backup og meta

Buah-buahan yang Patut Dimakan pada Bulan Puasa

Buah-buahan yang Patut Dimakan pada Bulan Puasa

Masalah utama yang sering dihadapi semasa puasa adalah dehidrasi iaitu kekurangan cecair badan yang boleh menjejaskan kesihatan. Pengambilan buah-buahan selepas berbuka puasa bukan sahaja menyejukkan tubuh tetapi melancarkan pencernaan dan juga membekalkan vitamin bagi kesihatan tubuh.

Berikut adalah manfaat buag-buahan yang patut diambil semasa berbuka dan bersahur.

1. Kurma

Kurma adalah sumber serat yang sangat baik untuk diambil khususnya semasa berbuka puasa. Ia kaya dengan kandungan gula (glukosa dan fruktosa) yang bermanfaat untuk mengembalikan tenaga yang hilang daripada tubuh sepanjang berpuasa. Selain itu, kurma juga mengandungi antioksidan yang boleh melindungi tubuh dari radikal bebas dan terhindar daripada risiko kanser.

2. Tembikai

Tembikai bukan sahaja buah-buahan yang mengandungi banyak air, tetapi juga mineral yang boleh menghidrasi tubuh seperti magnesium, kalsium, sodium dan potasium. Ini membuatkan tembikai lebih efektif menghidrasi tubuh berbanding air. Tembikai juga mengandungi elektrolit sebanyak 92%  yang mampu membantu tubuh memperoleh kembali cecair dan elektrolit yang hilang.

3. Oren

Oren yang rasanya masam dan manis boleh memenuhi keperluan pengambilan harian vitamin C tubuh semasa berpuasa dan 87% kandungan oren juga adalah air. Oren yang menyegarkan mengandungi kandungan istimewa seperti asid folat, dan antioksidan bagi melawan penyakit. Selain dimakan secara langsung, buah ini juga sering diolah ke dalam bentuk jus yang menyegarkan.

4. Buah beri

Buah beri seperti strawberi sangat bermanfaat untuk dimakan selepas berbuka puasa bagi melancarkan pencernaan tubuh. Ia mengandungi  antioksidan yang tinggi, dan diperbuat daripada 92% air. Selain itu, raspberi dan bluberi juga bagus. Ini kerana semua buah-buahan beri ini kaya akan vitamin C yang boleh membersihkan arteri, mengawal gula dalam darah, dan memiliki rasa yang segar.

5. Pisang

Pisang mengandungi potasium yang tinggi yang bermanfaat untuk jantung. Anda boleh mengambilnya ketika bersahur kerana ia boleh membantu tubuh sentiasa segar. Selain itu, pisang juga baik diambil oleh pesakit diabetes, anemia, ulser, dan banyak lagi.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. A healthy Ramadan, https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/seasons/ramadan.html, Accessed May 21 2018.
  2. Intermittent Fasting: What is it, and how does it work?, Accessed May 21 2018. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/intermittent-fasting-what-is-it-and-how-does-it-work, Accessed May 21 2018.
  3. Best Foods To Break A Fast: Top 14 Foods That Make The Fast To Feast Transition Smooth, https://betterme.world/articles/best-foods-to-break-a-fast/, Accessed May 21 2018.
  4. Make healthy choices after breaking your fast and see the benefits, https://www.clevelandclinicabudhabi.ae/en/health-byte/pages/top-tips-for-ramadan-healthy-eating.aspx, Accessed May 21 2018.
  5. Tips for Healthy Ramadan Fasting, https://health.cornell.edu/about/news/ramadan-fasting, Accessed May 21 2018.

Versi Terbaru

07/06/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Tip Turunkan Berat Badan Dengan Diet Air Kosong! Rahsianya, Perlu Guna Air Bertapis

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan