backup og meta

Diet Rendah Sisa

Diet Rendah Sisa

Apabila anda disahkan menghidap penyakit radang usus (IBD) – seperti penyakit Crohn, ulseratif kolitis, atau diverticulitis – anda doktor mungkin mencadangkan diet rendah sisa. Apakah itu diet rendah sisa? Idea asasnya adalah dengan mengambil makanan yang mudah dicerna dan mengurangkan makanan yang sebaliknya.

Apa itu diet rendah sisa?

Diet ini mengehadkan makanan yang tinggi serat, seperti roti gandum dan bijirin, kacang, biji benih, buah-buahan mentah atau kering, dan sayur-sayuran. “Sisa” merujuk kepada makanan yang tidak dapat dihadam, termasuk serat, yang membentuk najis. Matlamat diet ini adalah untuk mengurangkan pergerakan setiap hari, lantas mengurangkan simptom seperti cirit-birit, kembung, gas, dan kekejangan perut.

Doktor anda mungkin mengesyorkan diet ini untuk masa yang singkat apabila anda menghadapi keradangan, atau selepas pembedahan untuk membantu pemulihan. Tetapi ia bukan satu perancangan pemakanan umum untuk semua orang dengan IBD. Crohn boleh menyukarkan badan anda menyerap nutrien daripada makanan. Tanya doktor anda untuk mencadangkan pakar pemakanan yang boleh memastikan diet anda sesuai, dan memaklumkan anda jika anda memerlukan vitamin tambahan.

Apa yang perlu anda makan?

Bijirin:

  • ditapis atau diperkaya seperti roti putih dan biskut biasa
  • bijirin yang dimasak
  • bijirin sejuk
  • nasi putih, mi dan pasta halus

Buah-buahan dan sayur-sayuran: kulit dan biji buah-buahan dan sayur-sayuran sarat dengan serat, jadi anda perlu mengupas kulitnya dan dan mengelakkan biji.

  • Sayur-sayuran segar atau dalam tin yang dimasak tanpa biji, seperti hujung asparagus, kacang hijau, lobak merah, cendawan, bayam, dan labu
  • Kentang dimasak tanpa kulit
  • Sos Tomato (tanpa biji)
  • Pisang yang masak
  • Tembikai wangi (cantaloupe)
  • Tembikai susu
  • Buah dalam tin atau dimasak tanpa biji atau kulit
  • Avokado

Susu dan produk tenusu: produk susu boleh diambil secara sederhana. Susu tidak mempunyai serat, tetapi boleh mencetuskan simptom seperti cirit-birit dan kekejangan jika anda mempunyai intoleransi laktosa, yang bermaksud tubuh anda tidak boleh memproses tenusu. Anda boleh menggunakan suplemen laktase atau makan produk bebas laktosa.

Daging: Produk haiwan tidak mempunyai serat. Anda boleh makan daging lembu, kambing, ayam, ikan (tiada tulang), selagi tanpa lemak, dan lembut. Telur juga boleh diambil.

Lemak, Sos dan Perasa

  • Marjerin, mentega, dan minyak
  • Mayonis dan sos tomato
  • Dressing salad
  • Kicap
  • Jeli jernih, madu, dansirap

Gula-gula dan Snek: pencuci mulut dan snek ini boleh dimakan secara sederhana:

  • kek biasa dan biskut
  • gelatin, puding biasa, kastard
  • aiskrim dan ais pop
  • gula-gula keras
  • Pretzels
  • wafer Vanilla

Minuman: minuman yang selamat termasuklah:

  • kopi tanpa kafein (kafein boleh menyebabkan sakit perut), teh dan minuman berkarbonat
  • Susu
  • Jus dibuat tanpa biji atau pulpa, seperti jus epal , jus oren tanpa pulpa, dan kranberi
  • Jus sayur-sayuran yang ditapis

Apakah yang tidak boleh anda makan?

  • Benih, kacang, atau kelapa, termasuk yang ditemui di dalam roti, bijirin, pencuci mulut, dan gula-gula,
  • produk gandum  termasuk roti, bijirin, biskut, pasta, nasi, dan kasha
  • mentah atau buah-buahan kering seperti prun, buah beri, kismis, buah tin , dan nanas
  • Kebanyakan sayur-sayuran mentah
  • tertentu sayur-sayuran yang dimasak, termasuk kacang, brokoli, skuasy musim sejuk, tauge, kubis, jagung (dan cornbread), bawang, kubis bunga, kentang dengan kulit, dan kacang panggang
  • kacang, kacang dal, atau tauhu
  • daging dengan tulang rawan, daging salai
  • keju dengan benih, kacang, atau buah-buahan
  • mentega kacang rangup, jem
  • jeruk, buah zaitun
  • Bertih jagung
  • jus buah dengan pulpa atau biji, jus prun

Bagaimana untuk bermula?

Setiap orang berbeza. Anda mungkin tidak terkesan dengan makanan yang patut dielakkan dan terjejas dengan makanan dalam senarai yang patut diambil.

Simpan jurnal makanan untuk beberapa minggu. Kenal pasti apa yang anda makan dan kesannya supaya anda tahu apa yang sesuai untuk anda.  Jika anda menyukai bijirin penuh, kacang dan buah-buahan mentah dan sayur-sayuran, beralih kepada diet rendah sisa mungkin sukar. Tetapi jika anda lebih suka roti putih dan pasta, tidak keberatan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam tin, perubahan ini mungkin mudah bagi anda.

Ingat, diet ini bukan cara pemakanan yang sihat untuk jangka masa panjang kerana banyak nutrien penting yang perlu dielakkan. Jika anda perlu meneruskan diet ini untuk jangka masa panjang, bincang dengan doktor dan pakar diet berdaftar untuk memastikan anda mendapat semua nutrien diperlukan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Should You Try a Low-Residue Diet? http://www.webmd.com/ibd-crohns-disease/low-residue-diet-foods#1-2. Accessed 26 Mar 2017

LOW FIBER/LOW RESIDUE DIET. https://www.gicare.com/diets/low-fiberlow-residue-diet/. Accessed 26 Mar 2017

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tip Turunkan Berat Badan Dengan Diet Air Kosong! Rahsianya, Perlu Guna Air Bertapis

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan