Selain elak makanan tinggi gula seperti kek, biskut serta pelbagai jenis minuman manis untuk menurunkan berat, melebihkan pengambilan serat daripada buah-buahan juga dapat membantu. Jom ketahui jenis buah untuk diet cepat kurus!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Cara buah membantu menurunkan berat
Tidak dinafikan bahawa buah-buahan adalah penting untuk kehidupan yang sihat. Namun bagaimana buah dapat membantu mengurangkan berat jika ia mempunyai kandungan gula yang tinggi?
Berikut cara buah-buahan membantu dalam penurunan berat badan:
Serat
Buah-buahan tinggi serat – sejenis karbohidrat yang tidak boleh dihadam tubuh – membantu anda berasa kenyang lebih lama.
Kandungan air dalam buah untuk diet cepat kurus
Pengambilan buah yang tinggi kandungan air ke dalam hidangan makanan dapat membantu mengurangkan berat dengan menggalakkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan.
Indeks glisemik
Indeks Glisemik (GI) adalah nilai yang menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah.
Semakin rendah GI makanan tertentu, semakin kurang ia mempengaruhi paras glukosa darah. Pelepasan gula yang perlahan dan stabil menggalakkan penurunan berat badan.
Manis semula jadi
Kemanisan semula jadi daripada buah ini, tidak sama dengan pengambilan makanan manis yang lain.
Ia membantu anda mengambil kurang makanan berkalori, dan sekali gus menggalakkan pengurangan berat badan.
Kiraan kalori penting untuk menurunkan berat
Buah merupakan antara makanan rendah kalori dan menjadikan ia pilihan yang terbaik buat mereka yang sedang mencuba untuk ‘membuang’ lebihan lemak badan.
14 buah untuk diet cepat kurus
Di bawah, disenaraikan buah-buahan yang membantu dalam penurunan berat badan:
#1. Rhubarb
Rhubarb sebenarnya adalah sayuran. Tetapi di Eropah dan Amerika Utara, ia sering disediakan seperti buah.
Serat rhubarb boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, yang merupakan isu biasa bagi mereka yang bergelut dengan masalah berat badan.
#2. Limau gedang
Tinggi serat, rendah kalori dan kaya dengan vitamin A dan C, limau gedang adalah tambahan yang sangat baik untuk pelan penurunan berat.
Makan ½ limau gedang sebelum setiap sesi hidangan membantu dalam pengurangan berat badan dan lemak.
#3. Diet buah 3 hari dengan buah tembikai
Tembikai adalah salah satu buah terbaik untuk penurunan lemak dan berat badan. Terima kasih kepada kandungan air tinggi, vitamin C, serat dan rasa yang enak!
Buah murah untuk diet #4. Epal
Epal kaya dengan antioksidan, serat, vitamin, air dan pelbagai nutrien. Secara tidak langsung menyumbang kepada rasa kenyang, mengurangkan pengambilan kalori dan sesuai untuk mereka yang ingin kurus.
Buah untuk diet cepat kurus #5. Betik
Betik kaya dengan serat dan air membantu meningkatkan rasa kenyang. Ia juga bagus dalam mengurangkan kembung perut dan melancarkan pergerakan usus.
#6. Nanas
Buah ini rendah kalori dan kaya dengan serat, nutrien dan vitamin C, yang boleh membantu anda membakar lemak perut.
#7. Mangga, antara buah untuk diet cepat kurus
Mangga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah dan membantu kitaran gula darah – kedua-duanya penting dalam proses metabolisme.
#8. Delima
Delima kaya dengan nutrien antiobesiti seperti antosianin, tanin, polifenol dan flavonoid serta conjugated linolenic acid – semuanya membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisme.
#9. Stone fruit, buah untuk diet cepat kurus
Plum, aprikot, pic, nektarin dan ceri tergolong dalam kumpulan ini – biasanya rendah kalori dan tinggi kandungan air.
Dikatakan sebatian aktif yang terdapat dalam buah ini berpotensi melawan obesiti, mengurangkan keradangan dan risiko diabetes.
#10. Buah beri
Beri – strawberi, beri biru dan raspberi – rendah kalori tetapi sangat kaya dengan:
- antioksidan
- serat makanan
- vitamin C
- kalium
Ia sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan badan.
#11. Pisang, bagus untuk menurunkan berat
Pisang kaya dengan serat dan tahan kanji (resistant starch) akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dengan jumlah kalori yang sedikit.
Ia juga tinggi dalam pelbagai nutrien, vitamin, antioksidan – menjadikannya ideal dalam pelan penurunan berat badan sihat.
#12. Oren
Elakkan jus oren dan makan sebiji buah oren keseluruhan untuk mendapatkan kelebihan serat dalam buah ini.
Oren kaya dengan vitamin C – menawarkan beberapa manfaat kesihatan, seperti meningkatkan sistem imun, membantu penghasilan kolagen dan penyerapan zat besi.
#13. Kiwi
Kiwi adalah sumber vitamin C dan E, folat, serat, rendah GI serta mempunyai pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu mengawal glukosa darah, memperbaiki tahap kolesterol dan menyokong kesihatan usus – penting untuk menguruskan badan.
#14. Jambu batu sesuai untuk dijadikan buah untuk diet cepat kurus
Jambu batu membantu mengekalkan paras gula darah dan bagus untuk pesakit kencing manis. Ia juga buah yang mengenyangkan untuk diet kerana tinggi dengan serat.
Selain kaya vitamin C, likopena dan antioksidan, buah ini juga membantu sistem penghadaman dan melancarkan pergerakan usus.
Namun, hanya dengan makan buah mungkin masih belum cukup untuk kurus!
[embed-health-tool-bmi]