Anda boleh memenuhi rasa lapar dan dahaga ketika berbuka puasa, tapi jangan lupa untuk memilih makanan yang sihat untuk dimakan. Jangan pening dalam menentukan menu berbuka puasa, kerana beberapa menu di bawah ini ternyata sihat dan baik untuk tubuh anda. Jadi, apakah menu berbuka puasa yang sihat?
Menu berbuka puasa yang sihat dan sedap
Biasanya, hidangan berbuka terdiri dari berbagai jenis makanan yang didominasi oleh rasa manis. Sememangnya berbuka puasa baik dimulakan dengan makanan atau minuman yang manis agar badan boleh terus mendapat tenaga baru dari pengambilan gula. Tapi, jangan sekadar memilih menu sahaja, kerana anda juga perlu memerhatikan kandungan nutrisi di dalamnya.
Berikut adalah beberapa pilihan menu berbuka sihat yang boleh anda ambil di waktu berbuka.
1. Smoothie buah
Kemanisan segelas smoothies boleh menghilangkan dahaga anda seketika. Ya, smoothie yang biasanya diperbuat daripada campuran yogurt atau susu dengan potongan buah segar ini semestinya sihat.
Jika anda ingin smoothie yang sihat, sebaiknya pilih susu atau yogurt yang mengandungi rendah lemak dan rendah gula. Rasa manisnya anda boleh dapatkan dari buah-buahan. Anda hanya perlu tambah sedikit gula sahaja atau bahkan tidak perlu. Jadi jangan bimbang rasanya tidak enak.
Minuman penuh serat ini boleh dicuba sebagai menu berbuka puasa. Tak perlu banyak-banyak, cukup satu cawan sahaja anda akan terasa kenyang dan rasa haus pun hilang. Satu gelas smoothie mempunyai sekitar 200-300 kalori, bergantung kepada buah dan jenis susu apa yang digunakan.
2. Kolak pisang tanpa santan
Berbuka tanpa kolak pastinya tidak sah. Bagi anda yang tak suka makanan bersantan atau takut mengambil kolak akibat kandungan santannya, jangan bimbang, anda masih boleh adjust kandungannya.
Santan campuran kolak tersebut ternyata boleh diganti dengan susu. Susu yang dipilih tentunya juga susu yang mengandungi rendah lemak atau skim milk. Maka, anda boleh berasa lega kerana tidak ada bayang-bayang kandungan lemak yang tinggi.
Lalu bagaimana dengan gulanya? Anda boleh menukar gula merah – yang pada dasarnya sama saja seperti gula putih – dengan pemanis buatan yang rendah kalori. Pemanis buatan akan membuat kolak anda tetap manis, tetapi selamat untuk kadar gula darah anda.
3. Popia buah basah
Makanan ini seperti popia basah pada umumnya namun isi popia tersebut diganti dengan buah-buahan. Popia basah ini boleh diisi dengan pelbagai jenis buah-buahan, seperti mangga, buah naga, kiwi, nanas, strawbery, atau buah-buahan lain.
Jika ingin praktikal dan tidak mahu memasak, anda boleh memilih jenis kulit popia yang boleh terus dimakan. Namun, boleh juga, anda memasaknya dengan cara dibakar, dan tidak perlu menggoreng. Kemudian, tambahkan sos lemon campur madu.
4. Puding buah
Ya, puding buah. Mungkin menu ini juga sudah jadi pilihan dalam menu berbuka puasa. Menu ini boleh jadi pilihan menu sihat jika anda menggunakan buah-buahan yang pelbagai serta sedikit gula. Selain itu, untuk mengurangkan lemak, anda juga boleh membuat fla atau ‘sos puding’ dari susu rendah lemak susu
5. Koktel buah
Menu berbuka puasa ini hampir selalu ada di waktu berbuka. Ya, koktel buah juga boleh berubah menjadi sihat. Anda boleh menggunakan satu jenis pemanis saja, contohnya bila sudah menggunakan sirap, tak perlu lagi menambah gula ke dalamnya. Atau jika anda ingin alternatif koktel buah yang sihat tapi segar, anda boleh menggunakan campuran air, perahan lemon, dan madu untuk dijadikan kuahnya.
Sedangkan isi kandungannya, pilihlah berbagai macam buah-buahan dengan bermacam-macam warna. Ia bukan hanya membuatkan koktel buah semakin menarik, tetapi anda akan semakin banyak mendapatkan zat nutrisi yang berbeza-beza dari koktel buah tersebut.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
- 5 Cara Mengatasi Masalah Sembelit Semasa Puasa Ramadan
- Tip Puasa Ramadan bagi Mualaf
- Tip Penjagaan Kulit Sewaktu Puasa
[embed-health-tool-bmi]