenis 2
- Penyakit kanser
Kesan pengambilan makanan tidak sihat
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti:
- Tekanan darah
- Kolesterol
- Berat badan
Apa kebaikan makan secara seimbang untuk tubuh badan?
Terdapat beberapa faedah atau kepentingan makanan diet seimbang untuk tubuh manusia.
Bagi memudahkan anda memahaminya dengan baik, kami senaraikan lima manfaat utama amalan makan secara seimbang seperti yang berikut:2
#1. Pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
Pengambilan diet yang tidak seimbang sebenarnya akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental manakala amalan pemakanan yang sihat membolehkan setiap individu menjadi lebih aktif.
Kajian telah menunjukkan bahawa dua pertiga individu yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental.2
#2. Makanan diet seimbang boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang ideal
Diet yang seimbang sememangnya boleh mempengaruhi berat badan anda.
Misalnya, pengambilan diet berkhasiat yang dipenuhi dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, tenusu dan protein akan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.3
#3. Meningkatkan mood, antara kepentingan makanan diet seimbang
Ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan juga boleh mempengaruhi mood atau emosi seseorang individu.
Mereka menyangka bahawa pengambilan makanan dan minuman yang manis dapat meningkatkan emosi mereka apabila sedang mengalami stres.
Namun, sebenarnya pengambilan gula dan makanan yang diproses boleh menyebabkan simptom kebimbangan dan kemurungan.4
#4. Makanan diet seimbang dapat menyokong sistem pertahanan tubuh badan
Kajian telah menunjukkan bahawa contoh makanan diet seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan nutrien seperti beta-karotena, vitamin C, dan vitamin E yang boleh meningkatkan fungsi imun.5
Pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berasaskan tumbuhan lain yang kaya dengan antioksidan, dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh badan anda.
Kepentingan pengambilan makanan diet seimbang #5. Melambatkan kesan penuaan
Untuk makluman anda, makanan seperti tomato, buah beri, avokado, kacang dan ikan semuanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu yang baik dan bagus untuk kulit anda.2
Misalnya, tomato mengandungi vitamin C, yang membantu membina kolagen, seterusnya menjadikan kulit anda kelihatan lebih anjal, sihat dan melambatkan penuaan pramatang.
Manakala, buah beri juga penuh dengan antioksidan dan vitamin yang menggalakkan pertumbuhan semula sel baru untuk kulit.
Tip pengambilan makanan diet seimbang
Anda boleh menggunakan panduan berikut untuk memastikan anda mengambil diet yang seimbang dalam kehidupan seharian.6
#1. Tambah protein dalam diet
Daging ayam dan lembu mengandungi banyak protein. Ikan, telur, kacang dan tofu yang dihasilkan daripada soya juga merupakan sumber protein yang baik.6
Daging yang diproses seperti sosej dan burger pula tidak seharusnya ada dalam diet anda kerana makanan-makanan segera seperti ini kaya dengan sodium dan lemak.
Antara cara memasak yang baik untuk menjaga kandungan protein adalah memanggang, merebus atau mengukus.
#2. Banyakkan mengambil sayur-sayuran
Selain mengandungi kalori yang rendah, makanan seimbang ini kaya dengan kandungan serat , vitamin dan mineral yang tinggi.6
Pengambilan sayur-sayuran juga akan merangsang deria rasa anda selain melengkapkan nutrien yang diperlukan dalam badan.
Cara memasak sayur-sayuran secara sihat termasuklah menumis, memanggang atau mengukus. Anda juga boleh menghidangkan sayur-sayuran ini bersama dengan sajian utama anda.
#3. Ambil buah-buahan
Untuk makluman anda, buah-buahan mengandungi kalori yang rendah serta kaya dengan serat dan vitamin.7
Namun, anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan yang segar berbanding dengan buah-buahan diproses (seperti jeruk atau buah dalam sirap) yang mengandungi gula atau garam tambahan yang tinggi.
#4. Seimbangkan pengambilan lemak
Bukan semua lemak adalah tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah lemak adalah sihat untuk badan anda sekiranya jumlah pengambilannya betul dan berpatutan.8
Lebihkan pengambilan lemak politidak tepu yang boleh didapati dari sumber seperti ikan siakap, cencaru, kembung, minyak bunga matahari, kekacang dan biji-bijian.
#5. Bijirin, sebagai contoh makanan diet seimbang
Seperti yang kita semua tahu, bijirin merupakan sumber utama karbohidrat. Adalah digalakkan supaya lebihkan pengambilan bijirin penuh kerana ia mengandungi serat, vitamin B dan mineral yang diperlukan oleh badan.
Antara contoh makanan diet seimbang yang tergolong dalam kategori bijirin penuh termasuklah roti gandum penuh, nasi perang serta jagung.
#6. Ambil produk tenusu
Antara contoh produk tenusu adalah susu, keju ataupun minuman susu kultur.
Produk tenusu adalah penting kerana jenis makanan ini mengandungi kalsium, protein dan vitamin yang penting untuk badan.
Susu kaya nutrien juga boleh membantu
Untuk pengetahuan anda, susu yang diperkaya dengan kalsium tinggi merupakan salah satu contoh makanan diet seimbang dan sumber kalsium yang penting untuk membina diet yang seimbang.
Kalsium juga memainkan peranan penting dalam proses regulasi metabolisme tenaga di samping akan membantu mengawal berat badan individu agar tubuh badan dapat kekal cergas dan sihat.
Anda boleh menambah lebih banyak sumber kalsium daripada produk tenusu seperti susu yang diperkaya dengan nutrien ke dalam diet harian.
Kini, sudah ada banyak pilihan susu berkhasiat yang dijual di pasaran. Antara produk yang menjadi pilihan adalah Anlene!
Pengambilan susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti Anlene Total 10 boleh memberi manfaat tambahan kepada tubuh anda kerana ia mengandungi kalsium, kolagen, protein, zat besi dan zink, inulin, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active; iaitu nutrien penting yang diperlukan untuk orang dewasa.
Malah, susu ini bukan sahaja sesuai untuk diambil oleh warga emas, tetapi generasi muda juga boleh mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1
Kesimpulannya, panduan makanan diet seimbang di atas serta pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium ini sudah tentu dapat membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk anda bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.
Malah, amalan makan secara seimbang atau makan secara sihat juga boleh mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis penyakit kanser yang lain.
Jadi, jangan lupa untuk memasukkan Anlene Total 10 dalam diet harian anda atau orang tersayang di samping mengamalkan gaya hidup aktif setiap hari.
[embed-health-tool-bmr]