backup og meta

Limau Nipis Ubat Kencing Manis, Fakta Atau Mitos Semata-Mata?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/12/2022

    Limau Nipis Ubat Kencing Manis, Fakta Atau Mitos Semata-Mata?

    Tular dakwaan keberkesanan khasiat limau kasturi untuk kencing manis. “Limau nipis ubat kencing manis?”, ya, kami juga tertanya-tanya seperti anda, adakah ia benar-benar berkesan seperti yang didakwa?

    Bolehkah ubat kencing manis guna limau nipis? Ikuti jawapannya di bawah. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkannya di sini.

    Kadar kencing manis atau diabetes di Malaysia

    Sebelum anda mengetahui mengenai fakta sebenar keberkesanan petua tersebut, eloklah terlebih dahulu untuk anda mengetahui beberapa fakta atau realiti sebenar penyakit kencing manis di Malaysia.

    Menurut Institut Diabetes Kebangsaan (NADI), Malaysia memilki kadar jumlah penghidap diabetes yang paling tinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas negara Arab Saudi.

    Kira-kira 2.5 juta individu dewasa di Malaysia yang berusia 18 tahun keatas dikesan menghidap penyakit ini.

    Manakala hampir separuh daripada keseluruhan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka sedang menghidap diabetes. 

    Benarkah limau nipis ubat kencing manis?

    limau nipis ubat kencing manis

    Menurut Dr. Suhazeli Abdullah, Pakar Perunding Perubatan Keluarga yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu, kencing manis atau diabetes bukanlah boleh disembuhkan semudah itu.

    Pakar-pakar perubatan dan saintis di seluruh dunia masih lagi mencari penawar atau ubat terbaik bagi merawat penyakit ini.

    Menurut beliau, khasiat limau kasturi untuk kencing manis mahupun petua limau nipis ubat kencing manis yang dikongsikan itu hanyalah satu mitos.

    Ini kerana ia bukan sahaja tidak berkesan malah tidak mempunyai bukti dari segi kajian saintifik, selain mempunyai kesan sampingan tertentu terhadap mereka yang mengamalkannya.

    Selain itu, dakwaan tersebut hanyalah bersifat testimoni sahaja tanpa sebarang kajian yang lebih terperinci dan mendalam mengenai keberkesanannya.

    Beliau juga mengingatkan, penjagaan kencing manis bukan hanya bergantung kepada sekali bacaan paras gula semata-mata.

    Dr. Suhazeli Abdullah berkata, pesakit yang cuba mengamalkan petua limau nipis ubat kencing manis ini akan mempunyai risiko untuk mengalami diabetic ketoacidosis (DKA) selain hiperglisemia.

    Keadaan ini menyebabkan penghidap kencing manis mempunyai tahap gula yang tinggi dalam tubuh badan.

    Pengalaman beliau sebagai seorang doktor perubatan menjelaskan, sepanjang 20 tahun beliau berkhidmat sehingga kini, tidak terdapat seorang pun pesakit kencing manis yang sembuh sepenuhnya.

    Mereka hanya mampu mengawal paras gula yang terkawal walaupun mengambil ubat-ubatan hospital.

    Bukan sahaja katanya limau nipis ubat kencing manis, tapi…

    limau nipis ubat kencing manis

    Selain daripada petua-petua merepek yang banyak dikongsikan di internet, pembaca juga dinasihatkan untuk tidak mempercayai segala ubat-ubatan atau suplemen yang didakwa boleh menyembuhkan diabetes.

    Ini kerana, kebanyakan ubat-ubatan yang dijual ini tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Adakah anda tahu, pengiklanan produk makanan atau minuman yang mendakwa boleh menyembuhkan atau merawat sebarang penyakit adalah tidak dibenarkan?

    Antara jenis penyakit kronik yang tidak dibenarkan untuk diiklan ialah penyakit kencing manis atau diabetes itu sendiri.

    Oleh itu, jika anda mendapati sebarang produk yang mendakwa keberkesanannya dalam merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, ia jelas sekali tidak mempunyai kelulusan dari KKM dan berpotensi memberi risiko kepada tubuh badan anda. 

    Baca juga:

    Ramai percaya mitos khasiat limau nipis ubat kencing manis

    Memandangkan kadar penghidap diabetes atau kencing manis di Malaysia adalah tinggi, maka tidak mustahil ramai daripada mereka yang gemar mencari solusi atau alternatif mudah melalui apa yang mereka baca daripada Google atau sebarang hantaran dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.

    Apatah lagi jika maklumat yang diperoleh itu adalah dari ahli keluarga, sanak saudara atau kenalan rapat mereka sendiri. Maka setiap butir kata itu dipercayai dengan sepenuhnya tanpa sebarang persoalan.

    Bermula disinilah ia berkembang daripada satu lapisan ke lapisan yang lain tanpa sebarang usul periksa terhadap kebenaran petua tersebut. 

    Jika di internet pula, ia semudah satu klik untuk mendapatkan segala petua atau maklumat yang salah.

    Bagi mereka yang terlalu malas untuk keluar rumah dan lebih gemar mencari jalan pantas dan mudah dalam merawat diri, Google pasti menjadi pilihan rujukan utama.

    Jika anda menaip perkataan ‘petua’ dalam ruang carian Google, anda akan jumpa segala macam sumber petua-petua sama ada daripada sumber YouTube, laman-laman web berunsur islamik, laman laman web akhbar dan laman web majalah. 

    Jika anda mendapati sesiapa sahaja daripada kalangan ahli keluarga anda yang cenderung mempercayai petua-petua sebegini, ambil peluang untuk menerangkan hal yang sebenar kepada mereka.

    Ajarkan kepada mereka agar menyelidik terlebih dahulu segala sebaran atau hantaran yang diperoleh tanpa mempercayainya secara membuta tuli. 

    Konklusi

    limau nipis ubat kencing manis

    Kepada semua pembaca, kami menyarankan kepada anda agar sentiasa mendapatkan nasihat rawatan daripada doktor untuk mengetahui punca dan rawatan terbaik bagi keadaan kesihatan yang anda sedang alami.

    Daripada anda mencari petua-petua yang kebanyakannya tidak berasas dan mengarut, lebih baik anda mencari sumber maklumat bagaimana untuk menjalani hidup yang sihat seperti pemilihan makanan dan senaman.

    Langkah pencegahan seperti ini adalah jauh lebih baik daripada sekadar mengubati.

    Ingatlah, petua limau nipis ubat kencing manis tidak dipastikan keberkesanannya, malahan penyakit diabetes tiada ubat atau penawar. Jadi, lebih baik untuk anda menjaga pemakanan anda bermula hari ini.

    Kurang pengambilan makanan bergula tinggi dan kekal aktif dengan melibatkan diri dengan aktiviti fizikal. Cara ini pasti lebih bermanfaat untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan