Apa itu Degupan Jantung Laju?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Degupan Jantung Laju?

Degupan jantung laju, palpitasi jantung, atau takikardia ialah perasaan bahawa jantung anda berdegup dengan laju atau melangkau degupan. Anda mungkin akan merasa seperti jantung berlumba, atau melompat dengan rima yang tidak normal. Keadaan ini kadangkala dapat dirasai pada leher, tekak atau dada.

Apakah kebarangkalian Degupan Jantung Laju?

Degupan jantung laju ialah keadaan kesihatan yang biasa berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Degupan Jantung Laju?

Simptom yang biasa berlaku sewaktu degupan jantung laju ialah:

  • Sesak nafas
  • Pening
  • Penat secara tiba-tiba
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Sakit dada

Sesetengah orang dengan takikardia tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya disedari melalui pemeriksaan kesihatan.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami simptom degupan jantung laju seperti yang dinyatakan.

Punca

Apakah Punca Degupan Jantung Laju?

Degupan jantung laju disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi aktiviti jantung termasuklah:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit jantung yang diwarisi
  • Anemia
  • Senaman berlebihan
  • Stres
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Demam
  • Eletrolik tidak stabil
  • Penyalahgunaan alkohol atau kafein atau kokain
  • Kesan sampingan ubat
  • Tiroid terlebih aktif.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Degupan Jantung Laju?

Terdapat banyak faktor risiko degupan jantung laju, seperti:

  • Penyakit arteri koronari
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyalahgunaan alkohol atau kafein
  • Stres
  • Anemia
  • Penyakit jantung yang diwarisi
  • Keradangan jantung
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Usia: jantung orang tua lebih berisiko tinggi mengalami degupan jantung laju.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Degupan Jantung Laju didiagnosis?

Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mencari punca degupan jantung laju. Anda mungkin akan ditanyakan soalan berkaitan aktiviti fizikal, tekanan harian, ubat yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Ujian lain yang boleh membantu diagnosis termasuklah:

  • Ujian darah atau air kencing dapat membantu mengesan kehadiran anemia, ketidakstabilan eletrolik atau masalah tiroid.
  • Elektrokardiogram (ECG) dan pengawasan Holter adalah prosedur yang akan mengumpulkan signal eletrik jantung dan mengesan sebarang masalah dalam degupan jantung.
  • Perakam (event recorder): perakam yang dipasang pada dada ini membantu merekodkan signal eletrik jantung.
  • X-ray.
  • Ekokardiogram ialah pemeriksaan ultrabunyi untuk memeriksa struktur dan fungsi jantung.

Bagaimana pesakit Degupan Jantung Laju dirawat?

Rawatan bagi degupan jantung laju bergantung kepada puncanya. Dalam sesetengah kes, degupan jantung laju tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Tapi jika degupan jantung laju tersebut disebabkan punca lain, doktor mungkin menyarankan rawatan tertentu untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan keadaan bertambah buruk.

  • Ubat: ubat tertentu dapat membantu memperlahankan degupan jantung. Degupan jantung laju meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Anda mungkin diarahkan mengambil pencair darah untuk mengelakkan strok atau serangan jantung.
  • Terapi fizikal: Doktor akan memerlukan anda melakukan aksi tertentu seperti manuver vagal atau menggunakan alat untuk mengembalikan degupan jantung kepada rima yang betul.
  • Pembedahan: dalam sesetengah kes, pembedahan akan dilakukan untuk membuang laluan eletrik berlebihan dalam jantung
  • Perentak jantung: perentak jantung adalah alat kecil yang dimasukkan di bawah kulit untuk membantu membetulkan degupan jantung.
  • Implantable cardioverter defibrillator (ICD): alat ini dimasukkan secara pembedahan ke dalam dada untuk mengawasi degup jantung dan memastikan degupan jantung normal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Degupan Jantung Laju?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani degupan jantung laju:

  • Fahami simptom dan faktor risiko supaya bersedia untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
  • Kurangkan stres dengan terapi seperti yoga, pernafasan dalam
  • Elakkan pengambilan kafein
  • Jangan merokok
  • Kerap bersenam
  • Amalkan diet berkhasiat
  • Kawal tekanan darah dan kolesterol.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian yang sesuai untuk anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.