Ekokardiogram Transesofagus (TEE)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu Ekokardiogram Transesofagus (TEE)?

Ekokardiogram (juga disebut echo) adalah prosedur yang menggunakan alat untuk menukar gema kepada gambar, yang membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit dengan lebih mudah. Pertama, alat ini, yang dipanggil transduser akan menghantar gelombang bunyi yang berpic (kenyaringan) tinggi ke bahagian-bahagian jantung yang lain dan kemudian mengumpul gema daripada gelombang bunyi ini. Akhirnya, gema ini ditukar menjadi imej jantung anda pada skrin video.

Terdapat empat jenis ekokardiogram yang berbeza iaitu Ekokardiogram Transtorasik (TTE), Ekokardiogram Tekanan, Ekokardiogram Doppler dan Ekokardiogram Transesofagus (TEE).

Jika dibandingkan dengan ujian TTE, ujian TEE menghasilkan gambar  jantung anda yang lebih jelas kerana dalam ujian TTE, prob hanya bergerak di luar dinding dada, manakala dalam TEE prob diturunkan ke bawah esofagus. Selain itu, prob akan berada lebih dekat dengan jantung. Oleh yang demikian, proses menghasilkan gelombang bunyi oleh prob tidak terhalang oleh paru-paru dan tulang dinding dada.

Dalam ujian tekanan dan dengan Elektrokardiogram (EKG atau ECG), doktor anda boleh mengarahkan menggunakan echo untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang jantung anda dan juga untuk memberi preskripsi yang paling tepat.

Mengapa Ekokardiogram Transesofagus (TEE) dilakukan?

Ekokardiogram Transtorasik (TTE) biasanya dilakukan apabila anda mungkin didiagnosis satu atau lebih masalah jantung seperti keupayaan untuk mengepam, nilai atau ruang jantung anda. Di samping itu, ibu bapa janin yang disyaki mempunyai kecacatan jantung kongenital boleh disyorkan melakukan  pemeriksaan melalui ekokardiogram untuk mengesahkannya.

Doktor anda juga boleh mengesyorkan Ekokardiogram Transesofagus (TEE) jika:

  • Ekokardiogram biasa atau transtorasik tidak jelas. Keputusan yang tidak jelas mungkin disebabkan oleh bentuk dada, penyakit paru-paru, atau lemak badan yang berlebihan;
  • Satu kawasan di jantung perlu dilihat dengan lebih terperinci.

Perkara yang perlu diketahui

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menjalani Ekokardiogram Transesofagus (TEE)?

Menurut pakar, ujian jantung rutin tidak semestinya perlu walaupun banyak pesakit sering meminta doktor mereka untuk menjadualkannya secara automatik.

Alternatif kepada Ekokardiogram termasuk berikut.

  • Imbas MRI jantung digunakan apabila doktor memerlukan gambar terperinci dan tepat bahagian dalam jantung anda. Ujian ini menggunakan magnet yang kuat, gelombang radio dan komputer.
  • Ujian Radionuklid digunakan untuk mengukur aliran darah dan fungsinya. Dalam ujian ini, doktor akan menyuntik bahan radioaktif ke dalam badan anda dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar apabila bahan ini bergerak di dalam jantung anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengenalpasti prosedur yang paling sesuai untuk anda

Proses

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani Ekokardiogram Transesofagus (TEE)?

Terdapat beberapa perkara persediaan yang perlu anda lakukan sebelum ujian. Pertama, beberapa jam sebelum ujian, anda tidak dibenarkan makan dan minum. Kedua, anda mungkin diminta untuk memakai kasut yang selesa jika anda akan berjalan di pengisar injakan (treadmill) semasa ujian. Akhirnya, anda perlu membuat persediaan untuk pulang ke rumah kerana anda tidak dapat memandu selepas ujian kerana ubat sedatif.

Apakah yang berlaku semasa Ekokardiogram Transesofagus (TEE)?

Untuk melakukan Ekokardiogram Transesofagus (TEE), seorang juruteknik sering memerlukan pembantu.

Sekiranya anda mempunyai keadaan tertentu seperti obesiti atau penyakit paru-paru kronik, yang menghalang pandangan jantung anda, doktor anda boleh meminta anda menerima bahan kontras melalui IV. Ini akan memberikan hasil yang lebih tepat akan fungsi jantung anda.

Untuk memasukkan prob dengan lebih mudah dan untuk menjadikan anda dalam keadaan bersantai dari refleks geg anda, semburan, kumur, atau lozeng anestetik mungkin digunakan untuk membuatkan tekak anda berasa kebas. Di samping itu, garisan IV akan dimasukkan ke dalam vena di lengan anda. Semasa prosedur, ubat untuk mengurangkan air liur dan rembesan perut atau ubat sakit dan sedatif akan diberikan ke dalam badan anda melalui garis IV yang telah diletakkan di dalam vena di lengan anda sebelumnya. Anda tidak dikebaskan sepenuhnya, tetapi akan berasa santai dan mengantuk.

Prosedur ini akan mengumpulkan maklumat tentang kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, dan tekanan darah serta jumlah oksigen dalam darah anda.

Proses memasukkan prob ke dalam esofagus memerlukan beberapa langkah. Pertama, anda harus berbaring di sebelah kiri anda dengan kepala anda didongakkan sedikit ke hadapan. Untuk melindungi gigi anda dari prob, pelindung mulut mungkin dimasukkan. Kemudian, doktor anda akan perlahan-lahan menekan lidah anda agar tidak menghalang laluan prob dan bahagian hujung prob yang telah disapu pelincir dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam mulut anda. Langkah terakhir adalah menelan untuk membantu menggerakkan tiub sehingga ia dapat mencapai esofagus anda. Sekarang, imej ultrabunyi akan diambil apabila prob mula bergerak. Semasa ujian, gelombang bunyi tidak dapat dirasakan atau didengar.

Anda hanya perlu menelan jika diminta. Air liur mungkin dikeluarkan dari mulut anda dengan alat sedut atau air liur tersalir keluar secara tidak sengaja. Selain daripada rasa loya dan tidak selesa yang mungkin anda rasa semasa prob berada di dalam mulut anda, ujian ini biasanya tidak menyakitkan.

Ujian mengambil kira-kira dua jam. Prob akan berada di esophagus anda selama 10 hingga 20 minit.

Apa yang berlaku selepas ujian Ekokardiogram Transesofagus (TEE)?

Sekiranya ujian menghasilkan keputusan yang baik, maka anda mungkin tidak akan diminta untuk menjalani ujian lain. Sekiranya ujian itu memberikan hasil yang tidak normal, untuk mendapatkan hasil yang tepat, seorang pakar jantung akan mencadangkan lebih banyak ujian seperti ekokardiogram berulang dalam beberapa bulan atau imbasan tomografi berkomputer jantung (CT) atau angiogram koronari. Selepas mengenal pasti semua simptom, tanda-tanda tertentu dalam keputusannya, doktor anda akan mempreskripsikan sesuatu untuk merawat penyakit.

Penjelasan Keputusan

Apakah maksud keputusan saya?

Seorang pakar jantung boleh menghasilkan keputusan sebaik sahaja ujian itu selesai sementara sekiranya ujian itu dilakukan oleh juruteknik akan mengambil masa satu hari untuk memperolehi keputusannya.

Ekokardiogram

Normal: Kamar jantung dan dinding jantung berada pada saiz dan ketebalan yang normal, dan keduanya bergerak dengan normal.

Injap jantung berfungsi dengan normal, tanpa kebocoran atau penyempitan. Tiada tanda jangkitan.

Jumlah darah yang dipam dari ventrikel kiri dengan setiap denyutan jantung (fraksi ejeksi) adalah normal.

Tiada cecair yang berlebihan dalam kantung yang mengelilingi jantung, dan lapisan di sekeliling jantung tidak menebal.

Tiada tumor dan darah beku di dalam kamar jantung.

Tidak normal: Kamar jantung terlalu besar. Dinding jantung lebih tebal atau nipis daripada biasa. Dinding jantung tipis mungkin bermakna aliran darah yang lemah ke otot jantung atau serangan jantung lama. Kawasan yang nipis, membebani dinding jantung mungkin menunjukkan bonjolan di ventrikel (aneurisme ventrikel). Dinding otot jantung tidak bergerak secara normal kerana bekalan darah menurun dari arteri koronari yang sempit.

Satu atau lebih injap jantung tidak membuka atau menutup dengan betul (bocor) atau tidak kelihatan normal. Tanda-tanda jangkitan hadir.

Jumlah darah yang dipam dari ventrikel kiri dengan setiap denyutan jantung (fraksi ejeksi) lebih rendah daripada biasa.

Terdapat cecair di sekeliling jantung (lelehan perikardium). Lapisan di sekeliling jantung terlalu tebal.

Tumor atau darah beku boleh didapati di dalam jantung

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Ekokardiogram Transesofagus (TEE) mungkin berbeza-beza.

Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya mempunyai apa-apa soalan tentang keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.